Para Pengikut..

Monday 12 November 2012

Minggu lepas punya cerita.

Salam uollss.

Lama saya tak menyibuk dengan entri baru kan. Hiks. Padahal tak sampai pun seminggu. Hari Rabu dan Khamis lepas saya dan student pegi lawatan sambil belajar. Jumaat dan Sabtu cuti.

Kami bertolak awal pagi Rabu terus menuju ke Karangkraf.
Sampai sini disambut mesra oleh Kak Akmal yang bawak kitorang jalan-jalan sekitar Karangkraf. Ramah sangat Kak Akmal neh. Saya baru tahu surat khabar Sinar Harian adalah keluaran Karangkraf padahal hari-hari kot baca. Ngehngeh.

Takyah letak la gambo area diorang duk edit majalah tu eh.

Kemudian jam 5.30 petang selesai lawatan ke department graphic. Yang bagusnya ada jamuan minum petang. So, baguslah untuk kitorang yang kelaparan neh. Alhamdulillah.
Makanan yang semuanya mengebest!!
 

Mee Soto my peberet!!

Puding roti eh nama dia??
Sedap jugak!!


Lapar sangat sampai licin makan.

Peewitt.. Bergambo dulu sebab tengok wallpaper kat belakang sangat cantek kan??

Kemudian kami pegi sopim kat Karangkraf Mall. Semua ada dijual majalah dan buku keluaran Karangkraf. Yang bestnya dapat diskaun!!!

i kan hobi membaca buku.
*Konon-konon.
Jadi angkat buku tu letak buku ni, angkat lagi majalah tu, letak balik jumpa majalah yang lagi best. Awal-awal lagi wallet dah mengurus!!


Hasil yang berjaya dituai. Sikit jer pon!!

Dapat diskaun!!
 Kemudian kami check in kat Intekma Resort. Penat hokeh. Masa ni jam 9.30 malam dah kot. Perut dah berkeroncong sangat. Drebar bas bawak pegi makan. Pelik betul. Apesal sekarang ni saya asyik kelaparan jer. Tambah-tambah kalau sehari tak jumpa nasi. Rasa perut ni macam tak makan dua hari. Hover kan. Tapi itulah hakikatnya. Now, setiap hari kena makan nasi. Seluar jeans yang dulunya kena pakai tali pinggang sekarang tidak lagi. FINE!!!

Berkenan tengok lampu ni.

 Esoknya bangun awal untuk ke MSU pulak. Sementara tunggu drebar bas turun mari kita mengedik dulu dengan camera. Ahakz.

Cantek jugak Intekma Resort neh =)

Nak berangan ambik gambar kat laman rumah sendiri. Boleh? Heee.

Ada wifi. Sebab tu tengok jari saya di handphone.

Ni pun kat laman rumah saya jugak. Ahakz.

Cantik. Bestkan petang-petang makan pisang goreng + tea o panas kat situ.
*Bersama suami dan anak-anak. Ehem. Ehem.

Tempayan. Letak kat tangga. Nak naik sila basuh kaki dulu. =)..Owhh lupa. Rumah takde tangga. Ok. Letak kat pintu rumah je.

Dah. Dah. Hentikan drama ini.

********

Kemudian pegi MSU. Rushing sangat nak keluarkan camera pon tak sempat. Tapi sempat snap makanan pagi kat U-Cafe. Nasi kunyit + rendang + sosej kegemaran saya.
Kemudian menuju ke Les Copaque. Sebut Les Copaque mesti terbayang 'betul-betul-betul'. Kan. Dekat je dengan MSU. Jalan kaki pon boleh. Tapi drebar bas kan baik hati dan rajin. Tetap nak hantar kami. Mekasih.

Abang tu bawak kami jalan-jalan tengok macam mana pruduksi mereka berjalan. Sempoi jer abang tu. Asyik buat lawak jer. Silalah pegi audition Raja Lawak. =)

Bangga jugak bila tahu kejayaan mereka dah setanding negara luar. Macam abang tu cakap Jepun ada Doremon, Malaysia ada Upin Ipin.

Eh, serius ok. Hari tu saya pegi Vietnam jumpa satu channel ni Upin Ipin kita ok. Tapi dialih bahasa ke Vietnam. Comel betul.

Then abang tu bagitahu Les Copaque akan keluarkan lagi satu siri citer kartun yang agak best.
Tunjuk skit. Tunjuk skit.

Tengok teaser macam sangat best. Citer Upin Ipin pun tak pernah miss confirmlah citer ni pun akan daku tunggu siarannya. Jangan kuar kat Astro sudah.


Kat luar bangunan tu ada wallpaper cantik. So, haruslah gedik bergambo kan.



Ada butik yang jual barangan ori Upin Ipin. Macam-macam ada. Tapi i tak beli apa-apa pun.

Ok. Bas dah sampai kemudian kami menuju ke Puchong. Makan buah langsat dua-tiga kilo dulu (sesat) baru lah jumpa MSTB. Malaysian Software testing Board. Baguslah kalau nak bawak student IT pegi sini. En.Suhaimi yang guide kitorang pun sangat-sangat-sangat baik dan peramah.
Habis aktiviti sini terus balik. Eh, bukan. Ada 'aktiviti bebas' dulu. Pegi jalan-jalan sampai lenguh kaki. Keciwa jam 9.30 Sogo dah tutup. Kempunan tak sempat beli handbag untuk mak. 

Lambat jugak kitorang gerak sebab tunggu bas pegi serviskan dirinya. Dalam kul 12 kot baru tolak balik Terengganu. Sampai Terengganu jam 6.30 pagi.

Alhamdulillah. 

4 comments:

  1. bestnye weyh. aku x pernah buat lawatan kat sane pun. huhu

    ReplyDelete
  2. HH : best jugak weh..pegi la sana =)

    ReplyDelete
  3. Kelakar la blog awak ni iza.. hahaha.. nice read.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...