Para Pengikut..

Klik Me =)

Monday, 31 December 2012

KFC Shrimp...

Salam uollsss..

Eh. Belog dah makin berhabuk bersawang neh. Nak buat macam mana. Tuan belog agak malas plus takdak idea sangat nak menaip. Nak bersembang. Nak bercerita. Ok. Mari sembang apa saja.

Eh. Buat pengetahuan semua. 2-3 hari ni matahari  mula menyinari bumi Terengganu. Tapi hari ni yakni sebelum masuk ke tahun 2013 hujan kembali turun. Langit kembali gelap. Agaknya tanah rendah yang dah mula surut air kembali naik. Agaknya mangsa banjir yang dah pulang ke rumah membersihkan rumah masing-masing akan bersedia untuk banjir sekali lagi. Kesiannya..

Ok. Stop dulu cakap pasal hujan-banjir ni.


 

Sekarang biasalah mood en.beliau suka makan lewat-lewat malam. So, malam hari tu kitorang pegilah KFC. Niat di hati nak makan nasi ayam sebab lapar sangat. Tapi habis la pulak.

Eh. Tiba-tiba tengok udang yang display tu sangatlah mengiurkan. So order la set yang ada spicy shrimp tu. Tak seindah rupa yang display pon. Takpe. Kita rasa dulu. Rasa pon so-so je. Jadi better beli udang kat pasar. Buat udang celup tepung. Lagi bestttt.




*




*




*


Nah! amik udang 3 ekor. Nak makan sangat kan.


 En.beliau yang sukeee sangat dengan ayam KFC neh.

Puan isteri yang asyik tak dapat habiskan ayam goreng. Nasib baik ada yang boleh tolong habiskan. Membazir amalan syaiton. Kan.

Eh. Eh. Sehari lepas tu balik Dungun keluar lagi makan KFC dengan mak mertua dan adik ipar. Muka pon dah makin membulat dengan jayanya. Tahniah.



No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...