Korang perasan tak. Manusia a.k.a masyarakat atau lebih tepat lagi masyarakat setempat selalu jer bagi pertanyaan tak bleh blah ni. Tak tahu la apa maksud tersirat di sebaliknya. Mungkin cuba bersikap peramah, atau memang semulajadi peramah, atau suka jaga tepi kain orang, atau juga dah memang hobi suka menanya. Ok. Sebenarnya tak tahu la korang alami ke tak. Tapi saya macam tu la...
1. Masa sekolah rendah saya kecik je. (memang la. dah nama sekolah rendah kan). Bila dah masuk sekolah menengah masih kecik jugak. Bila hari raya jumpa sepupu yang dah kawin yang lama tak jumpa diorang selalu tanya "UPSR itu hari dapat berapa A?" atau "Darjah berapa sekolah?"..Padahal masa tu saya dah nak ambil PMR.Uwaaaaa....
2. Bila dah habis SPM pulak saya kerja part time sementara tunggu result SPM. Kerja kedai buku n alat tulis. Jumpa sedara datang kedai tu boleh plak dia tanya saya "Buat apa sini ,tak sekolah ke?" sob sob..
3. Bila dah masuk u pulak, jiran-jiran (mak cik-mak cik) suka sangat tanya " Ambil jurusan apa? cikgu ke?". Okeh. Empat belas ratus tanya nak jadi cikgu ke? akhirnya betul-betul jadi cikgu. Haih!. Ikutkan hati nak jer bagitahu nama penuh Bachelor in New Media Design & Technology. Pastu tanya balik mak cik tu "mak cik tahu ke?"-->sambil buat muka tak bersalah.
4. Bila dah habis belajar pulak sementara tunggu konvocation saya kerja jugak jadi sales girl. Ada pulak beberapa manusia peramah bertanya " lulusan u kerja sales girl je ke?rugi bertahun-tahun belajar" Telan liur sambil senyum bangga menjawab "kenapa? awak nak tolong bayar loan PTPTN saya ke?"
5. Dah konvocation dengan jayanya akhirnya dapat jadi seorang pendidik. Alhamdulilah masin mulut mak cik-makcik atas tadi. Kemudian mak-cik terus bertanya " Kerja apa? kerja sama macam yang belajar dulu ke?" agaknya kalau belajar perakaunan wajib jadi akauntan, belajar grafik wajib jadi pereka grafik, belajar bussines wajib bukak kedai sendiri. owwhhh please. Rasa mahu jer jawab " jadi guard je mak cik"
6. Dah kerja setahun lagi orang mahu tanya " kerja pagi balik malam. kereta tak boleh beli ke?beli yang 2nd hand pun takpe" okes. kalau kau nak bayar ansurans bulanan sekarang jugak haku beli kereta.
7. Ada jugak suara-suara tikus berbunyi " sampai bila nak kerja swasta. cari la kerja kerajaan terjamin sikit masa depan " Hape kerajaan ke bagi jaminan masa depan yang kukuh? Tuhan kan ada. Tu semua Tuhan tentukan dah.
8. Persoalan tak bleh blah " Bila nak kawin ntah dia. Umur dah nak dekat 30an dah. Keja sibuk memanjang. agaknya takde orang nak kot" okes. mak cik ada anak teruna????
9. Bila dah kawin plak sibuk duk tanya "Berapa hantaran dia tu?RM200000???? Mahalnya..jual anak ke?" tak pun sebaliknya la "RM1000????, ni mesti kawin dengan penggangur ni" !!Ada saya mintak duit mak cik untuk hantaran????
10. Dah kahwin 5-6 bulan mesti tanya "Bila nak bertiga pulak nie?"..Kalau 1-2 tahun tiada rezeki mesti duk kecoh-kecoh "Aku rasa dia memang tak mahu anak lagi. Yela. Sibuk duk kumpul harta. Takpun dia tak subur"..Astarfirullah.. Bukannya nak mendoakan "InsyaAllah nanti Tuhan bagi la rezeki. Semua atas kekuasaan Tuhan.
11. Dah dapat anak sorang plak sibuk duk tanya bila nak tambah anak, pastu duk tanya rumah kat mana, umah sendiri ke rumah sewa, bla bla bla bla...(sebenarnya saya dah malas nak menaip. Haha)
Tulah adat dunia. Ada saja yang tak kena. Sebaik-baiknya kita mendoakan sesama Islam barulah setiap pertuturan yang dikeluarkan mendapat ganjaran pahala. Amin.
SETUJU!!! saya pun dh penat layan pertanyaan cenggini..dulu tunang tnye gak dh kawen tnye gak n tnye plak ble nk dpt baby..ingt kita yg tentukn "ANAK" leh dpt ble kita suke...semua tu rezeki dr Allah..sabo jela
ReplyDeletesoalan yang boleh buat kite rase nak sepak terajang je orang tu kan.
ReplyDeleteMiss Dill^^
ZSqueenbee : tau xpe..huhu..ponat eden dengar.
ReplyDeleteMiss Dill : haha.Nak sepak tak sampai hati pulak..
saya pun selalu gak kene tanye cam2... kejam betOL ..
ReplyDeleteHH : tula..dunia sungguh kejam..sob sob..
ReplyDeletesalam..
ReplyDeletesoklan skima dalam idup tu
pak long :
ReplyDeletehmm..skima hingga kadang2 boleh buat kita tensen kan pak long..=)