Para Pengikut..

Klik Me =)

Wednesday, 15 April 2015

Pahit pahit..manisnya akhirnya.

Ahad, 12 April 2015
 
Petang Ahad tu balik kerja ada adegan menakutkan. Otw balik rumah dari opis. Nak sampai kat rumah dah pun, dalam 5 minit je lagi kot. Tengah-tengah drive tu tiba-tiba ada bunyi something kat tayar belakang. Terkejut gila. Ingat ada orang langgar belakang. Tengok cermin sisi, takde apa. Bunyi kuat sangat, kereta bergegar. Pastu terus terpikir tayar tertusuk skru hari tu. Sah tayar tu bocor.
 
Then, berenti kereta tepi jalan cek tayar empat-empat tengok ok je. Tapi bunyi kuat sangat risau sangat. Masa tu kat jalan utama, jalan besar, tengah sibuk time orang balik kerja kan. Terus bagi signal ke kiri bawak kereta 10kmj cari tempat selamat berentikan kereta tempat lapang sikit. Saya keluar dari kereta cek tayar lagi.
 
Kemudian datang la sorang abang ni naik motor. Dia cakap tayar belakang kereta kita keluar api. Whatttt???terus berdebar kencang dada neh. Dia cakap dia nampak masa dari atas jejantas tadi, then turun nak bagitau kita. Abang tu punya bersungguh terbongkok-bongkok nak tengok apa yang ada kat tayar. Rupanya ada besi panjang terlekat kat rim. Sampai panas beli tu. Tak tahu la masa bila tersangkut kat rim tayar. Nasib baik takde pape. Takotnyaaaaa..
 
Alhamdulillah Allah hantar abang baik hati tu tolong kita. Susah jugak nak cabut besi yang tersangkut tu. Siap cari kain buruk sebab panas sangat. Semoga Allah murahkan rezeki kamu cik abang.
 
Keesokannya dapat satu berita menggembirakan. Rupanya dalam pahit-pahait perkara yang terjadi tu Allah balas manis akhirnya. Terima kasih Allah =)
 

4 comments:

  1. menape tu??(sibokkkk je kan)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kak cik,haha.adalah rezeki dari Allah.

      Delete
  2. alhamdulillah.. rezeki datang dlm macam2 bentuk..pertolongan orang tu pun rezeki gak.. semoga lepas nie awk sentiasa murah rezeki.. rezeki anak2 ..kesihatan yg baik dan lain2. Syukur dengan kehidupan saya sekarang. walaupun Dia dah ambik satu kebahagian saya, tapi dalam masa yang sama Dia beri kebahagian dari sudut yang lain. Awak, banyakkan memberi, nanti awak tak sangka2 awk akan dapat pulangan lebih dari yang awk beri...ni pengalaman saya sendiri.. Alhamdulillah..

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...