Para Pengikut..

Showing posts with label tutorial. Show all posts
Showing posts with label tutorial. Show all posts

Tuesday, 16 April 2013

Teknik macam mana nak bagi gambar lebih cantik

Salam uollss.

Motip kan nak bagi tajuk skema sebegitu. Dalam banyak-banyak entri kat belog saya neh antara yang paling ramai menerjah adalah entri tentang teknik nak hidupkan gambar kan. Kebanyakkannya google sampai ketemu post pasal entri tuh. Kebanyakkan gambar yang saya upload memang saya akan apply teknik tuh. Tapi tak semua gambar kan. Kalau gambar tu dah tak santek kalo kita apply pon makin tak santek kan #sadiss.

Ni contoh yang akan terjadi bila saya apply teknik tuh.

GAMBAR ASAL
Gambar ni diambil menggunakan camera hp jer. So, tak clear sangat kan. Kusam jer.



GAMBAR LEPAS EDIT
Jadi mari kita edit guna Adobe Photoshop.

Eh. Sukati jer bagi gambar sebelum dan selepas lepas tu tak nak share kan. nah ambik. Ni tutorial nya tau.


Nampak lain kan gambar diatas. Kemudian ada someone tanya saya
 "Gigihnya awak edit setiap gambar la yek?"

Haruslah tak kan. Jadi saya setting siap-siap Action untuk 'menghidupkan' gambar neh. So klik je Play dia akan edit otomatik. Hiksss.


Sebenarnya banyak je software lain diluar yang senang-mudah tapi saya lebih prefer Photoshop la kan. Mekasih Photoshop.



Saturday, 6 April 2013

(Tutorial) Cara-cara buat blog semudah ABC

Salam uollss..


Eh, kemain kan aiollss nak bertutorial cara buat blog lagi. Muahaha. Sebenarnya entri tutorial ini ditujukan khas buat kakak saya. Nak ajar guna msj macam susah jer kan. So saya ajar step-by-step. Semoga berjaya okey. Hikss.
 
Step 1

Mudah je awak. Semudah ABC tau. Mula-mula awak kena ada account email G-MAIL. Dah ada ke belum ha? Kalau takde awak pegi ke url http://www.blogger.com

Kemudian awak akan jumpa page macam bawah ni. Kalau takde lagi emel g-mail kena sign up la.
Klik je sign-up kat ada anak panah tuh deh.

Step 2

Okes. Bila dah klik akan terus masuk page bawah pulak. Isi form tersebut. Yang part num.hp tu tak isi pon takpe awak. Nanti masa isi tu ingatlah awak punya username dan password. Kang tak leh update sebab tak ingat password pulak kang naya. Hehehe.


Step 3

Ok bila dah isi semua tu awak akan masuk ke page bawah neh. kemudian klik Back to Blogger. Now awak dah ada account g-mail boleh terus buat blog. Tengok gambar bawah tu ada tulis New Blog kat atas sebelah kiri page. Awak klik situ.

(eh, gigih tau saya create blog baru  supaya awak paham neh)

Step 4

Bila awak dah klik kat New Blog tadi akan keluar la form kecik tu dia tulis Create a new blog.


Awak isi la Title apa nak bagi untuk blog awak. Title tu akan keluar kat blog awak nanti macam Title blog saya New Journey Through Time. Tapi boleh tukar pulak nanti bila-bila. Pastu awak isi address pulak. Tu adalah link url untuk ke blog awak. Tapi kalau unavailable (maknanya dah ada orang guna) kena fikir yang lain lah sampailah available. Kat Template tu pulak awak pilih je dulu sebagai permulaan mana awak berkenan. nanti boleh tukar lagi.

Kemudian klik Create Blog (button kaler oren bawah tuh)

Tengok macam sample blog saya buat ni Title Kasih Tercipta, Address kasihtercipta19.


Step 5

Yeayyyy!! Kalau dah sampai part ni maksudnya awak dah berjaya buat belog. Tahniah!! Your blog has been created!!Muahaha.

So, saya ajar cara nak post entri pulak deh. Still page ni awak klik button kaler oren tu. Yang ada simbol macam pen tuh. Klik situ untuk create new post.


Step 6

Bila keluar stage macam bawah yang kosong besar tu tempat awak nak tulis menda alah apa saja yang nak post. Kat atas tu ada ruangan untuk tulis tajuk.

Tengok contoh saya wat tu.

Tajuk : Assalamualaikum (Klik je ruangan tu kalo nak taip sumthin)

 Kemudian klik ruangan besar kat bawah tu dan tulis la apa pun nak bebel.
Yang atas pada ruangan stage menulis tu ada bar. Situ ada nak pilih jenis tulisan, kaler tulisan, nak bold atau italic, nak besar atau kecik tulisan, nak pilih align pastu nak upload gambar atau video. Awak try la klik satu persatu deh.

 Bila dah siap bebel apa-apa awak klik je Publish (atas kat bahagian kanan kaler oren tu). Kalau tak siap lagi nak tulis awak Save je dulu. Boleh sambung lain kali.

Step 7

Kalau dah publish akan keluar macam bawah neh. Ada satu je tu maksudnya baru satu post la awak.


Step 8
Kemudian kalau nak tengok apa yang awak post tadi kat blog awak klik kat bahagian atas ada tulis View blog. klik je terus keluar ke blog awak tadi.


Ok. Saya harap awak paham. Ni baru Chapter One. Awak kena godek-godek dulu deh. Nanti saya ajar Chapter Two dan seterusnya pulak. Thehehe.. Cepat buat blog masuk gambar budak-budak. 
Rindu diorang sangat =)



Monday, 21 May 2012

Tutorial Adobe Photoshop : Teknik Menghidupkan Gambar.

Salam uolls.

Ok. Hari nie saya nak kongsi dengan korang semua cara-cara untuk bagi gambar lebih cantik dan terang dari gambar asal. Terutama buat pengantins yang pastinya korang ada ratus-ratus gambar dan tentulah tak semua gambar ditempek di custom album oleh op anda kan. Jadi mestila korang decide nak cuci jugak gambar kat kedai atau tempah photobook. Jadi sebelum korang pegi cuci tu sila la edit skit gambar tu bagi efek menarik sikit. Theehheee.

Gambar asal sebelah KIRI. Guna digital camera. Gambar KANAN setelah edit. Guna Adobe Photoshop.


Yang penting untuk edit korang harusla ada software Adobe Photoshop tau. Mudah jer. 

Mula-mula Open gambar.


Kemudian adjust sharpen.
Kat menu tab pilih Filter > Sharpen > Sharpen.

Lepas tu korang kena Duplicate layer asal iaitu layer Background.
Cara nak duplicate ialah right click pada layer Backgroud pastu pilih Duplicate Layer. Pastikan keluar layer baru iaitu layer Background copy.

Pada layer Background copy tadi tukar mode dari Normal kepada Soft Light. Tak tahu kat mana mode? Korang teliti gambar bawah tengok atas layer Background copy tu perasan tak perkataan Soft Light? Haa. Situlah nak kena tukar. Tak perasan jugak tak tahulah hakak.

Kemudian Duplicate lagi layer yang dah di-soft light kan tadi. Cara Duplicate sama la macam atas tadi ok. Lepas tu pegi ke menu tab pilih Filter>Blur>Gaussian Blur

Sekarang akan keluar palet Gaussian Blur. Setkan Radius kepada 10 Pixels.

Sekarang korang kena tukar mode daripada Soft Light tadi kepada Overlay
 dan ubah Opacity menjadi 20%.


Dah settle ubah atas tadi kena duplicate layer tersebut. Then tukar mode dari Overlay kepada Color Dodge dengan Opacity 10%.


Ok. Dah siap!!!

Ni gambar asal tanpa edit.
 
 Ni gambar lepas edit.

Semudah ABC kan. Ok. Kalau tak paham boleh pm saya. Daaaa.

Wednesday, 2 March 2011

Bbq time at Kuala Ibai.

Salam semua.

Okeh. Dah nak masuk seminggu baru post gambar-gambar kejadian. Hape kau fikir kau isteri Ketua Menteri ke sibuk sangat??!!.

Itu hari pelajar-pelajar ajak join bbq. Maklumlah dah habis minggu belajar untuk semester ini. Saat-saat genting menunggu final exam diorang mau release tension la kunun pegi bbq tepi tasik kat Kuala Ibai.
 Santek. I like!

Gambar-gambar yang di tag oleh mereka di fb. Tq Korang.

Ramai yer paparazi snap our pics. Kan Cik Yatie..Hahaha

Kaum-kaum Adam bertungkus lumus hidupkan api. Fuh!!fuhhh..

Hape. Ingat saya tak pandai yer bakar ayam. Nanti dah hitam tu masakla.-->Pang!!

Okeh. Lagi snap by paparazi.
Ayam dan siap. Jom makan dengan mihun goreng. Best!!

Okeh. Ni adalah mereka-mereka. Sebilangan sahaja daripada keseluruhan mereka.

Kek berkat. Semoga kalian lulus cemerlang dapat anugerah presiden semester ini. Yeayy!!!


*Perasan tak gambar-gambar tu kelilingnya dark skit kan. Itu hari saya pernah tulis tutorial pasal editing untuk gambar begitu. Nak tahu sila klik bawah..=)

 Tutorial Photoshop : Gambar kasi cun skit berbanding asal.

Tuesday, 7 December 2010

Tutorial Photoshop : Gambar kasi cun skit berbanding asal.

Nie 1st time saya kongsi ini tutorial. Editing pics menggunakan software Adobe Photoshop. Kali ni kita nak edit gambar yang ada objek fokus ditengah. Kiranya editing ini sesuai untuk gambo yang ala-ala macam tu la. Nak ajar edit yang bombastik saya tak reti. Jadi kita edit simple aje eh.

[Double click untuk gambar lebih terang jelas]
Mula-mula korang open la gambar yang nak edit tu. Godek-godek mana yang berkenan mana yang sesuai.


Ha. Dah jumpa. Terliur plak tengok jus watermelon neh. Korang akan perasan dekat bawah kanan tu keluar layer yang tulis Background. Ada kan.

Jadi kat layer Background tu korang Double klik hingga keluar palet (box) tu, tak yah ubah apa-apa setting, korang klik je ok. Ni untuk memudahkan kerja korang edit-mengedit.

Hah? Tak jumpa kat mana? Ni la saya tengah mengajar korang duk main msg. Tu FB la tu. Mentang-mentang hp canggih main update status FB guna hp yer. Tengok betul-betul gambar bawah nie. Bukak anak mata luas-luas. Jangan kasi terkeluar pulak anak mata tu.

Tengok besar anak panah hijau tu. Kat situ la korang double klik hingga keluar kotak kat tengah tu. Pastu korang klik jer ok. Dah. Pandai pun.

Ok. Pastu korang klik kat anak panah hijau tu. Tu untuk create a new layer. Nampak tak atas layer Background tu ada Layer 1.

Kemudian korang pilih icon Paint Bucket. Yang iconnya macam tin cat nak tumpah tu atau tekan G kat keyboard. Yang saya dah panahkan hijau itu. Kemudian pilih kaler hitam. Kaler tengok kat icon yang paling bawah yang ada kotak berwarna tu. Lepas tu tanpa segan silu korang klik la tengah-tengah document tu. Tengok! Terus bertukar kaler hitam. Jadi jangan takut yer. Laptop korang belum rosak lagi..

Kemudian korang klik kat icon sebelah kiri yang bernama Rectangular Marquee Tool atau nak jimat masa korang klik je M kat keyboard tu. Kat atas tu korang akan perasan ada tulis Feather. Ubah jadikan 80px. Seterusnya korang klik sambil drag cik tikus mengikut ruang atau saiz pilihan korang pada dokumen tu. Bergantung pada gambar la.

Dah dapat ruang pilihan tu korang klik Delete pada keyboard. Kemudian dekat layer tadi yang ada tulis Opacity, korang ubah la berapa pun mengikut kesesuaian dan tahap kecomelan gambar korang.

Haa tengok gambar atas tu..nampak tak garis putus-putus tu. Tulah kawasan yang dah korang pilih dan delete. Disebabkan Feather tadi la rectangular tu berubah. Paham tak nie korang? Saya anggap korang paham la yer.
Dah siap. Ni hasil akhir yang jadi. Saya ubah Opacity sebanyak 70 %. Nampak tak di keliling gambar tu dah jadik gelap sikit. Jadi gambar korang tak la nampak flat sangat.


Yang bawah ni pun menggunakan style editing yang sama.

[Gambar asal]

[Setelah edit-mengedit]

Ok. Semudah mengeja B.U.K.U kan. Selamat mencuba yer. Kalau blur lagi boleh terus emel saya nanti saya ajar lebih detail. =)


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...