Para Pengikut..

Showing posts with label cherita tentang kami. Show all posts
Showing posts with label cherita tentang kami. Show all posts

Monday, 3 October 2011

Prolog : Jumpa kekawan yang dirindui itu sangat super duper best!

Salam uolls.

Prolog :


Epilog akan ditulis kemudian hari. Ceewah. Tetibe bajet jadi penulis novel.




Sunday, 17 July 2011

Menjenguk Shauqi anak Puan Siti.

Salam uolls.

Dah nak masuk 2 bulan tak menjenguk lagi shauqi anak Puan Siti neh. Tengok ibu dia tempek gambar kat fb geram nak cubit-cubit pipi dia. maaf yer Shauqi. Auntys membizikan diri tak terpegi menjenguk kamu.

Sebab Shauqi nak balik Dungun sudah, jadi auntys kentalkan diri bangun awal-awal pagi menerjah umah Shauqi. (ceh,awal la sangat.theee)

Geram sangat aunty tengok Shauqi neh. Comey sangat. Nak pinjam dua hari boleh? Theehee.


Ini mom wanna be. Hope lepas tatap Shauqi nanti melekat kat aunty Yana pulak. Amin. Hee.

Aunty Amy. Eksaited noo dia. Aunty Amy memang dah banyak pengalaman tatang baby. Tengok. Boleh gelak-gelak lagi. Boleh bukak nursery neh.

Okeh. Setiap aunty memang tak kan lepas peluang peluk Shauqi. Adorable. Owhh.

Hee. Maapkan aunty yang kekok. Tak lepas lagi ujian jadi ibu neh. Hee.

Pandai tau Shauqi neh. Time auntys datang mata kelip-kelip pandang auntys. Bila masing-masing duk tatang bagai minyak yang penuh terus buat-buat tido yer. Nak tido atas riba la tu.
Okeh. Bye Shauqi.
Moga membesar bak wira!

Saturday, 5 February 2011

Naik Pelamin!

Hari ni saya naik pelamin. (eh, sebenarnya semalam. Tapi biasalah malam tadi  taip entri sikit terus menguap, mengantuk terus tido)Tapi bukan pelamin saya. Itu hanyalah pelamin mereka yang saya tumpang bergambar.

 Selamat Pengantin Baru Yana.

Berseri-seri yer muka pengantin. Konvoi dengan opismate empat buah kereta menerjah nasi minyak di rumah Yana. Tapi sebab datang agak lewat pengantin dah buang segala makeup untuk solat. Tapi Yana tetap sweet. Berseri-seri you. Jugak door gift sangat chumel. Macam-macam benda chumel ada dalam paper beg ungu itu. Arghh!tiba-tiba excited mahu survey door gift. Hei, kau ingat kau nak naik pelamin bulan depankah?

Yana, sy pinjam hantaran nak publish sini yer..=)

Tak pasti la yang kuning tu apa. Kuih ke Yana? ke puding? Tapi gubahan sangat kreatif. Siap ada tangkai nanas lagi.

Buah-buahan, kain pasang, kasut & beg.

Pulut kuning.

Selamat kenduri di rumah Yana.

***
Malamnya join sepupu-sepupu berarak mengiringi pengantin lelaki iaitu sepupu saya.


Jadi gadis dulang bidan terjun.


Pheewiittt. Maceh sepupu yang tag saya kat fb. Saya yang bertudung oren. Eh, silap! Itu sedara sebelah rumah. Saya yang kebiru-biruan itu. Tumpang berdebar menerjah rumah pengantin perempuan. Heee.

Waahh. Suratan atau kebetulan? Ini ialah kawan baik saya masa kecil-kecil dulu. Sangat rapat dengan beliau. Kawan bergosip, kawan main masak-masak dan kawan bercerita tentang cinta monyet. Haha.  Bila dah sekolah dan masuk u masing-masing berjauhan. Jumpa pun tepi jalan sempat senyum tanya khabar sepatah dua.
Dan tiba-tiba malam tadi sepupu saya telah berkahwin dengan akak beliau. Hee.
 
***
Ok. Nak pergi kenduri kampung sebelah pulak.
Babai.

Monday, 20 December 2010

Bersama Teman yang Mesra menerjah Kampung Mempelam yang tidak wujud sama sekali.

Ini kisah sorang kawan karib. Bukan boyfriend karib!

Nak dijadikan cerita saya yang suka berjalan-jalan-menderap-bersiar-siar-makan-angin ikut la sorang teman yang mesra ni untuk menziarah keluarga kawan beliau yang kampungnya boleh dikatakan agak terpencil la. Ni kira rancangan terjah menerjah la. Pasalnya tak bagitahu pun mereka akan kepergian kami. Kawan saya ni pulak katanya baru sekali menziarah rumah kawan beliau tu. Itupun malam. Jadi dia ingat-ingat lupa la peta ke kampung tu . Cuma panduan yang masih diingat kawan beliau cakap itu hari 'lepas signboard Kampung Mempelam nie masuk la simpang kiri'.

Jadi dengan kentalnya kami menerjah. Dah la bawak saya yang memang 'pakar' selok belok jalan raya. Heh! Jadi sebagai co-pilot saya duk membulat mata besar-besar tengok signboard. Jauh jugak rupanya Kampung Mempelam nie. Nak jumpa Kampung Mempelam tu macam-macam kampung kami redahi (ceewah). Yang asal Terengganu kalau korang tak tahu wujudnya Kampung Tok Imam Lapar sila pindah duk negeri sebelah. Tak percaya?? Serius la saya bagitahu nie.

Flashback :
Alkisah pada zaman dulu-dulu ketika signboard belum tercipta, adalah sorang Tok Imam menetap di sebuah surau kerana tiada rumah untuk menetap. Jadi orang kampung selalu la bawak makanan sebagai menghargai jasa beliau jadi imam surau tersebut. Tambahan pula beliau sering kelaparan kerana tak mampu nak beli makanan. Jadi suatu hari raja mahu besarkan surau untuk dijadikan masjid bagi penduduk kampung yang dah melebihi syarat untuk solat Jumaat. Maka raja pun tanya la sorang penduduk kampung. 'Surau kampung mana yang nak dibesarkan?' Maka penduduk kampung tu menjawab 'Surau kampung tok imam lapar'. Selepas kejadian tu kekal la nama kampung tersebut hingga sekarang.

HAHAA..
Jangan percaya! saya reka saja. Mana lah saya tahu asal usul Kampung Tok Imam Lapar. Saya bukan Pegawai Kaji Selidik Nama Kampung. Errr. Wujud ke pekerjaan ni?

Kemudian jumpa pula Kampung Nasi Dingin. Korang ingat suhu dan cuaca jer ke dingin. Kalau bangun pagi bukak periuk nasi tengok ada lagi nasi malam tadi punya.. Ha tulah dipanggil nasi dingin. Jadi saya dan kawan yang mesra pun membuat kesimpulan 'Tok imam lapar tadi pergi ke kampung nasi dingin untuk makan nasi dingin. Ok. Baiklah. Sempat lagi melawak dengan nama kampung orang lain. Macam-macam lagi la nama kampung yang ada. Tak larat dah nak jadi Pegawai Kaji Selidik Nama Kampung.

Rasanya dah satu jam kami atas jalan sampai sudah tak jumpa jugak nama Kampung Mempelam. Macam-macam gosip dah keluar sampai akhirnya kami nampak signboard Kuala Berang. Waaaa.. Sah memang terlajak!! (Sombong!Cakap je la S.E.S.A.T) Yer. Kami sesat sebenarnya.

Jadi teman yang mesra membuat pusing U mengejut.

Saya dah pasrah kalau tak jumpa jugak Kampung Mempelam nak balik tido la jawabnya. Tapi kawan yang mesra tetap tak nak mengalah. Akhirnya kami jumpa satu signboard tertulis Kampung Pelam. Haha. Sila gelak kuat-kuat. Bukan mempelam tapi pelam. Kampung Pelam.

Punyalah mencabar jalan raya. Macam main game lumba keta dalam hp bila terpaksa mengelak 'kek' atas jalan raya. Korang paham ke? Banyak pulak sekawan lembu-lembu lenggang-lenggok beratur tepi jalan raya. Tak tahu nak g mana mereka ni semua. Dah paham 'kek' apa kan? Tak paham jugak korang pergi la redah cari Kampung Pelam sana.

Sampai jugak di rumah kawan beliau. Borak-sembang lepas tu balik. Kawan yang mesra mengidam spaggeti pulak. Ikut jela beliau pegi makan kat pizza sana. Bukan kat Kampung Pelam. Sana takde kedai bakery apatah lagi pizza.
Yer. Inilah dia teman yang mesra saya.


Bukan! Itu hanyalah makanan kegemaran beliau. Beliau bukan suka saya enterprem gambo beliau. Huh! Bajet hot la tuh. Hehe. YUSNANI. Saya mula kenal beliau masa form one. Masa tu kami kelas yang sama. Sampai sekarang masih mesra. Kalau nak tahu semua rahsia pasal saya korek la dari beliau. Tupun kalau anda bagi soploh ribu baru beliau cerita.
HAHAA.
Seingat saya start dari form one sampai hari ini kami tak pernah sekalipun bermasam muka, merajuk berkecil hati, berebut pakwe jauh sekali. Mungkin itulah yang menyebabkan persahabatan kami sangat akrab. Sama-sama kongsi masalah. Sama-sama simpan masalah tanpa heboh pada orang lain. Sama-sama suka jalan-jalan. Sama-sama suka window shopping. Dan yang paling penting kami berkongsi tarikh lahir yang sama iaitu 19 Januari. Jadi sila bulatkan pada kalendar masing-masing. Yeay!! --> Adalah motif taip sepanjang lebar di atas semata-mata mahu bagitahu tarikh lahir??

Monday, 13 December 2010

Perlu ke cari baju dinner sampai ke negeri sebelah?

Jumaat dua hari yang lalu kami ke Kelantan. Saya, Long (abang yang paling sulong), Sue (adik yang paling bongsu) juga En.Beliau selaku en.driver kami. Terima kasih encik. Bukan semata-mata mahu cari baju dinner saya eh. Percaya la lagi tajuk entri tuh. Fitnah semata-mata. Kami pergi untuk suatu urusan kekeluargaan disana.. Ceewah.

En.Beliau dari Dungun dalam satu jam jugak la sampai rumah saya. Berehat minum pagi terus bertolak dalam jam 9.30 macam tu la. Cuaca panas. Sampai ke Kelantan pun bertambah panas. Seperti jangkaan sampai ke destinasi jam 12 tengah hari.

Dalam perjalanan tu adalah dua kali jugak saya tanya en.beliau 'Minyak ada lagi ke?'. Dia cakap 'Ada lagi. Tak luak pun lagi'. Biar betul. Saya hanya isi RM30 balik kerja hari Khamis sebelumnya. Agak pelik dan misteri la. Bukan ke minyak naik harga? Bila dah sampai destinasi tu barulah en.beliau bagitau.  Minyak jadi tak luak-luak pasal benda alah yang setongkol itu. Yer. Saya perasan ianya seperti charger. Jadi mula-mula ingat dia cas henfon.Memang kesian dapat awek kuno tak tahu pasal benda alah itu.  Takde la nak tanya lebih detail pasal charger tu. Tiba-tiba teringin nak memiliki jugak. Gila jimat. Tapi en.beliau cakap tu je ada. Tu pun ayah dia yang kasi. Jadi tak perlu la nak berangan nak pakai jugak takpun simpan duit 8-9 rats barulah dapat beli. Heh! Terkedu-menganga mendengar en.beliau cerita pasal benda alah itu.

Kemudian kami mengisi perut yang kelaparan. Terima kasih kedai yang lauk agak sedap. Dengan harga murah. Untuk makan tiga orang dengan lauk penuh pinggan beserta air hanyalah RM15. Woaahh! Mak cik memang pemurah la. Semoga rezeki bertambah murah. Kalau kedai depan opis kami tu sorang pun dah cecah RM7. Maaf kak, terlanjur membuat kenyataan disini.

Eh! eh, sebenarnya memang saya beli baju dinner disini. Tapi kebetulan saja. Pergi kat town PC. Banyak kedai tutup pasal Jumaat kot. Tapi ada satu butik bukak. Terus ajak adik berlari (kental gila) lintas jalan serbu kedai butik tersebut. Setelah terpengaruh dengan akak jurujual saya akhirnya terbeli baju kurung moden tersebut dengan harga tawar-menawar-bodek-membodek RM100 sahaja. Murah kan. Alah. Tak perlu la beli baju dinner nak ikut tema sangat. Bukan naik pentas dapat Anugerah Pekerja Mithali pon. Asalkan baju tersebut boleh pakai lagi next time. Beli baju berkilat silau mata memandang tak kan nak pakai pegi kelas pulak lelain kali. Tak pasal-pasal dorang tanya 'Cik nak g bertunang ke?'

Dah habis agenda kekeluargaan kami berangkat pulang. Tapi hujan mula turun. Macam lagu tu 'kusangka panas sampai ke petang, rupanya hujan ditengah hari' Tapi tak la tengah hari. Pasal kitorang bertolak dah petang. Dalam 4.30 macam tu la. Sampai pertengahan jalan hujan bertambah lebat. Dah separuh perjalanan en.beliau membelok masuk stesen minyak. odw nak balik baru isi minyak. Bagus kan? Terima kasih benda alah.

Hujan sangat lebat. Tiba-tiba en.driver jadi pemandu yang maha sopan. Memandu tak melebihi 65km/j. Orang belakang sila bersabar selagi kami boleh bersabar dengan orang depan.


....dan lebat lagi...

Tak nak buat copyright la. Kalau nak copy-paste untuk assignment 'Hujan lebat di kampung saya' boleh la amik gambar atas sebagai bahan rujukan. Haha.

Kemudian En.driver mengantuk. Mari singgah kedai kopi. Orang sibuk kemas meja yang di landa hujan lebat kami sibuk nak order minuman.


Minum tea panas dalam hujan lebat = Nikmat tak terkata.


Gambar enterprem. Eh, saya perasan la. Kalau naik bas ke tempat jauh masa zaman blaja dulu (sampai sekarang pun) dapat seat-drebar tutup lampu-tarik langsir mesti terus pejam mata tak ingat dunia realiti. Tapi kalau naik kereta saya boleh bertahan tak tidur. Betullah!! (tiba-tiba kagum). Hari tu masa Syapida kawan saya drive ke KL ketika saya menjadi co-pilot tak bertauliah juga saya tak tidur sepanjang perjalanan pergi dan balik. Jadi co-pilot memang tak tido. Jangan tido masa jadi driver suda. Heh!


Akhirnya kami selamat sampai rumah pada jam 7.00 malam. ( Tiba-tiba penutup macam karangan budak tahun 4)

Saturday, 4 December 2010

Khap kun khap..Wah, pandai saya cakap Thai!

Entri basi yang baru dipublish.

Malam yang lalu. Saya hantar abang naik bas balik Putrajaya. Walaupun cuti yang masih bersisa beliau dah trauma dengan macam-macam kejadian tak diingini berlaku. Terus mahu pulang ke Putrajaya..Aiseh..

Mak dah tak bagi saya drive malam sorang-sorang. Haruslah ajak akak keluar ambil angin malam. Tapi adik sibuk mahu ikut. *Gertak dia kalau nak ikut kena gunting rambut. Trick untuk budak yang sayang sangat kat rambut. Nak simpan rambut panjang supaya boleh buat rambut pacak! (pang!).

Wah misi mengertak berjaya.


-Apa motif sapu bedak bawah telinga?-

-Tengok majalah Thai. Pandai kan saya baca = belek-belek-

-Sempat pinjam cermin kedai abang ni-

-Yah. Akhirnya adik dah tak boleh buat rambut pacak lepas nih. Padan muka. Kredit to abang Kedai Gunting Hawa Dingin yang sangat teliti.-













Sunday, 14 November 2010

Gambar tertunda (02)

Semoga masa upload gambar laptop tak mati mengejut!

Tengok sempat lagi dia mempeace gambar saya
Saya suka gambar ini. Ada anak saya, anak sedara juga anak jiran. Theee.

Gambar enteprem yang harus ada. Disebelah ialah teman baik-setia-menemani-kemana-saja.

Mereka bergosip dibelakang sedangkan saya bergosip via hp. Eh. Apesal sorang tu macam tok imam sedang azan jer?

Anak gadis saya

Eh? dah abis ke? ok. Gambar tertunda tu antara gambar ketika kami berlunch di pizza hut kegemaran ramai. Ini untuk mengenang pengorbanan mereka (ceeeewahh) mengecat studio semasa cuti sem yang lalu. 
Terima kasih kalian.

p/s: effect dalam gambar adalah hasil penggunaan filter glow dalam Adobe Photoshop. I loveee Photoshop!

Friday, 29 October 2010

S.E.B.A.K di hari Khamis.

Ini kali kedua saya post entri khusus buat awak setelah entri INI.

Hari ni awak betul-betul telah melunaskan janji. Awak betul-betul akan tinggalkan kami. Tempat awak akan kosong esok. Dan saya berharap Kak Ina akan melunaskan janji untuk mengganti tempat itu. Jadi hari Khamis harus makan diluar kerana lepas ini belum tentu setiap minggu dapat makan bersama awak lagi. Terima kasih Syed perkenalkan tempat makan best itu. [ Gambar dalam hp belum transfer setelah usb menghilangkan diri]

Jadi sebelum awak berangkat pulang mari kita bersalam berpelukan kerana lepas ini mungkin kita hanya akan berjmpa di Aidilfitri ( Tak! Ini hanyalah sangkaan meleset. Kita harus menderap selalu okey). Mula-mula kental tak mahu salam lagi nak tunggu sampai kat kereta. Sedangkan Kak Ina awal-awal dah lari jauh-jauh tak mahu dilanggar (teruknya bahasa) kesedihan ( kan Kak Ina). Jadi lepas punggah semua barang-barang club ke MyWhite ( Gile dasat bonet kereta awak. Macam-macam ada. Sempat lagi mengutuk setelah kawan berenti kerja), tibalah saat touching. S.E.B.A.K .

Ouchh.. Dan seperti yang awak kenal inilah saya. Air mata menitis lagi untuk seorang Sumayyah. Saya sayang awak. Dan akan merindui gelak tawa sepanjang berSISE dengan awak.

Okey. Nak publish sudah. Nanti hujan airmata lagi. Semoga saya dan Kak Ina terus 'tabah'. Doakan kami.

p/s: Sumayyah opismate saya sudah berenti kerja. Sekian.

Sunday, 4 July 2010

Jalan-jalan merata tempat

Ntah ape-ape tajuk entri kali ni. Tak komersial langsung..

Jam 8.00pm more less..Saya, mak, ayah dan cik driver yang cermat selamat sampai ke bumi kediaman tercinta. Banyak jalan kami tempuhi. Ni 1st time cik driver cermat drive pergi KL. Tiada peta, tiada cps yang ada hanya peta dalam minda bercampur gerak hati dengan bantuan signboard.Haha. Walaupun tersesat jugak. Saya pergi mana??Owhh..Lupa mahu cerita..(eh?ada ke orang diluar laptop sana tanya?)

Sebenarnya matlamat utama mahu hantar adik saya Jojo(glamer la ko name terpampang disini) daftar di UKM,Bangi. Kami bertolak pagi Jumaat jam 4am (kental yer saya dan cik driver cermat bangun jam 3am). Menuju ke Putrajaya rumah my sis. Petang Jumaat saya ikut cik driver cermat pegi UITM Shah Alam untuk survey rumah sewa beliau yang akan ambil master disana. Tidur semalaman di Putrajaya. Hari Sabtu pergi Klang rumah Abg Ngah saya kerana beliau buat majlis kesyukuran dan tahlil pada malam itu. Esoknya barulah bertolak ke Bangi. Fenat ok! sudah lama meninggalkan aktiviti jalan jauh-jauh dan naik turun tangga dalam kampus macam di USM dulu.

Ini Faiz Irfan..sangat nakal dan sentiasa merindui kerenahnya..owhh..

Ini Fatin Hazwani..kecil-kecil dah turun naik tangga campus. Nasib baik kamu ringan je tau. Nanti dah besar masuk U jugak yer..=)

Tuesday, 16 March 2010

Setapak sebelum bertukar status..=)

15 March 2010...

Tarikh keramat buat best friendku..Fauziah. TAHNIAH sudah bergelar tunangan orang. Takbleh nakal2 lagi. Hee.. Aku ditemani Adeela (best friend kami juga) menemani Fauziah sebelum rombongan datang. Tapi tengok Fauziah cool je. Salute! Kalau aku sudah tentu berdebar-debar. Dan dunia ini sangat kecil sebenarnya bila salah seorang rombongan itu kami kenal. Yerp! kitorang pernah kerja di bawah satu bumbung. Alhamdulillah semua berjalan lancar kan sahabatku. Semoga jodoh kalian berpanjangan hingga tangga pelamin, anak dan cucu..=)

Sunday, 28 February 2010

Tapi saya SUKA..

Hari ini agak L.E.T.I.H. Pagi tadi ada program IT Race dengan student. Dan saya berdiri menjaga checkpoint di tempat yang tiada atap itu selama 1 jam. Tapi saya suka. Maksudnya lain kali kena naik lagi untuk shoot tyme..haha..

Dan petangnya dengan ditemani Syahida pakar godek2 dan Masolaita kami pegi shoot tyme di Kuala Ibai a.k.a area Masjid Terapung. Objektifnya adalah untuk menghabiskan bateri camera. Dan misi kami berjaya walaupun gambar menghampakan saya. Tapi saya SUKA..


TERIMA KASIH SYAHIDA & MASOLAITA..


Wednesday, 22 April 2009

keNanGan tEriNdaH...


Sekejap jer ms blalu.dah ckup dah 6bulan aku bsama kwn2 kt anm@TR.Memang seronok blajar n keje sini. Macam-macam perkara yang aku tak pernah tahu bleh aku pelajari. Tambah-tambah plak dengan kawan-kawan yang baik-baik ati n budi.oyeah.. dek kerana kebizian last-last training barulah kami dapat have fun outdoor. Takleh lupe g Sekayu yang penuh cabaran. ewah. Macam xplorace lak kiter kan. Demi plan baek.. Hujan-hujan pon totap mandi Sekayu..opss..n then kuar kononnya nak men boling. yang nie tak ramai pon.1 keta jer.Tp tetap ngan korang jugak. haha.. lau diingatkan memang klako.
Grup kiter jadi perhatian bukan kerana keterroran tapi coz kebisingan. n salute wat k.Norma..lom penah boling tibe2 jadik winner ey..thankz belanja kitorang karaoke.ekeke..Hmm..ingat ke plawanan persahabatan futsal ngan team admin n prodction.dasat korang men eh. Tak beralih mata aku tengok korang fight. nyesal datng lewat. kalo tak, dapat aku nengok kaler hitam n kaler merah fight.heee...g klas esoknye tak pasal2 aku kena perli baek oleh korang ey..tula..sape suh bawak tet..huhu.. n then kiter boling kat stadium.. cini lg best lane dier kan kengkawan. tibe2 jer ade sorang budak sesat..upenya xclassmate kiter yang dulu lg blah keje kat KL. hmmm...n yang last saat bbq kat pantai. hmmm..18hb0409.right. thankz wat korang yang sama-sama tnjukkan bakat mengibas dalam acara bakar ayam(aku terkecuali..ekeke)..biler ntah kiter dapat berkumpul lagi sama-sama. Thankz buat kwn-kwn ats KenanganTerindah di anm@TR..

Tuesday, 15 April 2008

kenangan terindah noName@BatuFeringGi..090408


huhu...so..pas exam kami bertolak ke sana..tp ptg jugak r kan..bestnye tmpat nie..celeb bufday dak2 bln april skali..besh2..

Ini otw ke sana..singgah kedai mak ayu amik makanan..thankz mak cik..=)

Dah sampai...kita makan dulu..=)..opss..sapa curik sebiji ceri itu..



sooo sweet...love dis memories..=)

Saturday, 2 February 2008

saje2 mengimbau kenangan...

bosan sangat hari ini. actually, bukan takde kerja kena siapkan.. cume bosan jugak duk mengadap buku jer tuk tesis neh..adeh!..so aku buka semula 1 cd gambo lame (sem 1-3) yang aku burn dulu2..tergelak jugak sorang2 tengok gambar2 pelbagai aksi bersama kengkawan..Adeh!..its time to 'mengimbau kenangan'..check it out..:p














Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...