Para Pengikut..

Klik Me =)

Monday, 20 December 2010

Bersama Teman yang Mesra menerjah Kampung Mempelam yang tidak wujud sama sekali.

Ini kisah sorang kawan karib. Bukan boyfriend karib!

Nak dijadikan cerita saya yang suka berjalan-jalan-menderap-bersiar-siar-makan-angin ikut la sorang teman yang mesra ni untuk menziarah keluarga kawan beliau yang kampungnya boleh dikatakan agak terpencil la. Ni kira rancangan terjah menerjah la. Pasalnya tak bagitahu pun mereka akan kepergian kami. Kawan saya ni pulak katanya baru sekali menziarah rumah kawan beliau tu. Itupun malam. Jadi dia ingat-ingat lupa la peta ke kampung tu . Cuma panduan yang masih diingat kawan beliau cakap itu hari 'lepas signboard Kampung Mempelam nie masuk la simpang kiri'.

Jadi dengan kentalnya kami menerjah. Dah la bawak saya yang memang 'pakar' selok belok jalan raya. Heh! Jadi sebagai co-pilot saya duk membulat mata besar-besar tengok signboard. Jauh jugak rupanya Kampung Mempelam nie. Nak jumpa Kampung Mempelam tu macam-macam kampung kami redahi (ceewah). Yang asal Terengganu kalau korang tak tahu wujudnya Kampung Tok Imam Lapar sila pindah duk negeri sebelah. Tak percaya?? Serius la saya bagitahu nie.

Flashback :
Alkisah pada zaman dulu-dulu ketika signboard belum tercipta, adalah sorang Tok Imam menetap di sebuah surau kerana tiada rumah untuk menetap. Jadi orang kampung selalu la bawak makanan sebagai menghargai jasa beliau jadi imam surau tersebut. Tambahan pula beliau sering kelaparan kerana tak mampu nak beli makanan. Jadi suatu hari raja mahu besarkan surau untuk dijadikan masjid bagi penduduk kampung yang dah melebihi syarat untuk solat Jumaat. Maka raja pun tanya la sorang penduduk kampung. 'Surau kampung mana yang nak dibesarkan?' Maka penduduk kampung tu menjawab 'Surau kampung tok imam lapar'. Selepas kejadian tu kekal la nama kampung tersebut hingga sekarang.

HAHAA..
Jangan percaya! saya reka saja. Mana lah saya tahu asal usul Kampung Tok Imam Lapar. Saya bukan Pegawai Kaji Selidik Nama Kampung. Errr. Wujud ke pekerjaan ni?

Kemudian jumpa pula Kampung Nasi Dingin. Korang ingat suhu dan cuaca jer ke dingin. Kalau bangun pagi bukak periuk nasi tengok ada lagi nasi malam tadi punya.. Ha tulah dipanggil nasi dingin. Jadi saya dan kawan yang mesra pun membuat kesimpulan 'Tok imam lapar tadi pergi ke kampung nasi dingin untuk makan nasi dingin. Ok. Baiklah. Sempat lagi melawak dengan nama kampung orang lain. Macam-macam lagi la nama kampung yang ada. Tak larat dah nak jadi Pegawai Kaji Selidik Nama Kampung.

Rasanya dah satu jam kami atas jalan sampai sudah tak jumpa jugak nama Kampung Mempelam. Macam-macam gosip dah keluar sampai akhirnya kami nampak signboard Kuala Berang. Waaaa.. Sah memang terlajak!! (Sombong!Cakap je la S.E.S.A.T) Yer. Kami sesat sebenarnya.

Jadi teman yang mesra membuat pusing U mengejut.

Saya dah pasrah kalau tak jumpa jugak Kampung Mempelam nak balik tido la jawabnya. Tapi kawan yang mesra tetap tak nak mengalah. Akhirnya kami jumpa satu signboard tertulis Kampung Pelam. Haha. Sila gelak kuat-kuat. Bukan mempelam tapi pelam. Kampung Pelam.

Punyalah mencabar jalan raya. Macam main game lumba keta dalam hp bila terpaksa mengelak 'kek' atas jalan raya. Korang paham ke? Banyak pulak sekawan lembu-lembu lenggang-lenggok beratur tepi jalan raya. Tak tahu nak g mana mereka ni semua. Dah paham 'kek' apa kan? Tak paham jugak korang pergi la redah cari Kampung Pelam sana.

Sampai jugak di rumah kawan beliau. Borak-sembang lepas tu balik. Kawan yang mesra mengidam spaggeti pulak. Ikut jela beliau pegi makan kat pizza sana. Bukan kat Kampung Pelam. Sana takde kedai bakery apatah lagi pizza.
Yer. Inilah dia teman yang mesra saya.


Bukan! Itu hanyalah makanan kegemaran beliau. Beliau bukan suka saya enterprem gambo beliau. Huh! Bajet hot la tuh. Hehe. YUSNANI. Saya mula kenal beliau masa form one. Masa tu kami kelas yang sama. Sampai sekarang masih mesra. Kalau nak tahu semua rahsia pasal saya korek la dari beliau. Tupun kalau anda bagi soploh ribu baru beliau cerita.
HAHAA.
Seingat saya start dari form one sampai hari ini kami tak pernah sekalipun bermasam muka, merajuk berkecil hati, berebut pakwe jauh sekali. Mungkin itulah yang menyebabkan persahabatan kami sangat akrab. Sama-sama kongsi masalah. Sama-sama simpan masalah tanpa heboh pada orang lain. Sama-sama suka jalan-jalan. Sama-sama suka window shopping. Dan yang paling penting kami berkongsi tarikh lahir yang sama iaitu 19 Januari. Jadi sila bulatkan pada kalendar masing-masing. Yeay!! --> Adalah motif taip sepanjang lebar di atas semata-mata mahu bagitahu tarikh lahir??

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...