Salam uollss.
Hari Isnin lepas Terengganu cuti umum sempena Pertabalan Sultan Terengganu. Tak tahu nak masak lunch apa. Kebetulan dalam peti ais ada sotong. Terus teringat singgang sotong ni. My favourite dari zaman kecik-kecik kalau mak buat saya suka hirup kuah panas-panas.
RESEPI SINGGANG SOTONG
Bawang besar 1 ulas besar dihiris
Bawang putih 5 ulas dihiris
Halia 1/2 inci dihiris halus
Lengkuas beberapa hiris (tak nak letak pun sedap je rasa)
Serai 2 batang (ketuk)
Lada 3 biji
Asam keping
Mula-mula sotong macam biasa di basuh bersih. Kalau jenis suka makan sekor2 macam tu tak payah hiris.
Rebus air letak bawang putih , serai dan asam keping. Pastu lada sekali. Sukati la korang nak buh berapa biji pun.
Bila dah mendidih masukkan bawang besar, lengkuas dan halia. Masukkan garam dan perasa apa-apa yang korang mahukan.
Dah siap. Senang, cepat dan sedap!
wahhhh.. nampak sedap ni :)
ReplyDeletesedap. try la masak.hehe.
DeleteSedapnya
ReplyDeletealhamdulillah sedap. nanti try yer.
Deleteeeyh hehe ingatkan org masak singgang ikan je.. festime tahu ada singgang sotong..
ReplyDeletehaha. Tak pasti negeri lain panggil masakan ni apa. kita panggil singgang sotong.hehe.
Delete