Para Pengikut..

Friday 22 December 2017

Selamat ulang tahun kedua Muhammad Daniel Asyraf

(P/s: Dicopy dari entri setahun lepas dan mengalami beberapa siri perubahan =p)

22.Dis.2015. 10.00am

Pada tarikh ni la permata mami dilahirkan.

Betapa sayangnya Allah pada mami dan papa, setelah 3 tahun menanti penuh sabar Allah amanahkan adik untuk kami jaga. Masa adik dalam kandungan sedikitpun tak pernah membebankan mami. Tak pernah mengidam pelik-pelik, tak pernah muntah, morning sickness tak pernah, pening kepala pun jarang sangat. Tapi tiba saat due date adik tiada tanda mahu keluar lagi. 10 hari tiada tanda mami terpaksa serah diri ke hospital.

Dah masuk ubat pun tak kuar-kuar tanda jugak dik. Pagi tu tiba-tiba je mami demam. Suhu naik mendadak. Badan menggeletar. Bila doktor cek jantung adik tak dapat detect. Banyak kali doktor try tak dapat bacaan jugak. Then diorang buat keputusan bawak mami ke labour room. Kalut misi keluar nak bagitahu papa naik level labour room.

Labour room.
Doktor pecahkan air ketuban. Tapi still adik tiada tanda nak keluar. Kalut semua panggil papa mintak persetujuan untuk emegency czer. Terpaksa la nak selamatkan dua-dua kan. Mami pandang papa. Dua-dua senyum pasrah. Tiba-tiba doktor cek tengok adik dah lemas dan tertelan naj**. Cepat-cepat diorang semua kalut tukar baju mami angkat naik katil yang beroda tu nak pegi blok sebelah sebab labour room full. Haha. Part paling kelako bila 2-3 orang misi kalut simpul dan sanggul rambut mami yang panjang mengurai tu masuk dalam serkup kepala tu. Ish sempat lagi diorang gelak-gelak masa ni yer. Misi tu membebel sambil gelak "macamne la awak jaga rambut panjang macam ni tak serabut ke". Haha. Kalau mengandung lagi memang mami kerat la rambut ni tobatt. Ok sambung kisah saspens misi tolak katil beroda tu apa nama dia entah cross jalan  untuk masuk blok sebelah. Masuk kat bilik bedah yang takde orang bedah perut mak nak beranak dalam tu. Tapi sebab LR full terpaksa masuk situ. Masa cross jalan tu siap rintik-rintik hujan jatuh dimuka mami. Masa ni kan musim tengkujuh. langit mendung jer.

Mami tak sedar apa pun dik masa adik dikeluarkan. Sedar-sedar mami buka mata doktor suruh gerakkan jari semua. Takde apa pun dalam kepala mami masa tu. Kosong...

Setel semua mami dibawa ke bed balik. Dengan wayar ditangan, wayar air kencing lagi mami tak boleh gerak ke mana-mana. Mata jer duk kelip-kelip tengok orang sekeliling. Senyum kat ibu depan bed mami yang tengah nyusukan baby dia, tengok sebelah pulak mama tu tengah syok tido peluk baby dia, bed sebelah lagi umi tu tengah dodoikan anak dia yang merengek. Mami je sorang-sorang tanpa adik. Pastu mami sambung tido. Kesan ubat ngantuk dan mamai sangat. Nak pegang fon pun tak daya.

Tengah hari time melawat barulah semua keluarga sebelah mami dan papa masuk. Semua datang peluk-peluk mami nangis-nangis terutama tok ngan tokmi. Eh, kenapa ni. Nampak tak. Mami sihat je ni. Kenapa semua nak nangis. Mami senyum jer. Kuat sangat rasa jiwa masa tu walaupun badan je tak kuat. Kemudian papa masuk bisik kat mami "syg, doktor pegang dulu baby kita, nanti syg sihat sikit kita tengok baby eh". Mami angguk je. Tak tanya apa-apa pun kat papa.

NICU
Esoknya hari yang paling mami nantikan. Bila dah bukak semua wayar mami pun dah gagah skit jalan bolehla tengok adik kat nicu. Papa tolak atas wheelchair. Sayu hati mami tengok ramai kawan-kawan adik penuh wayar dibadan. Sampai bed adik mami tergaman. Berapa kali mami tenung adik pastu tenung papa,tenung adik tenung papa. "Betul ke anak kita ni b, tak salah bed ke ni". Papa senyum je tunjuk tag kat bed 'bo noor hafizah musa' subhanallah dik. Adik comel sangat. Gebu,putih mulus. Tak henti-henti mami senyum. Cuma mami sedih tak dapat dukung adik, peluk adik, df adik. Cuma boleh usap-usap je. Penuh wayar kat badan adik. Doktor kata banyak sangat kuman kat paru-paru adik dan sebab lemas tu terpaksa bernafas guna bantuan mesin. Mesin yang adik guna tu doktor kata paling tinggi kuasanya kat situ . Allah!! Kesian adik. Tapi berapa kali doktor situ cakap adik kuat semangat. Insyaallah boleh sembuh.

Berpantang tanpa baby disisi.
Mami balik rumah tanpa bawak balik adik. Akhirnya mami berpantang dirumah, dengan papa sekali cuti panjang. Cikteh pun ada jaga mami kat rumah. Nasib baik pantang kat rumah, senang nak ulang alik jenguk adik. Bawak stok susu, pampers, bagi semangat kat adik untuk terus kuat. Bacakan zikir kat telinga adik. Selang sehari mami pergi jenguk adik. Jumpa doktor. Tanya progress adik. Tapi seorang mami mana tahan tengok anak penuh wayar dibadan macam tu. Berendam air mata jugak mami tiap kali tengok adik. Mami selalu doa nak dengar adik nangis. Sebab selalu adik tido je. Satu hari tu dapat dengar adik nangis. Mami senyum dalam tangis. Pastu mami doa lagi nak tengok adik senyum, adik genggam jari mami. Hari- hari mami doa dik. Alhamdulillah makin hari mami n papa nampak makin baik progress adik. Walaupun doktor tak pernah bagi jaminan atau apa-apa harapan pada kami sebab takut sesuatu yang tak dijangka terjadi tapi instint mami kuat adik akan sembuh. Adik akan sihat dan akan bersama kami semua di rumah.

Satu hari tu mami dan papa masuk dalam wad adik tu terkejut tengok adik takde kat bed. Ya Allah mana anak kami. Kenapa takde sesiapa call bagitau apa-apa. Papa kalut panggil doktor tanya. Rupanya adik dah dipindahkan ke wad sebelah. Bukan wad kritikal tu lagi. Maksudnya kesihatan makin baik. Masih bantuan mesin cuma tak macam mesin sebelum ni. Kemudian 2,3 hari kemudian adik dipindahkan ke wad lain pulak. Lepas tu baru masuk ke SCN. Mami lega sikit. Scn takla kronik sangat. Cuma papa dah tak bebas masuk mcm kat nicu. Seminggu adik kat scn akhirnya berita dari doktor yang lama mami dan papa nantikan sampai jua. Adik akan discharge. Mami gembira rasa nak menjerit kat situ terima kasih doktorrrrrr!!!! Syukur Allah makbulkan semua doa2 kami.

Hari terakhir adik warded.
Mami masih ingat hari terakhir adik kat scn. Masa ni adik dibenarkan keluar duduk bilik pelawat tu. Tapi hanya mami dan papa jela boleh tengok adik. Mula-mula kami berdua ambik adik tiba-tiba terpaku tengok adik dalam bed tu. Adik tengah syok tido. Kemudian terus papa dukung adik. Mami pulak lepastu. Mami peluk adik kuat-kuat. Pastu bawak pergi nursing room. Pertama kali mami df adik. Ya Allah berjurai air mata mami kat situ. Semua ibu kat situ pandang mami senyum kelat. " Berapa hari baby kat sini dik?" Sorang ibu tu tanya mami. Mami senyum jawab "38 hari kak. Hari ni boleh discharge" Ya Allah tetiba semua bergenang air mata nangis kesyukuran.
Yer. Genap 38hari di nicu + scn. Terima kasih semua misi n doktor yang menjaga adik sebaiknya. Semoga Allah membalas balas jasa dan pengorbanan kalian dengan rezeki yang tak putus-putus. Aamiin.

Hari ni dah DUA tahun usia adik. Insyaallah selagi mami ingat mami akan repost story ni di blog mami. Mami sentiasa doakan supaya Allah panjangkan usia adik, dikurniakan kesihatan sampai besar, sampai tua supaya dapat jaga mami dan papa pulak nanti. Mami doakan adik jadi insan yang cerdik pintar, soleh, hormat orang tua dan menjadi kesayangan semua orang.

Ujian menguatkan kita.
Semoga mami terus tabah hadapi segala ujianNya. Bila difikirkan balik perjalanan hidup mami ada hikmah Allah hantar ujian berat pada mami berkali-kali. Terutama ujian kemalangan setiap tahun kemalangan. Setiap tahun mami menangis yang terakhir 2014 mami kemalangan kereta berpusing-pusing beberapa kali langgar tembok dan tiang lampu namun Allah masih panjangkan usia mami. Masa tu mami dah tak nangis dik, kerana mami sedar tu ujian Allah untuk menguatkan mami. Mami redha dan pasrah. 2015, sebulan selepas 3 tahun papa dan mami kahwin Allah hadirkan adik dalam rahim mami. Tiga tahun penuh sabar mami dan papa menanti. Tidak pernah putus doa dan harapan pada yg Esa kerana padaNya tempat makbul hajat. Allah tidak pernah tangguhkan hajat, cuma datangnya pada suatu saat yang tepat.

Terima kasih buat keluarga yang sentiasa disisi, kawan yang selalu menemani dan terima kasih buat suami yang tak pernah berkurang kasih sayangnya terhadap diri ini.

Mami.
22dis2017

4 comments:

  1. happy birthday daniel. semoga jadi anak yang soleh

    ReplyDelete
  2. Wow ingatkan update yg tadi. Kejut kita.hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahahha,mereput dulu gambar 2-3 bulan.kahkah

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...