Para Pengikut..

Wednesday, 14 August 2013

Aidilfitri 2013 - Edisi di kampung mertua

Salam uollss..

Wah. Raya sakan yer. Syawal ke 11 baru nak update blog kan. Sebenarnya dari hari Selasa dan Rabu lepas dah mula menaip sebab dah start keja. Tapi al-maklumah lah bizi sikit asyik tertangguh jer kerjanya. Hari Khamis , Jumaat, Sabtu pulak kembali bercoti jadi laptop gudbye to u la. Hari ni dah start keje balik marilah kita update citer pasal Aidilfitri. Yeayyy!

Tahun ni giliran beraya belah en.beliau. Mari kita lihat adakah planning giliran berhari raya dituruti sepenuhnya. Hari Selasa sebelum raya saya dah ambil cuti. Sebab sepanjang Ramadhan tak berkesempatan langsung nak balik rumah mil. Jadi plan nak balik hari Selasa. Sempat la dua hari berbuka bersama.
Alkisahnya pasal baju raya. Nak cerita jugak tak kira. Saya ada la tempah baju raya dengan sorang kawan jahitkan. Awal-awal dan cop nak tempah dengan dia cuma saya hantar kain lewat. Dua minggu sebelum raya kot baru hantar. Dah agak dah mesti tak sempat siap punya. Amik kau. Memang tak sempat siap. Konon nak berpeplum kan raya ni hancur lebur impian. Haha. Sebab fil plan nak pakai maroon dan en.beliau pulak nak pakai baju nikah kaler cream tu. So baju saya tu dwi tone la maroon + cream. Sedeh jugak kan. Nak buat macam mana. Jadi sebelum tolak balik ke Dungun pagi Selasa tu kami sempat la cari baju raya saya kat TTC. Terengganu Trade Centre. Biasanya kalau raya memang selalu ada orang jual-jual macam-macam terutamanya baju raya ready made la. Nak kata murah tak la murah sangat tapi banyak pilihan kedai dan boleh tawar menawar. Cari baju kaler cream takde pon. Dua-dua dewan tu kami pusing. Huwaaa. Nasib baik la en.beliau ni layankan aje kemahuan si isteri. Last-last jumpa baju kaler jingga. Beli la jugak walaupun tak match in kan. Okey. Dalam hati tetap gumbira sebab tak tak perlu pening kepala cari baju kat Dungun nanti. Alhamdulillah pertama kali makan bersama keluarga in law yang cukup ahli.

Hari Rabu dua-dua adik ipar yang perempuan tu masih keje. Jadi menantu kesayangan je la tolong masak juadah untuk raya esok. Hakhak. Kesayangan sangat kan. Menu raya adalah nasi impit + kuah kacang+sate jugak nasi arab ayam berempah. So sehari sebelum raya mil dah prepare kuah kacang. Suka kalau duk dapur dengan mil. Macam-macam tips di ajarnya. Pasni nak try buat kuah kacang la. Kuah kacang ma pekat likat. Sedap sangat. Dia masak lama berjam-jam.

 Ni untuk dalca nasi arab. Yang ni pun ma masak siap-siap sehari sebelum raya. Sebab malam raya dah plan nak bakar sate pulak.


Malamnya kami buat sate. Sate pon ma buat perencah sendiri. Buat sendiri dapat banyak sikit kan. Dah la anak-anak diorang suka makan sate especeli dua-dua anak laki tu.



Dah siap cucuk semua mula-mula plan nak bakar pagi raya jam 4.00 pagi kononnya. Tapi takut tak terbangun karang so jam 12.30 malam adik ipar nak start dah. Bakar sate la kita. Lepas tu baru tido. Tapi adik ipar katanya tido lewat sebab tunggu kek cokelat moist dia masak dulu. Kak Long kawasan dah ngatok sangat dah. 


Pagi raya tu goreng dulu ayam berempah tu untuk makan dengan nasi arab. Kang dah pakai baju raya duk dapur berbau plak baju tuh. Hehe.
Siapkan juadah sikit-sikit. Yang ni paling menggoda kalbuku. Hehe.

 Masukkan biskut raya. Semua tunjuk kedai jer. Biasanya adik ipar yang pompuan dua orang tu suka benor buat biskut raya. Tapi tahun ni dua-dua kerja bizi sampai ke malam. So, tak merasa la air tangan diorang.
Sate..ni konfirm sekejap je letak dah ada yang bedal habiskan.


Ni la hantu-hantu sate. Ampun bang.. Hehe..
Dari kiri wajah kesayangan hamba,kazen beliau dan adik ipar, Achik.

Kitorang punyalah duk menunggu ayah mertua balik sembahyang raya punyalah lama. Ayah ni agaknya pegi beraya kemana-mana dulu ntahnya. Jadi mari kita berposing sakan dulu. Nak makan tak sampai mood pun lagi. Satu lagi perut kena kosongnkan sebab nak pegi serang rumah orang lain dulu kan. Hakhak.

Nak pewiiiiiiit kat gambar sendiri boley??

(Bersama pemilik kunci pintu hati)..ewahhh.

Dari kiri (Kak, Kak long, Achik dan Adik kat depan)

(Kak, Ateh, Achik dan ma kesayangan)
  
Lambat sangat ayah balik jom bersalaman dengan ma dulu. Salam dalam bilik pon boley. Heee. Kalau mintak maaf dengan ma mesti beliau selalu cakap "Sebab pe nak mintak maaf dengan ma, Fizah takdok salah pon dengan ma". Hikhik. Takpe la ma. Kadang-kadang saya tak sedar khilaf saya. Ampun maaf dipinta ma dari hujung tudung sampai hujung kasut.

Sayang ma ketat-ketat.

Abang ni suka sangat menyakat si adik neh. Nak bagi duit raya siap berdrama bagai kan.

Ayah balik jer terus serbu ramai-ramai. Haha. Tipulah. Ikut giliran lah kan .





Ni sape boikot Kak long ni. Apesal gambar Kak long blurrrr.

 Gambar paling syahdu bila melihat lelaki yang kita cintai memeluk erat ayahnya dan menitiskan air mata untuk ayahnya. Aiolss turut termenangis syahdu. Huhu. Terus terbayang 30 tahun akan datang. Sobsb.


 Ok. Dah stop berdrama dah. Kemudian menuju ke rumah tok en.beliau. Kami panggil 'mok'. Kat sana dah berkumpul mak sedara dan anak sedara sepupu sepapat en.beliau.
 
Sampai je terus bedal nasi dagang. Yelah tadi kat rumah tak makan. Sampai rumah orang terus mengisi ruang yang ada dalam perut. Thehehe. Tak banyak gambar pon. Masa ni semua orang duk kat dapur.

Kemudian sepupu en.beliau sampai. Hehe. Yang pakai baju pink tu la kolej mate saya masa KMKN itu hari. Yang pertemukan kami. Selalu je dia bagi ayat 'Kalau aku takde mesti mu tak kenal Iwan kan' Haha. Baiklah sayangku Areda. Terima kasih perkenalkan daku pada sepupumu yang hensem, hebat, terbaik la. Hahaha. Over puji laki sendirik.



Kemudian pegi beraya di kawasan kejiranan kat situ. Sedara mara jugak lah. Ada jugak yang tak masuk minum air pon. Jumpa kat pintu rumah salam-salam raya kemudia gerak ke rumah lain. Heheh.

Pastu saya ni suka sangat biskut batang buruk tu. Suka melampau lah. Pegi la satu rumah ni. Masa tu rumah diorang penuh dengan sanak sedara diorang. Saya dah ushar bekas kuih tu ada la nampak biskut idaman hati. Tunggu green light jer terus mintak kat tuan rumah nak biskut batang buruk. Haha.
 Tak bleh bla tu siap rekues.
*****
Raya kedua pulak. Pergi raya jugak 2-3 buah rumah yang belum pegi. Pagi tu yang pompuan saja pegi. Yang laki dua orang masih ketiduran. Raya sangat diorang sampai ke awal pagi kan. Adik tecik tu pon tak nak ikut. Ma layankan je la anak dara dan menantu dia yang suka sangat bergambo neh.
Pegi rumah sepupu en.beliau yang dah jumpa semalam tu. Makan-makan sembang gosip. Pastu of os la acara bergambar. Heeee.

Ni orang duk sembang dia duk berfb pulak neh. Hee. Masing-masing duk ngadap hp. Masa ni depa duk bluetooh gambar kot eh




Balik rumah pulak ambik en.beliau. Sibuk nak ikut jugak. Pegi raya lagi sampai la tengahhari. Balik rumah je mesti nak posing sebelum masuk rumah kan. Dah tebiat suka bergambo nak buat macam mana kan.
Ayah dan ma buat keputusan nak balik kampung di Air Lanas, Kelantan. Jadi kami pon nak gerak balik KT jugak la. Sebab raya ke3 rumah saya buat makan-makan sikit. Sebelum tu pegi beraya rumah mak angkat kat Pantai Teluk Lipat.

En.beliau dah letak something dalam bonet sampai tak muat dah nak letak beg-beg gemuk kami ni. Huhu. Ni kalau anak 2-3 orang konpem kena tukar kereta eh asbeng? Hehehe.

Balik KT sampai rumah dalam kul 9.00 malam. Singgah rumah mak kejap jumpa kakak abang anak sedara semua. Tak larat dah nak tolong pape. Hehe. Tunggu pagi esok la baru nak pegi tolong pape. Nasib baik la kenduri tahlil lepas Zohor. Okey. Jumpa next entri pulak. Daaaa..


2 comments:

  1. sedapnye buat sate sendiri!hihi..lau ramai yg rajin membakar xpela kan..lau buat umah hahi,hurm...hampeh yg nak membakar..tp lau dah siap rmai plak serbu makan..haha...pic last tu comel la ija..hihi...comel pakai selendang..hani lak bru berjinak balik nak membelit selendang..

    ReplyDelete
  2. Oney : hehe.suka la dorg ni bakar sate oney. Sambil bkar tu bleh ngap masuk dlm mulut.hehe.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...