Para Pengikut..

Showing posts with label Homemade Food. Show all posts
Showing posts with label Homemade Food. Show all posts

Thursday, 15 September 2016

Homemade food Daniel (8m3w)

Salam uollss.

Saya kan perasan sangat kalau Daniel ni suka bubur letak bilis. Kalau letak ayam semata-mata dia takde la eksited sangat. Kalau buh bilis jugak mesti nak nganga mulut tu tak henti-henti. Tapi kalau takde bilis tetap makan jugak. Cuma nak habis tu lambat benor la. Dah pusing 10 round dengan walker dia sambil suap makan pon tak habis-habis lagi. Kahkah.

Ni perkenalkan sayur baru kat Daniel..kacang buncis dan ubi keledek. Best buh ubi keledek tu rasa lemak berkrim gitu. Macam rasa kentang jugak. Kentang Daniel dah biasa makan dah.

Bubur beras perang
Kacang buncis
Sawi (daun jer)
Ubi keledek
Isi ayam

Masukkan dalam periuk masak sekali. Nak ada rasa masin-masin skit buh serbuk bilis. Masa ni kita tak sempat blend bilis, so buh ayam jer.

Blend bubur sebab ubi keledek tu lambat skit nak hancur even dah masak. 

Friday, 9 September 2016

Resepi from FB : Homemade baby food sedap sangat2 neh. (Part 1)

Salam uollss..

Kat fb tu saya selalu je duk share resepi pastu save resepi tu konon2nya. Then nak cari balik terlupa atau tak tau ntah mana hilang post tu. So, saya share sini semoga bermanfaat untuk kita semua mak-mak. 

Kita tak tau nak kredit kat sapa neh. Jumpa kat page merata2 yang dicopy dari sapa2. Hope dihalalkan perkongsian ni yer =)

 Tumiskan olive oil 
Masukkan ikan salmon,labu dan brokoli..
kemudian masukkan sedikit air susu.
Kacau sehingga masak.
Dalam masa yang sama,rebus pasta sehingga kembang.
Kemudian masukkan pasta rebus ,salmon dan sedikit cheese di dalam blender dan blend

 Bubur nasi + kentang + carrot + brokoli + kacang buncis + ikan bilis

 Bubur nasi campur labu,ayam dan brokoli

 Bubur nasi + ikan bilis + japanese sweet potato + carrot + kacang peas
 Bubur nasi + ikan tenggiri + japanese sweet potato + carrot + sawi +kurma

Tuesday, 30 August 2016

Homemade food untuk Daniel : Spiral Tomato Cheese (8 bulan ke atas)

Salam uollss..

Daniel dah 8 bulan lebih. Makin bersemangat waja la kita masak untuk dia. Daniel ni takdelah jenis suka makan pelahap sangat. Haha. Tapi kalo suap tu makan je la. Kalo berenti suap takdelah nangis-nangis. Kadang-kadang sambil dia duk pusing-pusing atas walker tu kita suap sambil kita kemas dapur or masak. Last-last habislah jugak satu mangkuk tu. Start 8 bulan ni tak blend dah bubur dia. Cuma tekstur dia halus la. Coz kita blend dulu beras perang tuh.

Sekarang kita duk rotate je masak guna sayur, ayam, bilis. Sayur pun carrot, brokoli, saderi apa lagi ha? yang tu kot bisa beli. Nanti nak kena variasi lagi la.

Ni resepi kita jumpa kat group Homemade Food kat FB. Tak ingat sape punya resepi la.

Spiral Tomato Cheese (nama mami reka.hakhak)

Ayam, tomato, spiral makaroni ngan cream cheese jenama Tatura.

Mula-mula spiral tu rebus bagi lembut.
Ayam ngan tomato cincang halus masak skali then buh cream cheese. Dah masak sebati blend dengan spiral tu. Yummy Yummy.

Kita test rasa ok la jugak rasa susu kan. Budak-budak suka la. Daniel makan pon habis la kita suap.

 Actually kita pon tak pasti jugak sukatan makanan nak bagi banyak mana kat dia. Tapi biasanya kalau dia dah tutup mulut rapat-rapat tanda tak nak la tu. So, mami la habiskan kalo ada sikit lagi tak habis. Kalau dah makan banyak sampai habis satu mangkuk kita takde tambah-tambah dah la. Cukup la kot dik yer sampai perut tu dah besor dh. Heee.


Biasanya pengasuh suap 3kali. Pagi, tengahhari n petang. Malam kita suap jugak bubur sikit. Atau puri buah ke. Tapi dah makan banyak pon still minum susu banyak budak bulat ni. Semoga membesar dengan lebih sihat lagi anak mami yer.


Tak kisah la orang duk cakap adik ni kecik je tak makan ke. Suka hati la orang nak cakap apa yang penting adik sihat. Kecik besar bukan ukuran.Heee.


Thursday, 28 July 2016

Daniel 7 bulan dah.

Salam uollss..

Entri raya kelaut dah nampaknya sebab aiols menyampah sangat hp rosak semua gambo tak sempat backup. Huaawaaaaa..so kita story je la apa yang ada yer. hikss.

Hari ni dah 28hb dah. Sedar tak sedar dah 7bulan lebih dah budak bulat mami. Haha. Kepala je la bulat. Badan tu kurus melidi jer. Haha.

Kuat makan ke si Daniel ni ha?

Masa start 6 bulan tu saya perkenalkan la makanan khusus. 4-day rule tu. Boley gugel yer kawan-kawan. 

Kita takdelah betul-betul ikut rule tu sebenarnya. Derhaka jugak. Haha. Cuma setiap kali bagi makanan baru tu kita pantau tengok kot kulit merah-merah ke, sembelit or cirit ke. Alhamdulillah normal. Mami harap adik ni menurun mami yang makan je semua menda. Haha.

Mula-mula 3 hari pertama kita try buah pea. Yang kaler hijau tu. Stim pear then blend. Campur susu cap original. Haha. Dia makan je la. Tapi makan ikut mood la jugak.

Then 3 hari seterusnya (tak ikut 4 day rule tu) kita stim epal pulak. Epal beli kedai runcit depan opis je. So takdelah manis sangat. Ada rasa masam skit. Haha. Kesian awak dik. Tapi nampak dia suka sangat epal ni. 

Then try bagi pisang. Pisang kan dah lembik. Lenyek2 macam tu je try suap dia refuse. Ok, maybe pisang tu rasa semacam je kan. 

Bila pegi klinik nurse cakap boleh dah try bagi bubur. Kebetulan ada misi yang due beranak dulu lebih-kurang kita, so jumpa dia banyak la duk bertukar-tukar citer pasal anak memasing. hikhik.

Kita beli beras perang. Basuh beras tu, then rendam. Kalau rajin tukar air rendaman tu jugak skali skala. Rendam dalam 24 jam. Tapi kita taklah rendam selama itu. Rendam petang dalam kul 7 pg, then pagi esok kul 6 am kot angkat n tos kan beras. Kemudian sangai nak bagi kering air. Baru boleh blend. Supaya beras tahan lama. Suka beras perang ni sebab wangi sangat bau. Blend kita cap ayam punya. So bila blend tekstur beras tak jadi halus macam tepung tu. Ada jugak ketul2. Tapi bila masak bubur tak la lama sangat. 

Tapi senang je la. Nak masak bubur ambik dua sudu masak buh air dua cawan, then buh sayur,ayam ke. Setakat ni kita dah try :
1. bubur + bilis+carrot
2. bubur+ayam+carrot
3.bubur+bilis+carrot+kurma
4.Bubur+ubi kentang
5.Bubur+labu

Dah masak tu kita blend then tapis.  

Ni Daniel paling suka. Bubur+bilis+ubi kentang+carrot+kurma. Ada rasa manis-manis kan.

Duk rotate yang tu jela. haha. Tengok apa stok yang ada dalam fridge. Tak try lagi bagi brokoli. Nak try jugak. Harap anak mami jadi pencinta sayur macam mami.

Banyak stok barang dapur dah habis ni. Tak sabo nak soping esok. Tak sabo nak masak macam-macam. Even anak mami ni makan ikut mood je tapi tetap gigih nak menyuap. Heeee. Sekarang nak bagi dia ralit skit saya riba dia mngadap tv. So dia duk ralit tengok tv tu mami sua sudu tu dia makan je la. Suka sangat bila anak habis makan.


Hari ni baru start bekalkan bubur kt bs. Hope awak makan banyak dik. Kang stress bs duk menyuap awak tanak makan. Kikiki.

Kita throwback gambo lepas-lepas je la yerr.
Now si Daniel dah nak merangkak. Angkat badan tapi macam tak berani nak langkah tangan tu lagi. Last-last dia ambik keputusan meniarap je. Laju betul. Kejap mami pegi dapur toleh belakang tengok dah kat pintu depan dah. Hahaha.

Hari tu tido keletihan sambil peluk baju mami. Mami dah sebak dah sebab dapat tau kena pergi Shah Alam sehari dua malam.

Then sehari sebelum pergi Shah Alam tiba2 Daniel demam. Macam tau-tau je mami nak tinggal kan. So bos yang baik hati cakap tak payah pergi Shah Alam. Mami pun ambil el pantau budak bulat ni. Nasib baik demam tak lama. Petang tu dah baik demam terus membuas. Takpe dik, biar keluar peluh tu banyak-banyak. Hikss.

Okeyyy. tu je nak story. Gigih ni mami update entri untuk pembaca setia blog mami. Hakhak.


Thursday, 23 June 2016

1st solid food Daniel.

Salam uollss..

Semalam genap Daniel 6 bulan. Cepat pulak masa ni berlalu. Buat sesiapa yang tak sabo nak Daniel makan. Haaa. Nilah masanya. Jangan ko pegi sumbat anak haku biskut raya nanti sudah lah.

So mami pun eksaited la nak suap dia makan. Nak tengok macam mana reaksi dia kan. Hee. Dah selama ni asal orang makan je dia tengok dengan muka and aksi yang terliur sangat makanan kita tuh. Kalau berbuka puasa tak nak duk bawah. Nak berdukung. Mulalah nak capai pinggan gelas atas meja tuh. Sabar jela mami dikk. 

Hari tu pergi mydin beli blender baru. Ceewahh. Bukan blender. Yang dia punya bekas tu je. Apentah namanya. So, pasni takdelah nak share blend puree Daniel pastu blend lada kering mami pulak. Then beli buah pear. So adik start makan pear yer.

Mula-mula potong buah pear. Potong isi je, kulit jangan ambik.
Then stim dulu kasi lembut.
Pastu blend lah.
Lepas blend tapis dulu
Then campur susu. Mami guna susu asli. hikhik.

Letak Daniel dalam walker. 



Abaikan background yang berselerak. Hehe.

Alhamdulillah. Daniel makan je. Suka je dia. Biasalah tu suap je yang masuk agaknya sama banyak dengan yang meleleh kuar. Haha. Tapi nampak Daniel menelan jer. Agaknya sedaplah kot puree nie eh.

So saya start bagi 3-4 sudu dulu sehari. 2x sehari. Tak hantar kat pengasuh pun lagi. Tengok dalam dua minggu lagi macam mana. Hope adik takde masalah dan makan dengan berselera sekali yerr. Dan hope jugak mami jadi super rajin untuk pelbagaikan resepi adik. Kikiki.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...