Salam uollsss.
Aritu pergi Sunway konon-konon nak window shoping. Eh, tiba-tiba pulak menerjah ke wayang. Masa kitorang sampai tu around 9.15 pm. So, sempat la nak tengok citer Lagenda Budak Setan 2 start kul 9.30.
Sebab dah lama baca novel Katerina so saya ingat-ingat lupa la jalan citer dalam novel.
Yang pastinya Lagenda Budak Setan 2 tak la sesedih citer yang 1st. Yang 1st sangat sedih kan. Tengok 3-4 kali pun still leleh air mata. Hover.
Kesinambungan LBS ni pasal kehadiran Athirah dan Katerina dalam hidup Kasyah. Pastu pasal mamat saiko yang gilakan Kate tu. Menjadi jugak watak Bront tu. Saiko sangat okeh. Part yang saya sedih pon 1st masa Kate gaduh ngan mak ayah dia bila mak dia tak restu hubungan dia dan Kasyah. Then kedua lepas Kasyah kena fitnah then kate pegi serang kat rumah Kasyah. Eh. Tapi takdela sedih sangat pon. Sedih biasa-biasa jer.
Korang nak tau detail sila pegi wayang hokeh. Lemak la nak citer dari A sampai Z kan.
Tapi biasalah bila menonton filem adaptasi novel ni biasanya sukar kita nak dapat kepuasan macam kita baca novel. Novel tu sangat detail. Dah filem tu pulak 2 jam plus jer. Lain lah kalau dijadikan drama rantaian macam Adam Hawa kan.
Tapi best jugak LBS 2 ni. Mesej yang paling utama saya boleh nilai adalah 'cinta tak semestinya memiliki'. Ewaahhh. Tiba-tiba terjiwang pulak kan. Cuma untuk saya tonton lebih dari sekali tu taklah kot. Kalau tak puas hati saya akan baca novel Katerina je la nanti. Alamaknya kena selongkar rak buku kat rumah lah.
naseb baek novel tu mmg ade dekat rumah..senang ler nak cari..hihi..thanks for the review =)
ReplyDeleteAku x sedih pun part kasyah dengan Katerina. Aku sedih part Athirah meninggal. Lakonan Athirah sgt berkesan ok..
ReplyDeleteSyaz : heee....xdela review sangat pon kan..hikss..
ReplyDeleteHH : eh, part Thirah meninggal pon sedih gak kan..