Para Pengikut..

Monday 18 February 2008

Cinta...siapa paling penting???

Suatu hari, Heart, Health, Money dan Education berbincang mengenai cinta. Siapakah yang paling penting diantara mereka dalam sesebuah hubungan percintaan. Masing-masing memberikan pendapat dan mempertahankan kepentingan masing-masing.

Heart: Aku paling penting..sebab tanpa aku takkan wujud cinta itu.
Money: Tapi aku lagi penting. Sebab zaman sekarang semua perlukan aku. Cinta pun perlukan aku.
Health: Aku pun paling penting jugak..kalau aku tiada..manusia tak boleh nak dapatkan Money.
Education: Aku lagi penting. Dengan adanya aku, manusia akan dapat lebih Money dan dapat mewujudkan cinta. Manusia akan memilih pasangan yang ada Education. Sebab semakin tinggi tahap aku, semakin manusia dipandang mulia.
Money: Tak semestinya Education…yang penting Money. Kalau manusia tiada Education tapi banyak Money, mesti dia akan semakin terkenal dalam kalangan masyarakat.
Health: Tapi tanpa aku..Education dan Money tidak akan wujud. Jika manusia sakit mereka tidak dapat belajar dan mencari wang. Health penting dalam hubungan cinta. Aku paling penting.


Perdebatan semakin hangat..tiba-tiba masing-masing terdiam apabila terdengar perbualan couple~antara She dan He~

She: Sebab pe awk bercinta dengan sy? Sy tak cantik pun. Sy pun tak kaya..Cume belajar je tinggi-tinggi.
He: Awk plak? Sebab ape awk bercinta dengan sy? Sy pun tak handsome, tak berduit, belajar pun tak tinggi.
She: Awk? Sebab pe awk tetap cintakan sy..sedangkan awk tahu sy ada penyakit.

*********

She: Sy nak menyintai awk selama-lamanya.
He: Sy pun nak menyintai awk selama-lamanya.

*********

He: Duit? Memang duit penting..Tp sy tak cintakan awk kerana duit. Kerana sy pun tidak berduit. Sy sering terfikir. Kalaulah awk seorang yg byk duit dan sy sukar melepaskan cinta awk kerana duit tu. Macam mana kalau ditakdirkan suatu hari awk bangkrup dan tinggal sehelai sepinggang. Adakah sy akan meninggalkan awk sedangkan sy telah berjanji untuk menyintai awk selama-lamanya…

She: Handsome? Allah ciptakan manusia ada sebab tersendiri dan kadangkala rupa paras yang menawan hanya mendatangkan perasaan riak kepada manusia yang tak tahu bersyukur. Mungkin kalau seseorang yang dikurniakan rupa paras menawan layaklah memilih pasangan yg sepadan dengannya. Tp macam mane kalau terjadi sesuatu kecelakaan yg menyebabkan kecacatan rupa paras? Patutkah meninggalkan insan tersayang yg malang itu semata-mata mahukan kesempurnaan di mata mereka sendiri?

He: Health? Sy tahu awk sakit tp sy tetap menyintai awk. Sebab sy tahu bila-bila masa aje kita akan meninggalkan alam fana. Bila sampai masa tak tunggu sakit atau tenat kita akan tinggalkan dunia. Sakit bukan alasan untuk sy meninggalkan awk, sebaliknya sy akan tetap bersama awk. Walaupun sy bukan doctor yang akan mengubati penyakit awk..sekurang-kurangnya sy akan sentiasa disisi awk ketika awk sakit..kerana itulah sy ingin menyintai awk selama-lamanya.

She: Education? Memang diakui penting Education nie.. Tp sy tak kisah sangat. Education bukan hanya setakat belajar di sekolah. Pengalaman hidup ni pun Education kita kan. Sy mmg berEducation kerana belajar tinggi2. Tp mcm awk penah cakap jugak. Ada mende yg sy tahu awk tak tahu.. Tp ada something yg awk terror pulak sy tak reti. Masing-masing ada kelebihan dan kekurangan. Dan sy tak pernah berbangga dengan Education ni. Yang penting hati budi.

Heart tersenyum puas. Dia berjaya meyakinkan ‘kawan2nya’ apakah itu definisi cinta bg She n He..

2 comments:

  1. Cinta itu lahir dari hati.. tepuk dada tnya selera..hehe

    ReplyDelete
  2. hmmm...betol2...stp org pnye alsn tsndiri dlm cinta msing2..lalala..

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...