Para Pengikut..

Monday 25 February 2008

Part 1----->Till now...hard 2 believe..

Banyak sungguh dugaan dan cabaran dalam hidup ini kan. Masalah family, kawan-kawan even masalah dalaman sendiri. Tapi kadangkala kalau difikirkan, semua itu ada hikmah disebaliknya. Cuma kita jer tak tahu apa hikmah disebalik ujian yang Allah berikan. Dan yang pastinya dugaan tu semua pasti mengajar kita menjadi seorang yang lebih tabah menjalani kehidupan yang akan mendatang.
Pada aku, inilah dugaan kedua yang berat untuk ditempuhi selepas dugaan masa matrik dulu yang buat aku hilang semangat. Kali ini, ia bermula semasa aku menjalani medical check up di pusat kesihatan university. Selepas seorang doctor memeriksa denyutan nadi n jantung aku, beliau tak berpuas hati dan menyuruh aku datang semula next week..yakni hari Selasa. Masa ni aku dah separuh berdebar dah. Sebab aku tahu student yang disuruh datang check 2nd time tu mesti ada masalah kesihatan. Waaa..aku nangis dalam hati dan berdoa semoga doctor tu tersalah tafsiran.
Aku membilang hari. Sehingga pagi Selasa aku masih tertanya-tanya dan berteka-teki apa sebenarnya penyakit aku? Dan pasti ada suara kecil menjawab “Doctor tu yang salah”. Bila doctor check beliau bagitahu ada something wrong pada denyutan nadi aku. Tuhan sahaja yang tahu betapa terkejutnya aku. Macam nak luruh jantung yang sudah ‘something wrong’ nie. Dan lagi doctor tu cakap aku kena dapatkan rawatan susulan di HPP. Lagi la terkejut aku di buatnya. Serius sangat ke sampai kena hantar HPP? Sekali lagi suara kecil tu menjawab”pusat kesihatan universiti mungkin tiada mesin canggih untuk kenalpasti keadaan sebenar ‘something wrong’ itu. Aku berserah pada Tuhan. Aku akan tempuhi semua dugaan ini.
“Ok. Doc bagi awk surat ni. Hari Isnin ni kena bawak sekali pegi HPP.
Bermulalah hidup aku sebagai seorang pesakit luar HPP. Mula-mula menjejakkan kaki di HPP aku sangat tak percaya. Selama ni aku teman akak atau mak pegi hospital. Sekarang aku terpaksa menempuh semua ni keseorangan. Nasib baik ada jugak kawan-kawan yang berhati mulia sudi menemani aku ke HPP. Aku melilau mencari Jabatan Kardiologi (JK). Memang susah skit nak hafal kedudukan Jabatan-jabatan di HPP. Pening aku dibuatnya. Setiap kali pergi mesti aku tersesat dulu sebelum jumpa JK. Masuk je JK banyak mata memandang kearah ku. Mesti mereka pelik tengok aku. Yelah, kebanyakkan pesakit JK sudah berusia dan sudah berkahwin. Tiba-tiba aku masuk dengan muka budak sekolah menengah. Sape tak pelik kan. Jumpa doctor barula aku tahu cerita sebenar. Apa ‘something wrong’ yang menjadi teka-teki di pusat kesihatan university ari tu. Semuanya sudah terjawab. Lama jugak aku bersoal jawab dengan doctor tersebut.
“Ok, awak akan dibekalkan ubat. Nanti pegi kat farmasi bagi kad ni pada doctor tu. Tapi ubat nie bukan untuk menyembuhkan. Cuma untuk mengelakkan kuman jangkiti ‘something wrong’ awak 2.ok”…Aku mengangguk sambil tengok tulisan doctor yg hampir2 tak dapat aku pahami 2..Penicillin..yang 2 je aku paham.
Malam…aku tak boleh tido (awal lg time nie..mmg la tak leh tido). Aku cuba sibukkan diri untuk melupakan. But, its not work. Bila dapat tahu berita tu, semangat hidup aku terus padam. Yes, aku akui aku sangat takut masa tu. Selama ni aku bersyukur kerana tidak pernah terbabit dengan accident yang menyebabkan aku dikejarkan ke hospital. Juga aku bersyukur kerana tidak pernah mendapat demam atau sakit yang menyebabkan aku ditahan wad. Tiba-tiba aku dapat tahu yang selama ini aku mengidap ‘something wrong’ 2. Walaupun penyakit tu mungkin tidak terlalu parah berbanding penyakit lain, aku still rasa distraught. Seolah-olah aku akan mati esok. Aku menangis semahu-mahunya. Tapi air mata nie takkan dapat menghilangkan ‘something wrong’ 2. Aku basuh muka then cuba buat-buat lupa tentang apa yang keluar dari mulut doctor tadi. Tapi aku tak boleh menipu diri sendiri. Masa tu tiba-tiba je aku teringat wajah abang aku, Bro Zul..abg yang paling rapat dengan aku. Aku nak dia jadi orang pertama tahu tentang penyakit aku. Sebab siang tadi dia dah bagi semangat untuk aku tabahkan hati dan inform kalau ada apa-apa. Aku kutip duit syiling yang ada dan berlari ke public phone.
“Jaja dah jumpa doctor tadi”
“So..doc cakap apa?”

Aku citer semua yang doctor bgtau tadi. Tiada terkurang dan tertambah. Mula-mula aku ok lagi. Aku tahan untuk tidak menangis lagi. Mungkin sebab kat situ ada orang tunggu turn guna public phone, so dengan jayanya aku menahan air mata dari melimpah keluar. Tapi bila Bro zul bagi nasihat and kata-kata semangat pada aku, tiba-tiba aku jadi sebak.
“Terima kasih Jue…” aku cuba untuk bersuara walaupun dengan suara yang semakin tenggelam
“It’s ok..just don’t worry”
“Jue..jangan inform kat mak”

Tula ‘amaran’ terakhir aku untuk dia sebelum gagang telefon tu bertukar tangan kepada si student yang terkedu tengok aku mengesat air mata dipipi.
2 be continue...

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...