Para Pengikut..

Tuesday, 28 August 2012

Cerita Eidulfitri kami

Salam uolls.


Wah. Seminggu bercuti rasa dah berkarat otak nak menulis dalam entri. Ewah. Kemain kan. Rasanya belum terlambat untuk saya ucapkan SELAMAT HARI RAYA. MAAF ZAHIR & BATIN buat korang semua. Maklumlah sebelum raya hari tu tak sempat nak ucap kat belog kan.
Jadi sebab malas nak taip banyak-banyak entri segalanya tentang cuti seminggu berhari raya akan dikumpulkan dalam satu entri ini. Cuti seminggu terus jadik pembelog yang pemalas. Dushhh.

******

Ok. Sebenarnya raya tahun ni jugak merupakan raya paling sadis bagi saya. Hari Rabu yakni tiga hari sebelum raya saya dah mula rasa tak sedap badan. Tekak rasa perit dan badan rasa lesu. Simpton apekah?? Sebenarnya ia cumalah simpton virus demam mula menyerang. Hari Rabu tu saya betul-betul tertidur atas meja opis. Maafkan saya bos. Badan tak larat sangat sampai tertidur. Tapi saya degil tak nak ke klinik. Waktu berbuka puasa langsung tak boleh masuk makanan, minum perahan limau nipis + garam. Rasa lega sikit.

Hari Khamis badan dah rasa segar sikit. Tapi masih rasa tak larat.
Malam Khamis tu saya bawak adik dan Jojo pergi shopping raya di Syahbandar. Gagahkan jugak pergi sebab hari Jumaat dan Sabtu dah tahu jalan jammed haruslah kereta malas nak masuk bandar.

Hari Jumaat encik suami pulang. Siang mengikut beliau kesana-kemari beli apa yang belum cukup untuk keperluan rumah. Padahnya kuat sangat berjalan sampai malam tu badan dah mengigil2. Malam keluar carik klinik yang bukak 24 jam. Tapi sebab ramai sangat orang so balik macam tu jer. Langsung dah tak rasa nak beraya. Nasib baik baju raya dah siap basuh iron awal-awal. Tapi malangnya saya tak sempat shopping songkok raya untuk suami. Sobbb.

Hari Sabtu pergi klinik. Sebab tak larat sangat terpaksala bukak puasa. Makan ubat dan satu hari sehari sebelum raya tu kerja saya hanyalah tido bangun tido bangun sampai ke malam. Sedangkan en.beliau duk tungkus lumus pergi ambik tempahan sate, rebus nasi himpit, macam-macam yang dibuatnya. Saya cuma tersedar jam 11.45 malam dia kejutkan sebab dia cakap nak keluar tengok orang main mercun bunga api macam malam ambang merdeka tuh. Pastu mata saya dah terpejam sampai ke pagi raya. Sangat SADISSSS.

Tapi Alhamdulillah. Pagi 1 Syawal badan dah segar sedikit. Jadi mampulah untuk beraya. Walaupun dengan meminjam suara rockerss.

******
Raya tahun ni adalah raya pertama sebagai seorang ISTERI. Perlu ke bold dan capslock? Muahaha.

Alhamdulillah. Selama ni tak dapat mintak maaf depan-depan. Mintak maaf dengar suara tengok msg je. Tahun ni dapat bersalam-salaman. Rasa syahdu sangat salam dengan suami dipagi raya. Ewahhhh. Ok. Stop sebelum ada yang muntah biskut almond london kan.



Kesian suami bila isteri demam sampai songkok raya pun tak sempat nak beli. Ampunkan saya. Errr.. Tapi awak pun tak kisah kan. Sebab takut rambut rosak. Muahaha.
Raya tahun ni tema kami kaler grey. Mula-mula plan nak pakai cream sama kaler ngan baju melayu nikah en.beliau. Tup-tup cari baju saya yang kaler cream tak jumpa. So, en.beliau pun decide nak pakai baju grey raya tahun lepas. Hiks. Sian en.beliau pakai baju recycle jer.

Raya pertama adalah di kampung saya.
Weeeeeeeeee.....=)
Sesi bersalaman dengan ayah bonda dan sesi hulur duit raya. Dah besar panjang kita la pulak hulur duit raya kat mak ayah kan =)

Mak saya. Heee. Sama tak??

Ayah dan cucunya.

Seperti biasalah pagi raya adalah aktiviti makan-makan dan ziarah mak sedara dan jiran keliling rumah. Lepas tu duk rumah tunggu orang datang *buatkanair.

Pergi rumah sedara ambik gambo disana. Tapi tuan rumahnya takde dalam gambar. Theeheee..

Malam raya pun sempat lagi ziarah umah sedara mara sebab raya kedua saya dah raya ke kampung en.beliau.

Raya kedua keluarga mertua datang raya kerumah. Kemudian kami konvoi dua buah kereta balik ke kampung en.beliau di Air Lanas. 1st time rasanya merasa aura balik kampung. Sebelum ni tak pernah pun balik kampung sebab rumah tok sebelah kampung jer. *Balik kampung ngan beskal jer.

Jammed teruk pulak. Bertolak jam 11 pagi sampai ke Air Lanas jam 5.00 petang. Haru betul. Jadi raya kedua adalah beraya dalam kereta saja jawabnya.

Sebenarnya tahun lepas pun saya beraya ke kampung en.beliau. Masa tu tak kenal rapat lagi dengan sedara mara en.beliau. So, tahun ni barulah boleh kenal dengan lebih mesra. Yang pastinya diorang sangatlah meriah. =). Alhamdulillah.

Raya ketiga tiba-tiba je mak cik en.beliau cakap nak pegi mandi air terjun. On the spot. Terus semua bersiap-siap. Pergi tiga buah kereta. Mula-mula malas nak mandi. Alasan tak nak mandi sebab nak dukung Soffya. Haha.


Tup-tup tengok orang lain syok berendam terus kaki gatal berendam jugak.
Ini budak memang hantu air. Pantang kalau ajak pergi mandi air terjun dia lah yang paling awal terjun and paling lewat naik ke darat.


Lama jugak raya kampung en.beliau. Terima kasih sangat sedara mara en.beliau yang sangat ramah semuanya. Raya kelima pulak menuju ke rumah mak sedara en.beliau kat Bachok pulak. Sedara belah ayah en.beliau. En.beliau la yang teruja eksaited sangat nak jumpa sepupunya yang 10 tahun lebih tak jumpa. Pastu dah jumpa sepupu terus lupa kat isteri ni eh.

^_______________^

Takpe. Takpe. Bagi peluang diorang berjejak kaseh.


Alhamdulillah. Raya tahun ni sangat bermakna.
 Terima kasih Tuhan kerana melengkapkan hidup saya dengan kehadiran en.beliau.
Amin.


p/s : sebenarnya nak upload banyak gambar tapi internet sangatlah slowww. Sobbbss.



2 comments:

  1. Jaja!!! Mana gambar saye !!! heh patut la dia x pakai songkok. yg bunga api tu saye yg ajak dia tgk.. kahkah..

    ReplyDelete
  2. HH : sori.internet sgt lembap hokeh.dari ari ahad sy tulis entri ni hanya 3 keping gmbo 2 jer yang berjaya upload.sgt kesian kannnn..

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...