Para Pengikut..

Thursday 4 April 2019

Upin dan Ipin Keris Siamang Tunggal

Salam uollss..

Dah tengok ke Upin dan Ipin Keris Siamang Tunggal?. Kalau belum cepat ke pawagam berdekatan.  Boleh la bawak anak, anak buah atau adik-adik. Saya tengok Jumaat lepas. Kebetulan adik balik cuti so dia ajak tengok. Bawak Daniel sekali. Mami ngan papa ni memang peminat upin ipin dari zaman bujang lagi suka tengok. Haha.
Kitorang pergi time malam. Movie jam 8.30pm. Ni tengok wayang kat LFS Cinema, Paya Bunga Square.

Adik tolong beli online siap2. Bawak anak buah lagi sorang join skali.

1st time sebenarnya bawak Daniel tengok wayang. Takut jugak dia nangis takut ke, nangis gelap ke atau nak lari-lari dalam wayang tu. Mujur papa ada. Nampak masa mula-mula masuk tu berombak jugak dada dia takut. Mungkin sebab bunyi kuat sangat iklan-iklan sebelum start cerita tu. Lama-lama tu bila dah start cerita baru lah ok. Tapi rugi lah beli seat untuk dia. Sebab sepanjang cerita duk atas riba papa jer.

Best sangat episod Keris Siamang Tunggal ni tau. Memang saya bagi 5 bintang la. Permulaan cerita Upin Ipin dan kawan-kawan kemas stor atuk bawah rumah tu. Tetiba terperangkap dalam dunia lain. Macam-macam kisah, watak yang muncul dalam dunia misteri tu. So kalau nak tau kenala pegi tengok yer. Kiki.

7 comments:

  1. Wah review yang menarik. Kena pergi tengoklah weekend ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Takleh review banyak2 spoil mood nanti. Tp confirm puas hati kak feni

      Delete
  2. Memang best kann...tengok sekali rasa nak tengok lagi sekali ...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu. Mcm nak repeat lagi jer.hehehe

      Delete
  3. Tak sabar nk bawa anak kita tgk juga. Aish bertahun kot tak masuk wayang.

    ReplyDelete
  4. nak tengok tapi xdak geng nak teman.. kawan2 kalo bab cartoon depa x layan haha..
    tunggu jela nanti available online =D

    ReplyDelete
  5. Follow and wisit https://www.iyaseo.id/

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...