1. Ayam goreng. Ni untuk makhluk yang suka makan sekaligus suka tidur. Kejut 40kali buat dek je. Apa kata korang ambil seketul ayam goreng letak kat lobang hidung dia. Mesti terus terjaga dengan aroma ayam goreng. Nak nak kalau bagi ayam KFC. Owwhh.
Gambar ehsan : Google |
2. Baju raya. Setiap makhluk amat sensitif dengan baju raya. Sebab itulah yang melambangkan korang di hari raya nanti. Kalau baju koyak, sah-sah setiap kali raya berganti orang akan tetap flash back pasal baju koyak korang. Ok. Ini bagi yang liat nak bangun sahur korang jerit agak-agak 2inci dari telinga diorang.
'woi!!baju raya kau terbako woi!!terbako, terbako'. Pasti dia terus bangun terduduk atau lebih parah lagi terus bukak lemari cek baju raya.
Gambar ehsan : Google |
3. Ibu Jari Kaki.Orang kata tarik ibu jari kaki pun senang jugak nak bagi makhluk bangun. Korang tarik la kuat-kuat. Bila dia bangun mesti dia tanya korang kan 'kau apehal tarik kaki aku?'
korang jawab la 'tadi mata kau terbeliak kena rasuk. Aku tarik pasal nak buang hantu dalam tubuh kau' nescaya dia dah tak dapat tidur dan terus pergi dapur makan nasi.
Gambar ehsan : Google |
4. Penyimpan Mohor. Korang record la pengumumam raya oleh penyimpan mohor tu. Nanti boleh guna untuk kejutkan makhluk susah bangun sahur. Korang play record tu kuat-kuat dekat telinga diorang. Mesti diorang terus bangun kerana ingat dah nak raya. Haha. Kejam kan.
Gambar ehsan : Google |
5. Agak-agakla kalau guna cara atas semua tak menjadi jugak. Ni memang spesis makhluk liat yang amat sangat namanya. Jadi kalau semua cara tak menjadi jugak korang jirus diorang dengan sebaldi air. Kalau secawan kot tak berkesan jugak. Mandi atas katil la jawabnya.
Kalau tak berkesan jugak...Tak payah kejut terus. Biar sahur telan air liur saja. Liat betul nak bangun. Ishk. Isk. isk.
hahaha.... 1 ag. letak azan kat telinga.. kompem cpt2 dia bangun.. weh nak share tipss mu nie.. kahkah :p
ReplyDeleteHH : kalau dah dengar azan kompem terus sambung tido semula wes..haha..
ReplyDeleteHH :silakan share =)
ReplyDeleteaiks.. cik abg liat bangun ke? hahahaha
ReplyDeletehaha..cik abg duk jauh kuantan nung la.sobsob.
ReplyDelete