Para Pengikut..

Thursday, 24 March 2011

Tips bagi sesiapa yang susah makan ubat

Selamat hari hujan semua.

***Menaip entri sambil bertoto-an (Bukan toto 4D yer. Tapi sebuah jenama comforter)

Malam ni nak cerita tentang kesukaran saya untuk menelan ubat. Korang macam mana yer? senang ke nak telan ubat? Dalam keluarga sayalah kot yang paling susah untuk telan ubat. Bukan takut ubat atau fobia cuma kadang-kadang saya rasa ubat tu anti dengan saya. Yela. Tiap kali nak telan jer mesti tak masuk. Tension!

Mungkin sejak kecil mak ayah tak biasakan hantar ke klinik kalau demam suam-suam air suam. Cuma amalkan petua orang tua-tua sapukan air ramasan daun bunga raya kat ubun-ubun. Tak sampai subuh dah baik demam. Jadi sebab tu la kot saya memang sangat jarang makan ubat tambah-tambah panadol hingga akhirnya ubat dah mula tak nak jadi kawan baik saya. Huh.

Kenangan tak boleh lupa masa form 5 saya duk hostel. Suatu hari tu saya demam teruk. Badan panas sampai tahap vomit. Kalau dah tahap vomit tu demam paling mengerunkan la tu. Malam tu kawan-kawan yang tahu saya nie susah telan ubat telah bahagikan sebiji panadol tu kepada pecahan maha halus. Dapatla saya telan. Haha. Bila diingat semula rasa malu kat panadol tu.

Saya tahu saya tak boleh mengelak untuk terus bermusuhan dengan ubat. Bila saya diserang penyakit dan terpaksa makan ubat berterusan seperti sekarang saya harus jadikan ubat teman baik saya. Ok. Jom kita berbaik. Ceh!

Itu hari ayah mertua akan datang belikan saya 3 botol ubat. Huh. Pengsan nak kena habiskan 6 biji kapsul sehari. Ok. Boleh tak saya nak pengsan sekarang?

Nak tak nak terpaksa telan jugak. Yela. Ubat tu bukan 2-3 kupang harganya. Tapi dah dua hari saya masih tak berjaya telan ubat seperti orang lain. Orang lain mungkin telan ubat bersama seteguk air berbeza dengan saya telan ubat bersama dua gelas air akhirnya ubat masih ada dalam mulut. Demmm. Kerana itu saya tak segan silu nyatakan ubat memang anti dengan saya.

Dan kesudahannya tips saya hari ini ialah hancurkan kapsul dengan rasa geram bersama-sama air. Pastu perlahan-lahan teguk air ubat yang maha pahit dan rasa entah apa-apa itu. Lepastu minum tea panas yang penuh dengan rasa krim susu hingga rasa ubat hilang. Ok. Semoga tips ini membantu anda yang susah telan ubat seperti saya.

Haha..


3 comments:

  1. ayah mertua??? apekah ??? miahaha

    ReplyDelete
  2. halamak..kantoi suda..

    ReplyDelete
  3. Saya susah makan ubat pill.Macam mana nk buat?

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...