Bukan pelik. Sebenarnya macam-macam perasaan yang tak disukai hati berlaku. Jadi tiba-tiba rasa hari Rabu pelik. Bukan setiap hari Rabu. Tapi Rabu kali ini sahaja.
Pertama bila odw datang ofis jumpa mamat-berkereta-wira-gold yang very da annoying. Erghhhh! Rasanya sepanjang datang ofis hingga Rabu kali ini dialah yang paling annoying. Ok.Ok. Tak perlu marah-marah emo tak bertempat. Mungkin dia terlupa jalan raya bukan dia punya sorang.
Kedua bila tiba lunch hour hanya tinggal saya berdua dengan Kak Ina makan bersama. Yang lain berpuasa plus alahan plus dua orang kawan kami yang sudah berhenti. Jadi untuk hilangkan rasa gundah gulana mari makan nasi putih bersama sup daging kerana ia amat sedap hingga boleh habiskan satu mangkuk besar.
Dah kenyang makan nasi teringin mengidam nak makan bingka ubi (kuat betul nafsu makan). Tapi frust tengok bingka ubi tiada. Owhh.. Dan naik ofis dengan perasaan hampa. Sob sob..
Naik ofis pula tiba-tiba je rasa dizzy semacam. (erp..korang letak pape ke dalam sup?) dan mata sangat mengantuk. Tak perlu la sebut mata mengantuk. Dah sah-sah ngantuk kat mata takkan kat kaki pula.. Tersenguk-sengguk sehingga tertido. Maafkan saya puan bos. Bila dah betul-betul terlena rasa ada lembaga hitam sebelah bagi salam. Terus terjaga ok. Dan yang pasti dia bukannya entiti tapi Hekal ofismate saya. Arghhhhhhhhhh. Tidurku terganggu.
Di bilik solat pula berbicara dengan Kak Siti tentang merisik, tunang dan kahwin..(ok. this is really out of topics)
ok. Tu saja..(sebenarnya tiada apa-apa pun hanya kerana mamat annoying sepanjang hari terasa moody. Terima kasih mamat)
p/s: Kadang-kadang warna pakaian memainkan peranan penting untuk cambahkan keriangan dan kegembiraan. Jadi mari pergi ofis dengan memakai warna yang ceria supaya kita happy sepanjang hari. Yeay!!
Thursday, 4 November 2010
Hari Rabu yang pelik.
Tuesday, 2 November 2010
Gambar tertunda (01)
Entri ni merupakan entri bergambar yang diambil semasa memenuhkan ruang perut di kedai makan INI. (Jadi dah namanya entri bergambar tentunya loading mengambil masa yang lama. Harap maklum yer)
![]() |
| Ini perspektif dari luar. |
![]() |
| Mentang-mentang ekau suka ambik gambo tak perlu la cover menu pun nak snap juga. Haih. |
![]() |
| Ini menu paling mengebest (bahasa apekah?). |
![]() |
| Sos putih tu jangan pula kalian sangka tempoyak. |
![]() |
| Saya mati akal tak tahu nak makan apa. Ini menu saya Kuew Teaw Sup. Yeay. Tengok cili merah hijau itu. Menarik kan. |
![]() |
| Lampu yang bercahaya. |
![]() |
| Ini Sumayyah (erkk! bukan dua orang ke atas tu?) okes. Yang paling comey itu Sumayyah. |
![]() |
| Ini cik Nora yang gila excited dapat isi gelas yang lain dari yg lain. |
![]() |
| "Saya sedang rancang sesuatu. Sila jangan ganggu". Nampaknya 'misi' kali ini tidak berhasil walaupun dengan kehadiran Sumayyah. |
![]() |
| Woaaa. Saya mahu kesemuanya. |
![]() |
| Erk! Saya tiada di atas. (tak dapat terima hakikat tiba-tiba muka membulat) |
![]() |
| Okes. Ada lagi gambar ini nampaknya. Tapi ini versi gedik. Tadi versi skema. |
![]() |
| Nasi Goreng apekah? lupa pulak nama penuh ia. |
![]() |
| Ok. Akhirnya setelah menghabiskan kesemua air diatas, saya order lagi satu gelas. |
![]() |
| Gambo tertunda diakhiri dengan gambo enteprem. Abaikan kaler ijau itu. |
Friday, 29 October 2010
S.E.B.A.K di hari Khamis.
Ini kali kedua saya post entri khusus buat awak setelah entri INI.
Hari ni awak betul-betul telah melunaskan janji. Awak betul-betul akan tinggalkan kami. Tempat awak akan kosong esok. Dan saya berharap Kak Ina akan melunaskan janji untuk mengganti tempat itu. Jadi hari Khamis harus makan diluar kerana lepas ini belum tentu setiap minggu dapat makan bersama awak lagi. Terima kasih Syed perkenalkan tempat makan best itu. [ Gambar dalam hp belum transfer setelah usb menghilangkan diri]
Jadi sebelum awak berangkat pulang mari kita bersalam berpelukan kerana lepas ini mungkin kita hanya akan berjmpa di Aidilfitri ( Tak! Ini hanyalah sangkaan meleset. Kita harus menderap selalu okey). Mula-mula kental tak mahu salam lagi nak tunggu sampai kat kereta. Sedangkan Kak Ina awal-awal dah lari jauh-jauh tak mahu dilanggar (teruknya bahasa) kesedihan ( kan Kak Ina). Jadi lepas punggah semua barang-barang club ke MyWhite ( Gile dasat bonet kereta awak. Macam-macam ada. Sempat lagi mengutuk setelah kawan berenti kerja), tibalah saat touching. S.E.B.A.K .
Ouchh.. Dan seperti yang awak kenal inilah saya. Air mata menitis lagi untuk seorang Sumayyah. Saya sayang awak. Dan akan merindui gelak tawa sepanjang berSISE dengan awak.
Okey. Nak publish sudah. Nanti hujan airmata lagi. Semoga saya dan Kak Ina terus 'tabah'. Doakan kami.
p/s: Sumayyah opismate saya sudah berenti kerja. Sekian.

Subscribe to:
Posts (Atom)