Para Pengikut..

Tuesday 26 March 2019

Berkunjung ke Taman Rekreasi dan Mini Zoo, Kemaman.

Salam uollss..

Ni cerita dari awal bulan mac ni dah sebulan yer baru nak update. Bizinya mami kau nak. Haha. Nasib baik dah post panjang lebar kat instagram bolehlah saya cedok ayat situ.


Actually ni 1st time bawak Daniel pergi zoo. Saya pun sebenarnya 1st time jugak masuk. Kahkah. Sama la yang lain semua tak pernah masuk zoo berbayar ni lagi. Saya pergi dengan family mentua. Semua join kecuali ayah yang jaga rumah takut rumah lari. Hahah.



Tiket masuk RM10 sahaja untuk dewasa, kanak-kanak 5 tahun ke bawah free.
Kitorang pergi hari tu Jumaat. Zoo bukak 9.00 am sampai 5.00pm. Jumaat tutup jam 12.30 pm sampai 2.30 pm. Tapi kalau korang dah masuk awal-awal boleh je stay dalam tu. Kitorang bertolak dari Dungun pagi dalam 8.30 am kot. Singgah breakfast kedai kopi minum-minum dan makan ringan-ringan jer. Dah bawak siap-siap bekal nasi beriani nak lunch. Dalam kul 10.30 am masuk. Sampai sana ada photographer yang snap gambar. Kalau nak beli gambar hardcopy tu boleh beli sebelum korang balik kang.


Masa mula-mula sampai tu ada sekor anjing ni. Macam anak anjing la. Jinak sangat. Kitorang ni takut la dia datang dekat kang tak pasal kena samak pulak. Kiki. Pastu anjing tu ikut sampai masuk dalam. Bila dengar bunyi unggas kuat baru dia lari keluar.


 Luas jugak tempatnya. Rasa berbaloi la pergi. Bagi saya la. Jangan la kau nak compare dengan zoo negara pulak yer. Haha.


Daniel ni biasalah dia kan terlajak aktif. Duk lari-lari jela kerja. Tak fokus sangat dengan binatang yang ada. Cuma nampak dia duk fokus tengok kura-kura jer. Haha. Pasni tunggu dia besar sikit dah masuk sekolah ke repeat lagi yer.













Banyak jugak binatang..bermacam jenis ikan, burung, kura-kura, burung unta, orang utan, kancil, rusa, gajah, harimau, buaya, kuda, arnab..apa lagi yer. Macam-macam lagi la. Jalan jauh jugak. So disarankan bawak la air yer. Makanan tak boleh bawak masuk.








So layan jela gambar-gambar yer.





















.Kitorang habis jelajah dalam kul 12.30 pm macam tu la. Masa tu dah panas membahang. Balik je terus makan nasi. So kalau korang datang dari jauh make sure bawak bekal makanan yer.

3 comments:

  1. Bestnya tengok binatang dalam zoo.. :D

    ReplyDelete
  2. Nampak bersih mini zoo Kemaman ni Iza..
    Seronok bila dapat bersiar-siar dengan family kannn..

    ReplyDelete
  3. menarik juga zoo nya walaupun kecik. janji nampak animals dengan jelas tu kira okay da =D

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...