Assalamualaikum..salam sejahtera..salam 1Malaysia (Sambil angkat tangan tunjuk isyarat 1Malaysia).
Minggu depan merupakan minggu sibuk saya. Tipu. Bukan hanya saya. Tapi ramai lagi orang di luar sana yang seribu sibuk nak dibandingkan saya.
15 & 16 hb - Ni ada audit. Jadi harus settlekan semua dokumen pada 12 hb. Sedangkan masih banyak yang rongak. Rongak tahu? Macam gigi. Bila rongak terus nampak macam tak siap.
17 hb - Malam jam 10pm bertolak ke KL. Kuala Lumpur..aku cabar kau!!Tiba-tiba jadi Rosyam Nor dalam KL Menjerit. Heh! Baju dinner belum beli lagi woiiii!!
18 hb - Dinner di PWTC. Lepas dinner terus bertolak balik Terengganu.
Bermula 20hb - Bermula exam mid term. Arghhhh!!silibus belum habis lagi. Harap sempat habiskan minggu depan.
Jadi mungkin ini last entri sebelum entri seterusnya selepas seminggu atau dua minggu akan datang. Adakah?
P/S : Nak pengsan untuk seminggu atau dua. Bila terbangun pura-pura tanya 'Alamak hari ni berapa haribulan? saya dah terlepas tarikh penting. Arghhhh!!!' Sedangkan dalam hari bersorak riang. Pang sebijik!! untuk hadiah berangan..
Wednesday, 8 December 2010
Tuesday, 7 December 2010
Cuba teka sapa nie..
Mengantuk siapkan soalan. Mari publish entri suka-suka hati.
Dua hari lepas saya dapat picture msg dari seorang student a.k.a mantee saya. Yang selalu panggil saya mummy. Muda benau nak bergelar seorang mummy. Hep! Dengan caption seperti tajuk entri saya ingatkan dia mahu perkenalkan awek beliau sedangkan saya sudah sedia kenal bakal menantu itu.
Terkezut tengok gambar yg di send. Bukan gambar pelik pun. Bukan jugak gambar larangan apetah lagi gambar seram.
Terus saya reply msg beliau :
Haha. Dari mana awak dpt neh.
Masa gala dinner dulu. Da lama da sy simpan. Hehe.
Ada lg eh. Stahun dh. Hee..
Ngee. Sy suke gmbr tu..
Baiklah. Pasrah jer dia suka gambo gedix tu. Yah! Mari kita saksikan gambar yang menjadi kesukaan itu. Adeh!
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
[saja nak korang scrollllllllllll lama-lama]
.
.
.
.
.
.
.
.Tadaaa.....
Haha. Mari meluat bersama-sama. Saya pun tak sedar bila gambar nie dipaparazikan. Ni setelah habis acara dinner tunggu orang datang ambil pastu nampak student duk berebut belek-belek spek sapa ntah itu. Jadi mari pakai spek malam-malam hari supaya orang cakap kau sakit mata. Hehe..
Suda habis entri gedix. Mahu sambung siapkan soalan. Caiyok2 untuk diri sendiri.
Tutorial Photoshop : Gambar kasi cun skit berbanding asal.
Nie 1st time saya kongsi ini tutorial. Editing pics menggunakan software Adobe Photoshop. Kali ni kita nak edit gambar yang ada objek fokus ditengah. Kiranya editing ini sesuai untuk gambo yang ala-ala macam tu la. Nak ajar edit yang bombastik saya tak reti. Jadi kita edit simple aje eh.
[Double click untuk gambar lebih terang jelas]
Mula-mula korang open la gambar yang nak edit tu. Godek-godek mana yang berkenan mana yang sesuai.
Ha. Dah jumpa. Terliur plak tengok jus watermelon neh. Korang akan perasan dekat bawah kanan tu keluar layer yang tulis Background. Ada kan.
Jadi kat layer Background tu korang Double klik hingga keluar palet (box) tu, tak yah ubah apa-apa setting, korang klik je ok. Ni untuk memudahkan kerja korang edit-mengedit.
Hah? Tak jumpa kat mana? Ni la saya tengah mengajar korang duk main msg. Tu FB la tu. Mentang-mentang hp canggih main update status FB guna hp yer. Tengok betul-betul gambar bawah nie. Bukak anak mata luas-luas. Jangan kasi terkeluar pulak anak mata tu.
Tengok besar anak panah hijau tu. Kat situ la korang double klik hingga keluar kotak kat tengah tu. Pastu korang klik jer ok. Dah. Pandai pun.
Ok. Pastu korang klik kat anak panah hijau tu. Tu untuk create a new layer. Nampak tak atas layer Background tu ada Layer 1.
Kemudian korang pilih icon Paint Bucket. Yang iconnya macam tin cat nak tumpah tu atau tekan G kat keyboard. Yang saya dah panahkan hijau itu. Kemudian pilih kaler hitam. Kaler tengok kat icon yang paling bawah yang ada kotak berwarna tu. Lepas tu tanpa segan silu korang klik la tengah-tengah document tu. Tengok! Terus bertukar kaler hitam. Jadi jangan takut yer. Laptop korang belum rosak lagi..
Kemudian korang klik kat icon sebelah kiri yang bernama Rectangular Marquee Tool atau nak jimat masa korang klik je M kat keyboard tu. Kat atas tu korang akan perasan ada tulis Feather. Ubah jadikan 80px. Seterusnya korang klik sambil drag cik tikus mengikut ruang atau saiz pilihan korang pada dokumen tu. Bergantung pada gambar la.
Dah dapat ruang pilihan tu korang klik Delete pada keyboard. Kemudian dekat layer tadi yang ada tulis Opacity, korang ubah la berapa pun mengikut kesesuaian dan tahap kecomelan gambar korang.
Haa tengok gambar atas tu..nampak tak garis putus-putus tu. Tulah kawasan yang dah korang pilih dan delete. Disebabkan Feather tadi la rectangular tu berubah. Paham tak nie korang? Saya anggap korang paham la yer.
Dah siap. Ni hasil akhir yang jadi. Saya ubah Opacity sebanyak 70 %. Nampak tak di keliling gambar tu dah jadik gelap sikit. Jadi gambar korang tak la nampak flat sangat.
Subscribe to:
Posts (Atom)











