Para Pengikut..

Friday, 19 July 2019

Jalan-jalan ke Kelantan

Salam uollss..

Ni cerita bulan lepas lagi ni. Haha. 21 Jun 2019. Dari awal-awal syawal lagi mil dah bagitahu ajak pergi kenduri di Kota Bharu. Kita on jela kalau kebetulan weekend tu tak kena masuk kerja. Kenduri hari Jumaat. So pagi Jumaat tu fil bertolak dari Dungun dengan dua buah kereta. Malam Khamis tu adik-adik ipar ikut my asben balik rumah saya tido rumah saya. So pagi Jumaat esoknya kitorang naik satu kereta dari Kuala Terengganu. Misi kali ni nak pergi kenduri di Kota Bharu, jalan2 cuci mata di Wakaf Che Yeh dan beraya rumah saudara mara di Bachok. Ayah mertua dan mak mertua ni sepupu. Tapi yela orang dulu-dulu ramai kawin pastu pisah hidup atau mati then kahwin lain dapat adik beradik lain. So ramai adik beradik tak se-mak atau se-bapak. Ada lagi sedara mara mentua yang saya belum kenal.

So pagi Jumaat tu kitorang bertolak dari Kuala Terengganu dalam 8.30 am macam tu la. Masa tu tak breakfast pun lagi. Just makan karipap frozen jer buat alas perut sementara tunggu family dari Dungun sampai sini. Berenti makan pagi singgah kat Setiu. Konon nak breakfast tapi makanan besher2 je. Makanan berat pun takde. So beli udang celup tepung ngan keropok goreng je. Boleh la buat alas perut.



Kedai ni nama Ombak Pantai Celup Tepung. Pernah viral sebab lawa sangat deco-deco sebelah kedai tu. Tapi sebab kami rushing so takde nak ambik masa yang lama untuk bergambar kat situ.

Sampai kat Kota Bharu dalam pukul 12.00 tengahari macam tu la. Sepupu asben yang kawin. Sebab kenduri dibuat kat rumah mak sedara dia so follow waze la kami ni. Nasib baik tak sesat. Kiki.

Sampai je rumah kenduri tu terkejut monkey okey. Makanan punyalah banyak dari nasi putih, nasi minyak,nasi dagang sampai lah laksa,laksam,soto,lontong semua adalahhhh. Air pun macam gerai jual air paso malam tu. Dengan dessert dan kuih muih pulak macam2. Adoiii. Tapi sibuk benor jumpa sedara mara sampai tak terambil gambo. Plus meriah betul tetamu dengan budak2 tahfiz berjubah berkopiah lagi. Tak gigih kita nak keluarkan camera. Hahha. Sebenarnya diorang buat kenduri kahwin sekali ngan open house sebab time tu masih bulan Syawal kan. Suka ma ayah dapat jumpa adik beradik. Lama jugak lepak kat rumah kenduri ni tunggu pengantin perempuan sampai. Siap 2,3 kali angkut makanan dah kitorang ni.

Dah settle semua pengantin perempuan pun dah sampai kitorang gerak ke Wakaf Che Yeh. Masa ni dalam kul 3.00 petang. Pun sama guna waze je ke Wakaf Che Yeh. Sebab malam nanti nak jalan2 kat pasor Wakaf Che Yeh tu so nak cari homestay la. Sampai je area situ memang banyak signboard tepi2 jalan. Memang banyak homestay area situ. Sebab kitorang ramai jugak dalam 10 dewasa dan 3 budak kecik. So nak cari rumah yang selesa, muat kitorang semua dan murah sebab sekadar nak berehat dan bermalam je satu malam. Sy cari kat facebook jugak. Jumpalah satu homestay ni kat fb. Alhamdulillah yang ni available harga pun murah. Even ada dua bilik je ok jela kitorang family boleh hampar toto tido kat ruang tamu. Tak snap pulak gambo dalam homestay tu. Puashati sangat. Parking boleh parking je depan pintu rumah. Jalan kaki je nak pegi pasar Wakaf Che Yeh tu.

Lama sangat dah tak pergi Wakaf Che Yeh ni. Rasanya last tahun 2010 masa ada kursus kat Kota Bharu. Sini macam-macam ada jual..baju,kasut,handbeg,kain pasang macam-macam lagi lah. Ada yang murah ada yang berpatutan dan ada yang mahal. Sebab kedai banyak so banyak choice kita boleh pilih. Pusing lah satu pasar tu survey harga. Saya ni dengan Daniel punyalah nak lari jer kerja budak ni penat mami. Boleh geng pulak ngan adik ipar dan asben dia yang kaki window shopping. Haa ambik la sampai dua round kau pusing.

Tq asben belikan kasut sedondon dan tshirt sedondon laki bini. Pastu belikan kiter jeans lagi, Daniel dapat baju siang sepasang. Kering poket papa kita pau kan Daniel. Hahaha. Tak puas rasa shopping. Tunggu duit kepuk-kepuk kita repeat lagi yer. Hehe.

Pagi esok bersiap-siap untuk check out ke Bachok pulak.


Singgah berhari raya rumah sepupu ayah mertua. Sampai jer adik ipar ajak pegi belakang rumah. Cantiknyaaaa. Jalan kaki sikit je belakang rumah tu ada pantai. Bestnya rumah macam ni. Hari-hari daku pegi tenangkan diri kat pantai.











Okey dah setel raya ke dua-tiga buah rumah ayah ajak jalan kat pasar jelawat. Masuk la dalam pasar tiga beranak ni dengan pakai kasut macam tu semua mak cik jual sayur duk pandang atas bawah. Haha.


Alhamdulillah lepas tu terus gerak balik rumah. Bukan senang nak konvoi ramai-ramai macam ni. Bawak ayah pulak tu sekali. Semoga lain kali dapat bawak parents jalan-jalan lagi jauh sikit. Aamiin.

1 comment:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...