Para Pengikut..

Monday, 2 January 2012

Coklat tu menggemukkan ke?

Salam uolls.

Sesungguhnya cokelat sangat sedap rite. Saya pon suka cokelat. Makan cokelat ni rasa aman tenteram jer. Takde dah rasa gundah. Macam duk alam kayangan je (begitu hebat metafora). Adakah saya sorang yang berperasaan macam tu? Saya kalau time serabut mesti beli cokelat. Tambah-tambah dalam kereta tengah drive. Sebab makan coklat tu akan rasa hepi jer. Takde la marah-marah sangat. Kalau ada kereta suka hati masuk tak bagi signal mesti cakap sopan-sopan 'Signal rosak eh bang'. Haha. Saiko.

Suka jugak bagi orang hadiah coklat. Harap-harap dia jugak akan hepi macam saya.


Lagi suka kalau dapat hadiah coklat. Weeeeeee.


Nyum nyum. Nak makan coklat dulu. Bye.




Sunday, 1 January 2012

Azam 2012

Salam uolls.

Owh. Rasa macam baru semalam post entri azam tahun 2011. Tup-tup nak kena tulis azam lagi. Alhamdulillah azam tahun lepas dah tercapai.

iaitu bertukar status = tunangan orang


Azam tahun nie adalah :

RAHSIA dan RAHSIA

Semoga Tuhan permudahkan segala urusan saya, murahkan rezeki saya untuk mencapai azam tahun 2012. Moga tiada hati-hati yang mendengki, iri hati dan busuk ati terhadap saya.
Moga diri ini terus cekal dan tabah harungi segala dugaan dan cobaan.
dan
Moga Tuhan panjangkan jodoh saya dengan en.beliau hingga akhir usia kami.
Amin, Amin, Amin.
=)



Fungsi bridesmaids

Salam uolls..

Memperkenalkan barisan bridesmaids saya..

jeng jeng jeng..

Gileww bridesmaid (bm) saya nak posing cenggini??

Bm ni umpama penyeri dalam majlis. Tambah-tambah waktu diakad nikah kan. Sebab bm akan ada disisi saat debaran pengantin perempuan sampai ke kemuncaknya waktu mendengar 'aku terima nikahnya sekian binti sekian'. Bm ada disisi untuk kesat air mata kesyukuran atau sekurang-kurangnya menghulurkan tisu. Bm jugak beratur penuh sopan mengangkat dulang hantaran. Sebab bm biasanya berpakaian sedondon. Jadi dalam gambar ia akan nampak sangat comel seolah-olah sang puteri dikelilingi dayang-dayangnya.

Saya rasa bm penting jugak kot. Supaya pengantin tak rasa keseorangan. Tak kiralah siapa bm anda tu. Baik sedara-mara, anak-anak buah, kawan rapat atau sesiapa saja. Jenuh jugak nak pilih sapa yang perlu jadik bm. Kalau boleh biarlah mereka sama-sama kenal. Supaya mereka tak kekok nak bergurau senda sesama sendiri. Jugak bm biarlah mereka yang happening. Yang sentiasa buat kita hepi senyum sentiasa. Wah! bm yang baca sila jangan berdebar. Hehe.

Sebab hantaran saya lebih dari tujuh. Jadi saya perlukan lebih dari tujuh bm. Alhamdulillah sudah melamar mereka petang tadi. Ada sembilan orang kesemuanya. Cuma ada 2-3 orang lagi yang belum bagi keputusan pasti. Biarlah mereka cakap saya terlampau eksaited sebab bagitahu mereka sebelum dua bulan akan datang. Memang saya eksaited. Satu lagi biar saya booking mereka siap-siap. Means kalau mereka ada agenda lain hari itu terpaksa cancel yer sebab saya dah booking kamu dua bulan awal. hehe.

Cuma sekarang ni nak pilih tema pakaian. Sila berbincang baik-baik. Harap dapat buat keputusan yang dipersetujui secara aman. hehe. Saya tahu saya tak akan lama disini. Jadi mungkin peluang ini dapat memberi kenangan antara saya dan mereka. Sayang kamu banyak-banyak my future bridesmaids.
=))


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...