Para Pengikut..

Wednesday 1 August 2012

Ramadhan oh Aidilfitri..

Salam uolls.

Wah. Hari ni dah 12 Ramadhan.

 Sekejap betul masa berlalu. Ramadhan tahun ni berbeza dari tahun sebelumnya. Pertama sebab pertama kali menyambut Ramadhan sebagai isteri. Walaupun ikatan dah tersimpul rapi tapi jarak pulak yang memisahkan kami. Tak sempat lagi berbuka puasa bersama encik beliau. Sedih jugak. Tapi sebab hari-hari bukak puasa dengan my family jadi tak terasa sangat sedihnya. Kalau bukak puasa sorang-sorang agaknya barulah kelip-kelip mata pandang dinding.

Hmm. Bercakap pasal raya pulak. 

Baju raya.Encik beliau dah decide tahun ni nak pakai baju melayu akad nikah beliau berkaler krim tu. Jadi sebab nak sedondon kan haruslah puan beliau pun pakai krim jugak. Tapi kejadah lah nak pakai baju nikah saya yang glam-glam tu kan. So beli baju lain. Dan sedihnya masih belum jumpa baju kecintaan hati. Kejap. Bukan belum jumpa tapi belum carik pun sebenarnya. Kalau boleh nak baju tu dipilih oleh encik beliau. Ewah. Ewahhhhh. Baju raya untuk hari raya ke2 dan seterusnya semua dah ada tinggal nak beli tudung saja lah. Tu pun baju raya hasil dari hadiah kawin yang bagi kain pasang tu. Mekasih semua. Kasut raya tak beli kot. Maybe pakai kasut yang sedia ada. Errrrr. Tapi kasut tu kaler hijau. Tak kan nak match in dengan baju krim tu jugak kot. Handbag raya pulak pakai yang hantaran kawin hari tu =)

Kuih raya. Tahun lepas saya buat jugak biskut raya dirumah. Dan yang wajibnya tempah jugak dengan opismate. Sebab biskut raya beliau serius sedap.Tapi sikit saja la. Takut terover budjet. Tahun ni masih belum start bikin biskut raya lagi. Sebab bergantung harap dengan akak saya. Kalau dia semangat maka semangatlah saya. Kalau tiada semangat untuk biskut raya maka beli biskut raya tunjuk la jawabnya. Kacang-kacang dan kerepek-kerepek pulak nak serahkan pada adik saya yang dah keje tu beli. Huahuaua. Sebab nanti adik-adik tu jugak la yang akan angkut balang kacang raya sambil tengok filem sempena raya.

Juadah raya. Selalunya awal-awal Ramadhan dah bincang dengan mak tentang juadah hari raya pertama. Kadang-kadang jugak sebelum Ramadhan pun dah diskus ngan mak. Tahun ni mungkin juadahnya adalah nasi dagang. Best-best. Hmm. Harap dapat rezeki lebih boleh masak mee kari untuk anak-anak murid beraya di rumah. Tiap tahun jugak mak akan buat tapai. Juadah wajib kami setiap kali raya. Ayah pulak dah tempah ketupat dan pastinya akak akan bikin rendang. Alamaknyapun adoiii. Cerita pasal makanan di bulan puasa ni hope tak terliur yer korang. Heeee. Saya suka sangat makan lontong. Tapi tak pernah buat pon. Tahun lepas pergi rumah Syapida dengan tak malunya makan lontong banyak-banyak siap mintak tambah lagi. Muahaha. Harap tahun ni dapat makan lontong lagik.
^____________^

Hari raya. Saya pun tak sedar dan tak ingat bila saya bincang dengan encik beliau pasal hari raya pertama. Tiba-tiba je dia cakap nak balik rumah dua hari sebelum raya. Eksaited. Kiranya tak perlu memujuk rayu lah untuk beraya dengan family eh. Heeee. Mekasih en.beliau.  Jadi raya pertama konpem di rumah saya. Raya kedua mungkin akan mengikut en.beliau dan keluarga mertua ke kampung halamannya di Air Lanas, Kelantan. Tak tahulah berapa hari berkampung di sana. Tapi mungkin tertakluk pada perubahan jugak la.

Okeh. Tu saja. Selamat menyambut Ramadhan dengan penuh keberkatan =)

p/s : Setiap Selasa hingga Khamis korang tengok tak 7 Ramadhan. Best kan. Agak-agak ada tak jenis manusia bernama Dhani tu di alam realiti ni??




8 comments:

  1. wahhhhhh.. nasik dagang kee... ala , nasik minyak lerrr... wkwkwkw.. nak sate...

    OST 7 RAMADHAN BEST KAN!!! hikss

    ReplyDelete
  2. heee..Tertakluk pada perubahan la yer =)

    ReplyDelete
  3. akak... pergi la TTC! banyak gile baju lawa-lawa... kompem rambang mata!

    ReplyDelete
  4. asma : huhu..sian saya xdop org nk teman pongggg..=(

    ReplyDelete
  5. hahaha..situasi yg same ngn sy..kih3~suami mmg nk pakai bju nikah gak..tp xcari pon yg sedondon..gile nk pakai bju nikah gak.glamer lip lap! nk pegi beli sesame jugaks..suami yg pilih..aish semua nk die yg pilih skang! ahakakaka.. gedik aih

    ReplyDelete
  6. Anonymous12:47 pm

    nasi dagang ..coppp

    ReplyDelete
  7. diya : haha.awop..cer bayangkn kita pakai baju glam2 tu.hahaha..

    ReplyDelete
  8. sis : copppp..haha..nasi dagang lah pilihan hati..

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...