Para Pengikut..

Wednesday 15 June 2011

Terima kasih Tuhan.

Salam uollss..

Alhamdulillah. Ayah dah makin sihat. Dah kembali jalankan rutin harian beliau yang lama ditinggalkan.  Entri lepas-lepas (tahun lepas sebenarnya) saya ada kongsikan kisah ayah patah kaki terjatuh di belakang rumah. Ape? Tak tahu? Tak perasan? Hokeh. Sila baca ini dulu KLIK SINI sebelum sambung rentetan kisah sedih tahun ini dalam keluarga kami tentang ayah.

Ayah patah kaki dalam bulan Disember. Masa kat spital tu dah berkira-kira samaada nak masuk besi atau tak. Doktor suruh ayah fikir bincang dengan keluarga. Tapi ayah tak nak masuk besi. Jadi doktor simenkan saja kaki ayah. 


Jadi dalam bulan Januari sampai April ayah harus pergi spital sekali setiap bulan untuk bukak simen dan ganti dengan simen yang ringan sikit. Tak tahu la apa nama saintifiknya. Dalam empat bulan tu ayah memang tak leh jalan. Mengensot jer. Sedih tengok keadaan ayah. Sebab kami faham ayah tak boleh duduk diam. Ada saja kerja nak dibuatnya. 

Bulan April last pergi hospital dan simen dah dibuang semua. Doktor dah nasihatkan ayah belajar jalan guna tongkat. Tapi ayah macam tak yakin jer. Tapi lama-lama tu bila dah yakin barula beliau jalan pelan-pelan. Sedih tengok keadaan ayah.

Tapi orang kata ada hikmah disebalik kesulitan.

Saya dapat rasa saya makin rapat dengan ayah. Sebab nak pergi mana-mana ayah dah tak bawa motor. Saya la yang hantarkan. Pergi rumah kawan dia. Pergi kenduri. Pergi hospital klinik. Bahkan hantarkan pergi kedai kopi. Ok.

Dalam bulan May ayah pergi berubat kat Kelantan. Dengar orang duk cerita pasal tukang urut yang dah ramai sembuhkan orang patah kaki. Tiga kali jugak la ayah pergi urut sana. Alhamdullilah kaki beliau dah semakin ok. Dah tak minta bantuan saya lagi untuk kemana-mana. Kecuali tempat jauh-jauh memang kami tak benarkan ayah pergi sendiri.

Terima kasih Tuhan.
Allah is GREAT!

5 comments:

  1. kasih ayah sepanjang masa, kasih ibu tiada gantinya

    ReplyDelete
  2. Insyaallah.ayah akak akan cepat sihat. comelnya..- dah boleh hantar2 ayah. dlu ayah hantar2 kita - wah! syg akak- anak yg baik :)


    ya- terima kasih tuhan . syg abah ayah.

    selamat hari ayah utk ayah akak :P

    ReplyDelete
  3. cikli : betul tu..

    ReplyDelete
  4. Anem : selamat hari abah utk abah jugak!=)Alhamdulillah nem. Ayah dah boleh jalan semula.=)

    Ayu : Alhamdulillah..=)

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...