Para Pengikut..

Showing posts with label TAG SURVEY. Show all posts
Showing posts with label TAG SURVEY. Show all posts

Monday, 31 October 2011

Maaf. Sini bukan kaunter pertanyaan.


Salam uolls.
Suka hokeh bila diTAG. Suka time saya sedang rajin la. Kalau time malas toksah la nak tag memang tak layan la. Kali ni ditag oleh Cik Kupu-kupu (sila translate english sendirik).

  1. Apa jenis lagu yang anda suka? Sertakan tajuk.
  2. Adakah anda percaya cinta pandang pertama?
  3. Celcom or Maxis or Digi? Kenapa?
  4. Apa yang anda lakukan pada waktu lapang?
  5. Siapa yang paling anda percaya dalam hidup?
  6. Kalau anda ada masalah, siapa orang yang mula-mula yang anda akan luahkan?
  7. KFC or McD or PIZZA HUT?
  8. Apakah jenis handphone milik anda sekarang?
  9. Dah berapa lama anda guna handphone tersebut?
  10. Adakah anda sedang bercinta? Dah berapa lama?
  11. Apa pesanan anda untuk orang yang mengetag anda ini? kehkeh

Haha. Comel jer soalannya. Tapi sepatutnya saya kena tag orang lain then tanya soalan kat orang lain kan. Malasnya. Haha. Jadi tag berantai ni kira habis kat saya la kan. Haha.


Jenis lagu yang disukai.

Banyak genre yang saya suka. Ikut mood la. Kalau sedang teringat buah hati pasang lagu jiwang-jiwang sket. Macam lagu-lagu Kangen Band ke. Peewit. Kalau drive suka lagu rancak-rancak. Saya jarang dengar lagu omputih. Sekarang ni lagu yang asyik duk putar-putar repeat-repeat banyak kali adalah.




Cinta Pandang pertama.
Percaya ke? Dulu pernah la percaya. Bila ingatkan si dia yang pertama kali bertentang mata terus sama-sama jatuh chenta itu mr.right saya. Tapi akhirnya dia hilang tanpa kata. Terus rasa macam cinta pandang kesepuluh pon boleh bahagia nak dibandingkan cinta pandang pertama yang berpura-pura itu. Haha.

Celcom or Maxis or Digi
Celcom. Yeeeehaaa. Sebab Celcom baik hati. Tiap-tiap bulan dapat kredit free. Tiap-tiap tahun dapat seminggu call n msg free. Errr. Siaran ini tidak berbayar.

Waktu lapang?
Tak tahu la bila waktu lapang neh. Biasanya time waktu lapang tengok tb kot, takpun belek majalah-majalah lama, kadang-kadang selongkar lemari buang baju-baju tak pakai.

Percaya.
Kalau sebut paling tu haruslah seorang jer kan a.k.a Fatimah binti Sulong. My emak kesayangan.=)

Orang pertama tadah telinga dengar masalah.
Errrr. En.beliau kot.

KFC,MCD,PIZZA.
Of cos MCD sebab ada kecintaan saya.

Spicy Chicken Mc Deluxe!!


Jenis Henpon.
N78

Dah berapa lama guna.
Tak ingat la. Dua tahun dah kot.

Sedang berchenta ke?
Lama sangat dah bercinta. Hee. *Blushing*





Pesanan penaja
Majulah sukan untuk negara.=p


Haha. Okeh. Dah settle. Siapa yang sedang bosan sila tag diri sendiri.=)



Saturday, 27 November 2010

Tag dari Cik Na - Mari kenali saya dari 25 check list ini (pandai2 jer bagi tajuk)

Salam kalian..

Wah. Pertama kali saya di tag oleh Cik Na. Suka suka suka. Jadi perlu check list 25 perkara apa-apa tentang saya. Yerp. Apa saja. Kejap nak pikir yerpp.

1. Nama saya dalam ic Noor'Hafizah binti Musa.
2. Orang panggil Fiza, Fizah, Iza, Zah, Jah dan nama yang orang tak pernah panggil ialah Nor.
3. Saya dilahirkan 19 Januari (dekat dah yer. Sila sediakan hadiah) di Kuala Terengganu.
4. dan sekarang sebab tak nak berpisah jauh dengan mak ayah saya kembali ke Terengganu. Bekerja disini. Mengajar budak-budak besar. Tapi saya bukan anak manja yang nak duk bawah ketiak mak ayah yer Harap maklum. Theee.
5. Apa lagi yer? Yer. Saya belum kawin. Bertunang pun belum. Tapi berpacaran sudah. Heee.
6. Saya dah bosan bila mak asyik tanya bila nak kahwin. Sabar yer mak. Belum sampai seru lagi. Huhu. En.beliau sila menjawab bagi pihak saya. Uhh!
7. En.beliau yang dimaksudkan ialah future hb . Doakan kami berkekalan setelah menempuh kecintaan selama seperti tercatat di Daisypath. (rujuk sebelah)
8. Saya suka makan makanan berkuah macam kuey tiaw tom yam, mee sup, laksa penang dan saya kureng terhadap mihun goreng.
9. Minuman kecintaan ialah tea 0 panas.
10. Warna kegemaran saya sentiasa berubah-ubah mengikut tahun. Saya pernah suka kaler purple, biru dan sudah 2 tahun saya minat hijau. Mungkin untuk tahun ke-3 saya akan minat hijau lagi. Kerana ia sumpah mendamaikan. Kan?
11. Saya suka jugak memasak. Tapi jarang dapat masak kerana dirumah sekarang yang selalu masak ialah kakak saya. Bangun tidur makanan dah siap, balik kerja semua dah atas dapur. Cuma saya akan pastikan dapur milik saya di hari Jumaat.
12. Saya suka tengok pantai. Mendamaikan. Jadi dalam sebulan saya akan beberapa kali ke pantai. Biasa akan ditemani en.beliau yang terpaksa mengikut jejak saya sukakan pantai.
13. Juga saya suka menghabiskan masa berejam-jam melihat drift. Jangan terkejut ok. Kerana diajar oleh en.beliau untuk menonton drift. Tapi betul. Sangat melegakan dengar tayar kereta bergesel dengan jalan. Tapi saya tengok drift yang selamat la. Bukan yang drift atas jalanraya itu okey.
14. Dulu saya hantu mempelam. Tapi sekarang makan 2,3 ulas jer gigi dah ngilu. Kena beli Sensodyne jugak ni. Hee.
15. Saya seorang yang kurus. Makan banyak pun berat susah nak naik. Tapi senang pulak turun.
16. Saya tak pernah derma darah seusia hidup. Dulu 2 kali nak derma berat tak mencukupi. Sekarang tak pernah-pernah cuba lagi.
17. Saya suka drama cinta, thriller, seram.
18. Saya seorang sensitif. Tengok cerita sedih kena duk depan-depan supaya orang tak nampak saya nangis. Thee.
19. Bukan setakat cerita sedih, tengok Bersamamu pun dah termengalir ayak mata. Gila sensitif tak bertempat.
20. Saya teringin la nak pergi pulau. Takde ke sesiapa nak buat contest hadiah percutian ke pulau?
21. Dalam sehari-harian, saya lebih banyak mengadap laptop berbanding tv.
22. Saya berblog dah lama. Sejak Ogos 2006 lagi. Cuma bila sibuk terus jadi blogger pasif. Sekarang ada masa terluang dapatla kembali aktif. Blog nie untuk dijadikan kenang-kenangan masa hadapan. Kira diari versi digital lor.
23. Saya bangga dilahirkan di Terengganu. Dan berharap akan terus menetap di sini.
24. Saya suka kumpulan Spider. Dulu pernah sampai simpan duit beli cd filem Gosok semata-mata nak tengok Tam berlakon.
25. Saya dah sampai list 25. Penat owhh nak pikir. Cik Na yang tag saya adalah opismate saya.

If I tag you, its because i want to know more about you. Jadi saya mahu tag............



Monday, 19 October 2009

tag versi AKU BOSAN...

Ni adalah tag umum dr akukopikausiapa? yg diedit2 sket2. Busan. Mmg sangat la busan. Merayau2 kt ruang maya so aku dengan masih rasa busan dgn rajin jari mjawab tag neh. N suda semestinye dgn alasan aku tiada idea 4 new entry..

1. Pernah tak anda jalan sorang2, pastu terserempak dengan couple. Si lelaki asyik pandang2 anda.
Pernah. Siap kenyit mata. hampeh. kurang jujur betol dengan gurl dia..

2. Pernah tak orang ingat anda bukan anda yang sepatutnya. (Cth: eh, ko ni dah kahwin kan? Eh, ko ni kerja spital kan? Eh, ko ni belajar lagi kan? Eh, ko ni adik hans Isaac kan? Eh, ko ni yang aku jumpa kat Lombok kan?)
Sangat pernah. ade cakap muka macam kawan dia, mcm kawan adik dia, anak kawan mak dia. aku rasa bukan 7org sama muka ngan aku lam dunia neh..mungkin 17 kot..hoho..

3. Pernah tak drive dan sesat. Atau pun jadi co-pilot tapi anda punca kesesatan.
Drive?belom pernah la..tp aku mmg buta jalan. mmg xleh jadik pemandu pelancong.

4. Apa cita2 yang orang tak nak buat tapi anda je beria2 nak jadi.
Ade eh?aku rasa xdela..

5. Kalau ada, ceritakan satu dari kisah2 sedih dalam hidup anda. (tak payah cari yang 'paling sedih' sbb aku tahu, korang bukan ingat sangat pun)
Mase matrik. bf aku tingalkan aku tnpe khabar berita. agakla cedey bg org sensitif mcm aku..=(

6. Kalau anda seorang yang pernah nakal dan jahat, cuba ingatkan satu kes yang anda nyesal tak sudah lepas buat kerja tu.
Aku pernah ikut sepupu curik manggis kebun jiran aku(stnd 5 kot). kena kejar dek mamat drug addict. terus tobat tak buat keje 2.

7. Apa perkara yang anda suka buat sejak dua menjak ni? Dulu2 pulak, apa hobi2 anda?
Dulu mbace versi manual. Sekarang mbaca versi digital

8. Apa pesanan penjaga anda yang paling diingat dan selalu membuatkan anda beringat2?
Mak aku cakap 'nak bdikari pun janganla sampai menyusahkan diri'

9. Apakah ketakutan yang masih menghantui anda?
takut dikeciwakan

10. Dah itu je. anda dah makan?
pagi tadi nasi lemak, pastu biskut raya, then mee kari 3suap..mungkin lunch nanti makan lagi.

sape yg suka soalan ini. atau suka tag ini. tidak pernah membuat tag, saje saje nak tulis yang dirinya ditag supaya kelihatan cool dan hebat, saje nak memfemskan blog shaye di blog-blog anda, atau sudah tidak ada idea untuk entri baru anda. ANDA DITAG!!

Tuesday, 8 September 2009

Ramadhan..mengamit kenangan..

Ramadhan..mengamit kenangan masa dulu2 kan..lau ingat time berpuasa mase kecik-kecik dulu lagi best kan..

1. Senaraikan lima juadah berbuka yang paling menyelerakan bagi anda dibulan Ramadhan

-Nasi kukus

-Bubur lambok

-Puding gula hngus

-Ikan pari bakar cicah air asam

-Popia goreng

2. Hee…pernahkah anda curi2 makan atau minum waktu bulan Ramadhan?

Opss..ngaku neh..pernah mase 9thn..akhibat keletihan sebab asyik main kejar2..balik umah mandi n tersengaja minum air paip..rase mcm air anggur jer..hehe..lepas 2 tak buat da..=p

3. Kenangan berbuka puasa yang paling anda tak boleh lupa?

Paling tak bleh lupe bile berbuka puasa bersama kwn2 di usm..pegi bazar ramai2 beli juadah.kumpul penuh satu bilik..hidangan wajib ialah puding gula hangus..huhu..

4. Apakah aktiviti anda pada hujung minggu di bulan Ramadhan?

Bangun sahur pastu solat then tido..bangun tido kemas umah..tengok tv..tengahhari tido kejap pastu sambung tengok tv.petang duk dapur..sekian..

5. Pernahkah anda menyambut Ramadhan di perantauan?

Pernah di Kedah dan Penang. Huhu..Paling tak bleh lupa puasa dalam bas sehari sebelum raya..satu kelegaan bila sampai umah dapat berbuka bersama family.

6. Pernahkah anda main mercun? Pernah tercedera ke?

Masa kecil selalu jugak r tumpang main mercun dengan abang2, adik laki n jiran2..tapi tak pernah lagi la tercedera..hee..


insan terpilih yang akan jawab tag versi Ramadhan ini:

ARNAMEE

p/s:nie bukan hutang taw nem..=p

Thursday, 13 August 2009

tag oh tag...

TAG???APEKAH ITU TAG???DGN RELA ATI DAN SUKA ATI IZA BKENALAN JUGAK NGAN MENDA ALAH NEH..SEMATA2 UTK MY LITTLE SIS..ARNAMEE..=)..MMG SY BUTA BLOG BTOL..EKEKE...

AGENDA PERTAMA(AGAKNYE NIE MMG WAJIB BUAT KOT..)

5 perkara yang IZA tahu tentang ARNAMEE or ANEM..


1: ANEM SANGAT SENSITIF..KNA PNDAI JAGA ATI DIER NEH..KEKE..
2. ANEM SUKE EXPLORE..APE2 AJE TMBAH2 BAB2 IT N GRAFIK N AGAMA=)
3. ANEM ADELAH ALONG DAN ADE ADIK BNAMA APIZ=)..
4: ANEM SUKA AMIK GMBO..SANGAT ACTUALLY
5. WALAUPUN ANEM KECIK BBNDING SY...TP ANEM LBH BERAT DR SY..EKEKE..


10 Fakta tentang IZA..(NIE PON WAJIB BUAT KE NEM??)

ADEH..NK TAU APE PSL IZA EY??HUHU...

1. iza anak jati terengganu
2. iza graduan usm penang
3. iza suka mkn byk..tp berat tak penah naik..
4. iza suke window shoping
5 iza sekarang mengajar..tet..
6. iza sangat sensitif..mudah tersentuh
7. iza suka lagu letto_sebelum cahaya
8. iza ade sorang adik bernama ANEM
9. iza suka tgk citer nurKasih..
10.iza dah nk blk umah..dah kul 6 pon..ekeke..

AGENDA SETERUSNYA SAPA2 YG NAK TAG BLEY IKUT STEP2 DIBWH..ADEH..(BTOL KE NIE?)

1. Grab this TAG and paste to ur blog
2. Answer it...5 Question u know about me and 10 truth about u
3.then TAG other..
4. Inform to me..(by comment in this post)

Wednesday, 22 April 2009

Dekat dihati...

DON'T SPOIL IT.
Name 5 people you can think of right off the top of your head. Don't read the questions underneath until you write the names of all 5 people. This is a lot funnier if you actually
randomly list the names first...

NO CHEATING!
1. dak E1
2. dak Tomey
3. dak Y
4. Ha
5. nani

DON'T LOOK AHEAD UNLESS YOU FILLED UP THE TOP!

1. HOW DID YOU MEET 1?
-through my fwen Areda

2. On a scale of 1 -10 how would u rate
ur friendship w/ 1?
-huh..i want more than 10..hikhik..

3. how long have you known 4?
-Ha..my cousin lor..known since kecik2 lg..

4. How do you know number 3?
-tis on9 community..but act i know him since 1st sem agi..hee..

5. wheres 5?
-utm skudai..miz u my twin..

6. A fact about number 1?
-dia semakin kurus..haha..diet kot..

7. Who is 4 going out with?
-perhaps tunang dier..

8. What does 1 do for a living?
-keje,makan,tido,

9. Would you live with number 3?
-Y??of cos yes.dia caring...but not more than fwen lor..ahakz..

10. What do you like about number 1?
-he luv me..haha..

11. Do you miss number 5?
-of cos i do..lame xjmpe dia..

12. Would you make out with number 4?
-best jugak...hee..

13. What’s your opinion of number 2?
-she so understanding..tp dia suke perli2 sy..huhuk.

14. What's your favorite memory with
number 5?
-1st kuar town sesame,celeb our besday at kfc.

15. What would you do if number 1 and 2
were going out?
-mesti sy juin skaki.

16. Ever had a long conversation with
5?
-hmm..jarang2..

17. Have you ever slept at 2's house?
-never..bile ntah dier nk ajak g umah dier.hikhik..

18. Do you hang out with 3 a lot?
-3 times

19. Who have you known the longest!
-mesti la num 4...my cousin 2..

21. How often do you talk to 1?
-tujuh hari seminggu..ekeke..

22. What about 2?
-da lame xborak ngan dia..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...