Para Pengikut..

Klik Me =)

Tuesday, 20 August 2013

Open House Syawal ke-3

Salam uollss.


Gigih ai ollss tau. Tetap nak post lagi entri pasal raya kan. Hari raya ke3 kat rumah my mom ada buat kenduri sikit. Buat tahlil plus mini open house untuk famili dan jiran terdekat. Sembelih kambing sekor untuk akikah Aleesya anak my brother.

Pagi-pagi lagi dah pegi rumah mak (eh, pagi sangat tak la kan). Aiolss kena task potong memotong la. Masa sampai tu pun anak-anak buah dah sibuk potong memotong jugak. Bila berdiri sebelah diorang rupanya empat orang dah anak buah lebih tinggi dari saya. Eh, tak boleh jadi neh. Hee. Anak buah yang paling sulong dah umur 15 tahun pon. Tinggi mengalah dah. Ok. Dah dah la membebel jom kita potong memotong.

Menu untuk makan-makan adalah:
1. Nasi putih + Gulai lembu + Gulai kambing + Ayam Goreng Kunyit +Acar + Sambal belacan
2. Rendang + Nasi impit
3. Laksa kuah putih + ulam ulaman

Bab masak nasi dan gulai-gulai serah kat ayah dan anak laki dia la. Ayah ai ollss terror la jugak masak untuk kenduri ni. So kalau buat kenduri biasanya ayah masak sendiri la. Abang yang-2 dan ke-3 pun nampaknya mewarisi kepakaran ayah. Suka bila tengok orang laki masak neh. Hope asben aiolls pon nanti diturunkan jugak kepakaran tuh. Thehehe.

 HafizHafizol ni pon bizi jugak dia. Kejap duk kacau gulai, kejap naik mesin kelapa. Sibuk uolls Jo.

Saya bab-bab kuantiti ni saya kurang arif skit tak ambik tahu sangat berapa kilo berapa pikul bahan-bahan mentah yang ayah beli. Hakhak. Biasalah bukan orang penting pon kan.


Rendang ayam tu kakak saya yang buat. Sedap. Setiap tahun memang dia ditugaskan untuk masak rendang. Thehee.
 Dah masak dah bleh hidang pon. Tunggu tetamu datang jer.

 Air tu Hafizhafizol yang buatkan. Sirap limau ais. Khelas uolls Jojo. Jojo AJK minuman. Kalau bulan puasa pun yang tukang bancuh air dia lah.

 Kemudian saya balik rumah kejap semayang zohor tukar baju semua. Time takde orang datang kami sibuk duk posing. Aishh. Asben kenapa muka bersinar sangat tuh. Hehe. Yang atas riba dan belakang tu anak buah. Yang duka atas riba tu muka macam tu sebab dia takut kat Achik Iwan dia. Tapi bila Achik Iwan suh peace laju pulak jari tu kan.


Ini Aleesya. Anak buah yang ke-19. Ramai kan anak buah aiolls.



Kawan-kawan datang tak ingat pon nak bergambo. Adess.

Sampai ke malam duk rumah mak. Petang tu kemas-kemas dapur, basuh pinggan periuk semua. Sakit pinggang oiii. Achik Iwan rupanya bersenang-lenang jadi pengasuh eh. Saja nak mengelat neh.
Dia cakap suka dukung Aleesya sebab Aleesya ni baik je. Tak nangis pon. Amboi. Nanti kalau anak nangis terus tak suka dukung la eh. Haha.
Happening sangat dia neh dengan budak-budak. Yes. En.beliau memang suka layan budak-budak. Boleh pulak dia ajar budak-budak main game dalam hp aiolls. Habis bateriku. Huwaaa.

Nah gambar terakhir Achik Iwan dah Aleesya.
Aleesya redo je kena buli dek Achik Iwan kan.



6 comments:

  1. baru post entri raya ke 3 ?? hahaha... busy benorr..


    sedap kan air kite wat kikikih !

    ReplyDelete
  2. HH : Haruslah bz.daku kan puan besar.hakhak. sdap wei air u buat.menyesal tak bwk blk kt rumah.

    ReplyDelete
  3. wahhhhh meriah saan...

    ReplyDelete
  4. Mia Liana : Hee..Takdela meriah sangat pon. Simple jer =)

    ReplyDelete
  5. sekejapnya masa berlalu..xpuas beraya kat kampong.. :(

    ReplyDelete
  6. Sis Eyta : Tahu takpe. Sekejap je masa berlalu kan.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...