Ini kali kedua saya post entri khusus buat awak setelah entri INI.
Hari ni awak betul-betul telah melunaskan janji. Awak betul-betul akan tinggalkan kami. Tempat awak akan kosong esok. Dan saya berharap Kak Ina akan melunaskan janji untuk mengganti tempat itu. Jadi hari Khamis harus makan diluar kerana lepas ini belum tentu setiap minggu dapat makan bersama awak lagi. Terima kasih Syed perkenalkan tempat makan best itu. [ Gambar dalam hp belum transfer setelah usb menghilangkan diri]
Jadi sebelum awak berangkat pulang mari kita bersalam berpelukan kerana lepas ini mungkin kita hanya akan berjmpa di Aidilfitri ( Tak! Ini hanyalah sangkaan meleset. Kita harus menderap selalu okey). Mula-mula kental tak mahu salam lagi nak tunggu sampai kat kereta. Sedangkan Kak Ina awal-awal dah lari jauh-jauh tak mahu dilanggar (teruknya bahasa) kesedihan ( kan Kak Ina). Jadi lepas punggah semua barang-barang club ke MyWhite ( Gile dasat bonet kereta awak. Macam-macam ada. Sempat lagi mengutuk setelah kawan berenti kerja), tibalah saat touching. S.E.B.A.K .
Ouchh.. Dan seperti yang awak kenal inilah saya. Air mata menitis lagi untuk seorang Sumayyah. Saya sayang awak. Dan akan merindui gelak tawa sepanjang berSISE dengan awak.
Okey. Nak publish sudah. Nanti hujan airmata lagi. Semoga saya dan Kak Ina terus 'tabah'. Doakan kami.
p/s: Sumayyah opismate saya sudah berenti kerja. Sekian.
Friday, 29 October 2010
S.E.B.A.K di hari Khamis.
Thursday, 28 October 2010
Tentang Masa Lampau (Version 1)
Episod : Mengaji (digayakan seperti citer Doremon)
Wah! Mari mengimbau kenangan masa lampau. Ceh! Masa lampau seolah-olah saya hidup pada zaman T-rex pula. Masa kecil saya mengaji Quran di rumah nenek (sebelah ayah). Dan serius beliau merupakan nenek yang paling saya takut kerana garang. Dan rasanya semua cucu takutkan beliau. Tapi walaupun saya takut saya tetap cucu yang rapat dengan beliau kerana kebanyakan sepupu mengaji tempat lain kerana takutkan beliau. Rumah nenek di kampung sebelah dan zaman saya kecil kiri kanan masih bersemak samun harus melepasi kebun getah, kawasan perkuburan dan rimbunan pokok buluh yang asyik berbunyi menyeramkan juga sebuah banglo terbengkalai dalam pagar di tepi sungai (13PL). Grrr..
Dan antara pengalaman masa kecil yang tak boleh dilupakan adalah ketika negara gempar dengan kanak-kanak diculik dibawa ke negara jiran untuk dijadikan peminta sedekah. Tangan atau kaki dipotong, mata dicungkil untuk menambah belas (errr..adakah kalian pernah dengar? atau mungkin ini khabar angin untuk takutkan kanak-kanak nakal seperti saya)
Suatu hari selepas pulang mengaji saya membonceng abang untuk pulang kerumah. Dan dipertengahan jalan kami bertembung dengan sebuah kereta. Pemandu seorang lelaki dan perempuan disebelahnya berpakaian serba hitam. Kereta mereka tiba-tiba u-turn ke arah kami. Kami (saya dan abang) terjun dari basikal dan heret basikal melalui denai kebun seorang pak cik. Saya dibelakang lari tak terpijak bumi. Sangat takut. Tayar basikal terjatuh dalam lubang, sama-sama angkat basikal dan lari tak pijak bumi lagi. Dan akhirnya kami singgah di rumah kawan tok ki sampai rasa selamat baru balik rumah. Dan selepas peristiwa itu saya bertambah takut untuk pergi mengaji. Tambahan pula bila abang sekolah sesi pagi dan saya sesi petang.
Sekian.
Next Version : 'Banglo usang ditepi sungai'

Saturday, 23 October 2010
Jalanraya bukan kau punya sorang!
Apa motif tajuk entri sebegitu emo?
Jadi entri kali ini bukan mahu membebel atau mengutuk sesiapa. Cuma pemerhatian saya dan dari sudut pandangan saya. Berada di jalan raya bukan semudah bermain game lumba kereta. Terpaksa bersabar dengan kerenah pengguna jalan raya yang lain. Errr..sama juga macam pengguna lain yang mungkin terpaksa bersabar dengan kerenah kita di jalan raya. Jadi mari kita tinjau gelagat kita di jalan raya. (macam nak ajak tinjau ramalan cuaca pulak yer)
1. Sebenarnya untuk pengetahuan kalian signal bertujuan sebagai accesories sahaja. Tidak lebih dari itu penggunaanya. Jadi siapa yang percaya sila angkat tangan dan keluar sana belajar pandu helikopter. Mungkin ini paling mencabar kesabaran. Tambah-tambah yang suka-suka stereng jer nak potong line. Kalau ada budak kecil sebelah mau jer saya buka tingkap suruh dia sound 'Sila beratur, uncle mampu mengubahnya'
2. Encik lori dan bas. Yang berskala lebar. Sila jangan berada sejarak 2cm dengan kenderaan depan kalian yer. Yer saya paham. Anda tinggi tak dapat mengagak jarak selamat. Tapi plz..Kalian sangat mengerunkan tambahan lagi selepas fikiran masih terbayang-bayang kemalangan 1010 itu yang mereka post di FB..owhhh..
3. Jadi berbalik kepada pernyataan 2 diatas (dah macam soalan exam pulak) kalau bas dan lori berada rapat dibelakang pastikan anda dan kenderaan depan jangan terlampau dekat. (errr..rasanya xperlu bagitau pun semua sedia maklum kan)
4. Motosikal (..dan basikal. Beca dikecualikan). Tolongla kalian. Janganla riang-ria berada tengah-tengah jalan. Ketepi la sikit. Gerun bila lori brek mengejut kerana kalian. Sayang nyawa plz.
5. Kalau ada excident (atau kereta rosak..atau majlis bandaran tengah siram bunga tepi jalan) sibuk jer perlahankan kenderaan nak tahu apa terjadi. Hello..ni bukan drama Samarinda. Tu belum shooting Impak Maksima. Kalau tak maunya saya naik bot pergi keja. Ok. ok saya salah. Betul kalian concern. Berjiwa muhibah 1Malaysia. Tapi kalau bawak 20km/j di selekoh sambil menjenguk-jenguk kepala keluar tingkap baik kalian terjun jer tingkap pergi selamatkan mereka yang tercedera. ok. Paham aunty? (err...harap aunty tiada blog)
6. Waaaa..(nangis) dah kalian nampak anak panah punyalah besar menghala ke kanan pasai pa kalian jalan terus pulak. Kalian sesat ke? (cuba berfikiran positif ni) Tak pasal-pasal terbebel. Jangan buat lagi yer. Luruh jantung saya.
Eh..Ada lagi ke? malas dah mahu fikir. Jadi selamat menjadi pemandu berhemah kalian-kalian sekalian. Semoga sentiasa selamat dijalan raya. Jalan raya milik bersama. Pandu cermat jiwa selamat (ceewah. Dah macam iklan raya pulak)

Subscribe to:
Posts (Atom)