Penyelewengan tatabahasa dalam blog tak perlu disangkal lagi.
Sabtu dengan bumi yang basah. Ditimpa-timpa hujan musim tengkujuh. --> Wah,wah..dah jadi penyajak pulak saya yer.
Hari ni ada aktiviti riang ria staff opis. Kerana hujan jadi kita main bowling saja. Tak kan nak main hujan pulak yer. Seawal jam 10 semua sudah berebut kasut bowling di kaunter. Mari main dengan bersungguh. Walaupun hanya untuk satu game sahaja. [Keciwa]
Dan hari ni seperti kata pepatah malang itu tidak berbau. Yer, tapak tangan terkena kaki payung yang patah. [Tu pun nak cerita? bukan ke ini entri pasal bowling..owhh..suka hati saya la. Blog ini saya yang punya.] Nasib baik cuaca sejuk jadi darah sekejap je mengalir keluar. Errr...logik ke? Kental mahu main bowling jugak jadi masuk ke supermarket kejap beli hansaplast.
[Tengok. Kan betul. Nampak tak tapak tangan ada cop sirim. Pasni boleh excuse untuk basuh pinggan gelas sebab pedih terkena sabun. Thee]
[Ni paparazi mana snap gambar saya? Pakai kasut pun ada yang ambil gambar curi. Lain kali bagitau nanti boleh saya peace. Pang!]
[Wah wah wah. Pantang nampak jantina lain disebelah saya mula la nak bergosip yer. Tak perlu la femeskan muka skandal opismate]
[Eh, eh, apesal setiap gambar perlu ada yang pakai tudung purple tu. Baiklah. Tanya diri sendiri]
[ Ha, tengok. Ada lagi dia]
[dan lagi. Hei, udah-udah la enterprem]
[Gambar kecintaan. Setiap gambar harus ada pemilik tudung purple. Pasrah!]
[Woaaa. Golek-golek jangan masuk longkang yer anak kecil]
[Dah. Dah. Ini gila kuasa nak dia sorang dalam gambar. Siap dengan stokin dan kasut bowling lagi. Off hp simpan dalam beg!]
P/S: Apesal setiap gambar harus senyum nampak gigi? Korang ambil gambar mcm tu jugak ker?
No comments:
Post a Comment