Para Pengikut..

Thursday, 11 April 2019

Bila teringin nak makan macam-macam.

Salam uollss..

Ni kejadian weekend yang lepas. Perut teringin makan macam-macam. Eh salahkan perut la pulak. Salah lah nafsu makan tu. Haha. Hari Khamis tu dah rasa nak makan laksa. So harap sangat asben ajak pergi pasar. Asben sampai rumah malam Khamis tu dia terus ajak pegi pasar pagi esok. Weeehuuuu. Macam dah dapat baca isi hati ku ini. Ceewahh. So pagi tu pergi pasar beli laksa dua kg. Harga laksa RM3.50 sekilo. Beli dua kg sebab nak hantar rumah mak jugak. Rumah mak ada mak ayah dan dua orang abang. Kalau lebih boleh ajak akak dan anak diorang makan sekali. Tengahhari tu masak untuk lunch dulu. Sebab plan nak masak laksa untuk makan petang/malam.

Puas hati dapat makan. 


Nasi kunyit sebenarnya mak request nak makan. So masa pergi pasar tu beli ayam seekor untuk buat rendang makan ngan nasi kunyit. Setakat ni saya belum pernah masak nasi kunyit. Saya buat rendang dan mak tanak nasi kunyit. Makan untuk breakfast pagi Sabtu. Hehe.

Terima kasih mak =)


Hari Sabtu keluar ke bandar nak settle hal tertangguh. Pastu asben ajak makan nasi kukus. Alaaaa. Rindunya tea peng eskrem dia. So terus terjah Nasi Kukus Sempoi Alias 2 kat cawangan Gong Kapas. Masa tu dalam 12.30 tengahhari. So tak ramai lagi orang. Ada lah meja kosong.


My Fav. Tiap kali pergi Nasi Kukus Sempoi Alias mesti order tea peng eskrem. Yummy.


Balik tu kat tepi jalan ada orang jual pelam asam boi ni. Kesian pulak tengok tengah panas-panas jual. Hurmm. Kita teringin nak makan. Tapi tak terluah pulak nak beli. Sebab hari tu beli tak padu sangat. Pastu saya berenti singgah ke kedai. Papa ngan Daniel tunggu dalam kereta. Dah sampai rumah tengok ada pelam asam boi kat seat belakang. Wahhhh.tq papa =) 

Rangup sangat =)


Alhamdulillah. Harap weekend la boleh layan nafsu makan. Pastu kalau datang mood rajin la boleh masak sedap-sedap. Kalau mood malas datang takde maknanya. Hahah.

3 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...