Para Pengikut..

Monday, 4 April 2011

Tetiba teringat la pulak..

Selamat awal pagi semua. (Ayam pun tak bangun lagi nak berkokok)
Zaman belajar adalah zaman yang paling manis bagi saya. Kalau bosan saya suka belek-belek gambar masa belajar dulu. Kalau gambar sekolah belek dalam album. Tapi gambar zaman belajar universiti belek dalam folder la. Hee...

Dulu saya study kat Penang. Boleh agak la kat mana kan. Penang memang best. Terutama kalau pergi Butterworth kan ada bangunan-bangunan kolonial (macam best je perkataan kolonial). Bangunan-bangunan lama. Yang sangat klasik. Yer. Saya sangat kagum. Salah satu tempat yang kitorang pernah singgah ialah Fort Conwalis. Banyak kali kot kitorang datang sini. Saja datang, kebetulan datang, dan datang buat penyelidikan. Ceewah gitu.

Ini masa sem satu. Skema kau. Haha.

Ada senapang. Sekarang ada lagi ke??

Dalam kawasan Fort Cornwalis tu ada khemah dan menda alah tu. Berlagak jadi askar kejap.


Rombongan Cek Kiah
Ok. Sila abaikan gambar atas. Monumen berbaju purple tu dah takde disitu sekarang.

Ini lah. Cantikkan. Klasik.

Sebenarnya ia adalah bank. Dan banyak lagi bangunan serupa di atas.

Ini ada tak tahu ke? betul anak-anak. Inilah KOMTAR.

Ok. penat dah godek-godek gambar. Babai.

Kredit to Anem Arnamee. Kebanyakkan gambar tersebut adalah gambar beliau..=)



Sunday, 3 April 2011

Baju tunang tema hijau..pewiitttt..


Alhamdulillah. Urusan dipermudahkan Tuhan.

Baju tunang suda dibeli. 
Beli yang ready made je. 
Jimat kan. 
Nanti boleh pakai raya pulak. 
Tapi tema raya tahun nie jingga. 
Owhh..

Saturday, 2 April 2011

Tips membeli kain untuk akad nikah yang cantik dan murah!

Haha..Skema tajuk entri dengan niat bakal-bakal pengantin search tajuk itu dengan result yang hampa.

Semalam keluar belikan kain untuk nikah. (berangan lagi). Tentu korang ingat saya akan nikah dalam masa terdekat kan. Salah semuanya. Kami beli untuk jadikan hantaran tunang nanti. Pewiittt. Betul jugak cadangan mak en.beliau. Beli siap-siap kain untuk akad  nikah. Nanti dah tak payah beli. Jimat kan. Errrr...Tapi nak nikah bila ha???. Ok. Sila jangan jawab soalan saya.


Amaran : Ini adalah tips dari saya. Kalau rasa meragukan jangan sekali-kali ikuti. (tak tahan tu, siap ada amaran)

Kain untuk akad nikah biasanya kaler-kaler yang soft kan. Jarang kot pakai kaler hitam atau kaler-kaler terang untuk akad nikah. Tapi bergantung pada kalian la. Asal suka, sedap pandang. Tapi yang sedap pandang masa akad nikah kaler soft je la kan.
Ok. Berbalik kepada tips hari ini.

Pertama. Sebelum betul-betul muktamad membeli kain tu, cuba la survey banyak kedai. Kalau tiada masa nak keluar cuba survey online saja. Follow la seberapa banyak butik-butik pengantin kat blogshop atau add kat fb. Tengok kain-kain diorang lagi segi harga, kaler atau design. (maksud saya up too date)

Kedua. Sesibuk manapun korang tetap harus survey kat kedai jugak. Cuba survey lebih dari tiga kedai dan bergantung pada korang la nak compare dari segi apa. Kalau korang nak save budjet mungkin tengok pada harga, kalau korang lebih pentingkan design tengok la pada design.

Ketiga. Kalau ada kedai yang tawarkan promosi lagi bagus. Contohnya beli sepasang kain untuk perempuan dapat sepasang kain untuk baju melayu lelaki dengan less 50%. Contoh je la kan. Ataupun ada sesetengah kedai customer boleh tawar-menawar. Boleh dapat murah sikit berbanding harga asal.

Keempat. Seelok-eloknya kalau beli baju nikah (biasanya untuk kaler soft), pastikan korang yakin akan tetap memakai baju tersebut walaupun selepas nikah. Pakai masa raya atau event apa-apa. Secara tak langsung baju tu tak jadi hiasan dalam almari. Ataupun sedekah pada adik atau kawan-kawan lain yang akan nikah kelak.

Ok. Ada lagi ke? kalau ada lagi korang sambung kat entri korang plak yer. Babai.




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...