Para Pengikut..

Showing posts with label Amna. Show all posts
Showing posts with label Amna. Show all posts

Sunday, 24 March 2013

Weekend lagi..

Salam uollss..

Eh, setiap minggu ke kena up entri pasal weekend ni ha?

Dis week kawan saya merangkap jiran sebelah umah kawin. So, malam Khamis en.beliau hantar balik umah mak. Nak meraikan majlis akad nikah beliau. Inilah kawan sejak dari kanak-kanak, main masak sama-sama, pegi sekolah jalan kaki sama-sama, pegi tuisyen malam naik basikal sama-sama. Now dah kawin dah. Cepatnya masa berlalu. Rindu zaman kanak-kanak dolu-dolu ^_______^

Malam Khamis tido umah mak. Heaven boleh tengok TV3. Almaklumlah umah kita sampai ke sudah tak dapat siaran TV3 yang clear. Wuhuhu..Hari Jumaat sebab takde aktiviti sangat jadi balik ke rumah sendiri sebab nak mengemas umah. Start jam 3 ptg sampai lah jam 7 ptg saya mengerjakan rumah. Penat gileww kot. Sambil bukak You Tube link ke tibi. So, mari kita karaoke!! Adalah lebih 10 buah lagu jugak tuh. Nampaknya kena beli mic dah neh. Muahaha.


Kemudian dah habis mengemas standby untuk masak makan malam barulah asben balik dari rumah kawan dia. Suruh bersiap sebab nak pegi makan malam kat rumah kawan dia. Eh, tau-tau je aiolls penat nak masak. Eh, sebenarnya malas jugak nak pegi sebab dah tau konfirm akan jadi Cinderella, kul 12 baru balik. Tapi kesian lah kat en.beliau. Time kawan-kawan tanya "kenapa tak bawak 'orang rumah' sekali" macam-macam alasan diberinya sedangkan saya yang malas nak pergi. Sob.
En.beliau pulak cakap 'anak kita pon ada'..saja nak bagi aiolls pergi dengan hati yang ikhlas kan.
Terus hepi. Rindu anak umi =)


Sampai je budak-budak tengah main. Main titik-titik. Macamne eh, nak explain. Korang pun sure pernah memenuhkan buku latihan matematik korang dengan macam-macam permainan kan. 
Diorang pun tanya la "Umi masa kecik umi main ape je"
So, terus ajar diorang main SOS. Eh, pun tak tau nak explain macamne. Suka sangat diorang dapat game terbaru. Terpaksalah umi flash back balik game yang umi main zaman kanak-kanak dulu nak bagi idea kat diorang.



Ok. Dah bosan main diorang suruh umi bagi test pulak. Test matematik. Muahaha. Layan jela.

Cepat jawab. Cikgu bagi masa 10 minit okeh. haha. 

Amna anak umi in da house yeayy!!

Then ikan pari bakar dah siap terus makan nasi. Ampunkan saya bang letak gambar neh. Ahakz. Awak tak baca belog saya kan.

En.beliau kan tak makan ikan pari. Jadi kami ambik ikan neh. Tak tau apa nama spesis nih. Tapi rasanya sangat manis. Fresh gitu. Sebenarnya kawan en.beliau baru balik dari laut. Banyak jugak ikan yang diorang dapat. So, bakar ikan tu semua.

Dah makan layan tv jer. Amna tak boleh tengok umi santai-santai atas kusyen.
Mesti datang nak baring kat riba umi.


Me and Amna.

Amna : Umi sebab pe umi sokmo (selalu) ikut papa. Papa pakai hijau umi pun pakai hijau.
Umi : **Speechless**

Pastu layan dia duk bercerita pasal sekolah. Pasal kawan dia, pasal cikgu sekolah. Macam-macam lagi lah.


Pastu bila perasan umi ambik gambar terus smile. Suka sangat bergambar dia neh. Siap posing macam-macam aksi. Amna oh Amna..





Here we go. Dua-dua sebenarnya suka bergambo. Berphotogedix. Ahakz. Even masa ni dah 11.10 pm. Jam atas tu betul ok. Mata diorang ni segar lagi. Aiollss ni mata dan nak kuyu dah.


Haha. Ini buktinya!!

Ok. Macam sudah dijangka. Menjadi Cinderella lagi. Jam 12 malam baru lah balik rumah. Tapi Cinderella ni versi kasut tak tercabut atas tangga pon kan.

Hari Sabtu pulak en.beliau keje. Waaa. Dah lah dia janji nak bawak kita pegi kenduri skulmate. Sedeynya tak dapat pegi. TAY cepatlah sembuh. I need u.Sobsob.


Wednesday, 13 February 2013

Amna with her papa.

Salam uollss..

Semalam entri tentang anak ekspress kan. Ewahh. Anak ekspress macam apa jer bunyi kan. Anak angkat la. Selalu dengar cerita kalo parents tu susah nak dapat anak sendiri jaga dulu anak orang iaitu anak angkat, InsyaAllah nanti akan ada rezeki anak sendiri. Macam sepupu saya pun ada sorang. Lama tunggu nak dapat anak sendiri, kemudian dia ambik anak saudara jadikan anak angkat. Tup-tup berderet dapat anak. Tak tahulah tu kebetulan atau tak kan.

Yang pasti Tuhan adalah sebaik-baik perancang. Aku serah semuanya pada ketentuanMU Tuhan.

Eh, tapi kitorang tak jaga pun Amna. Cuma anak-anak kawan en.beliau kami anggap macam anak sendiri. En.beliau lagilah rapat ngan diorang. Manja kemain kan. Kalo si tecik Damia tu langsung tak nangis bila en.beliau dukung. Ngan saya pulak kalo ada handbeg di bahu baru dia nak berdukung. Comel betul..

Tapi Amna paling manja ngan en.beliau. Dah macam anak dia dah. Jeles ahkak. Eh, kemain ngan budak tecik pon nak jeles. Tak beragak kan.

Sempat snap gambar curi theyollss..

Masa ni tak tahu la diorang berdua duk bergosip pasal apa kan.







Kemudian nak cari tapak khemah pulak. Laju je pimpin anak dia tinggalkan isteri kat belakang. Fine!
*Sayang isteri tinggal-tinggalkan..



Eh, diorang sedar pulak saya ambik gambar curi. Siap posing lak tuh.

Umi, papa n Amna =)

Amna, nanti dah besar umi harap Amna ada blog. Pastu godek-godek blog umi baca entri pasal Amna ni taw =)

Tuesday, 12 February 2013

Anak Ekspress.

Salam uolss..

I dah jadi mak. Thehehe.

Ehem..Actually saya baru balik dari camping kat Air Terjun Chemerong. Pergi dengan en.beliau dan kawan-kawan beliau. Kitorang pegi 3 famili. Saya akan tempek gambar later hokai..


***

Pssstt..ada kenangan manis yang sangat comel terjadi di sana semalam.

Dialog antara saya dan Amna. Amna ni budak comel anak kepada kawan en.beliau. Dulu en.beliau selalu duk cerita pasal Amna neh. Sangat manja ngan en.beliau. Beliau pun suka budak-budak so, layan je la kemanjaan Amna. Dia panggil kitorang Achik Fizah dan Achik Iwan.


Amna : Achik Fizah, Amna ada dah ibu (ibu kndung), mama pun ada dah (mak sedara dia), Amna takdok umi jer. Boleh ke Amna nak Achik Fizah jadi umi Amna?'

Me : Opcoz sayang..

Sangat comel seorang Amna neh. Antie sayang sangat la kamu sayang..Opss..umi sayang sangat kamu..=p




Nur Amna Nafisya
 
^___________^
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...