Para Pengikut..

Wednesday, 4 April 2012

Trip to Cameron Highland : Part 3

Salam uolls.

Wah. Macam la pergi trip ke Hong Kong sampai nak ada berbelas-belas part kan.

Ini PART 1
Ini pulak PART 2

Ok. Part 3 ni jom kita ke Roses Garden. Ingatkan ada bunga ros je sebab nama Roses kan. Sebenarnya macam-macam bunga yang ada. Kelass you.

Gambar serius tak ikut turutan. Bye.

Ini budak join trip dengan Kak Ros jugak. Sangat manja ok. I loike.
 
Ni adik dia. Tapi yang akaknya pulak terlebih manja dari adik.
 
Rumah kecik. dan comel.

Rose Centre




Suka sangat. Agak-agak kalau tanam depan rumah boleh tak membesar macam gini kan?


Jumpa tong sampah. Letak camera atas tong sampah. Setting view. Set timer.
KLIK!!
. Sob. Masa ni diorang semua lari-lari naik tangga. Takde sesiapa nak tolong snap.

Dapat kawan baru. Fine.




Tuesday, 3 April 2012

Trip to Cameron Highland : Part 2


Salam uolls.

Sila rujuk entri PART 1 dulu sebelum baca entri ini hokeh.

Sekarang jom kita petik stoberi kat kebun. Sori lupa nama dia apa. Strawberry Farm ek. Ke hape ntah?

Sebelum pegi Cameron dengar-dengar orang cakap kalau petik stoberi tu harganya agak mahal berbanding beli kat pasar brinchang atau beli kat gerai tepi-tepi jalan tu. Tapi silalah masuk kebun stoberi tu petik sendiri kecuali belakang rumah korang dah ada kebun stoberi kan. Auwww. Suwet tau kalau belakang rumah ada kebun stoberi. 
'Mak nak g mana tu bawak bakul tu?'
'Nak pegi belakang rumah petik stoberi'
^_________________^

En.beliau sangat excited nampaknya. Lari laju-laju bawak bakul berisi gunting. Ingat nak kemana rupanya nak tanya abang jaga kebun tu line mana stoberi yang manis-manis. Weeeee.

Pastu melillau-lilau mata cari mak dan bapak stoberi. Isteri disebelah diabaikan. Fine.

 Nyummy. Bestnya kalau ada kebun stoberi belakang rumah hari-hari saya pergi petik. Bye.

Orang ambil gambar pun langsung tak pandang. Sampai hati awak stoberi. Dengki tau.

Dah dah la tu awak. Giliran saya la pulak.
^________________^

 Haha. Eh jap. Apa yang lawak sangat masa ni ha?

 Yeah!! Finally saya dapat bakul dan gunting. Tapi nak petik jer en.beliau cakap stoberi tu masam, kecil, tak manis. Ok. Fine.
 Nah ambik. Awak je la petik. Kita tengok nanti masam ke manis.
 Ni bau manis ni. En.beliau, konon-konon pandai la awak kan. Nak tau masam ke manis dengan bau jer. Tak payah balik Terengganu. Duk dalam kebun ni keje petik stoberi. Bye.

 Gambar dah tak ikut masa dan turutan yang betul sebab terlalu banyak gambar.

 Penyibuk. Asyik ada jer wallpaper hidup kat belakang.

 Ni agak-agak dah boleh petik ke awak?

 Hasil yang berjaya dituai. Jom kita balik.


 Macam-macam spesis makanan berasaskan stoberi ada. Ada biskut stoberi, jem stoberi, air stoberi macam-macam.
En.beliau sila kawal diri awak. Ini untuk budak-budak la bukan untuk awak.

Bersambung di entri Part 3


Monday, 2 April 2012

Trip to Cameron Highland : Part 1

Salam uolls.

Baru nak story bagai kan. Muahaha. Actually saya memang dah plan awal-awal semasa en.beliau masih menjadi bakal husband lagi kitorang nak pergi cameron. Tapi dua-dua memang buta jalan means tak penah jejak kaki ke sana. Tapi nekad jugak nak pergi bila kawan-kawan cakap senang je nak pergi sana. Then booking la hotel. Masa tu rasanya tiga minggu before kawin. Plan nak pergi seminggu lepas kawin. 

And then jumpa pulak Kak Ros (travel agent). Kebetulan beliau ada trip ke cameron 22hb-24hb Mac. Bila fikir-fikir balik en.beliau pun decide pergi dengan travel la. Next time dah tahu jalan baru pergi sendiri. Betul jugak. Tak payah fikir sesat, tak payah fikir penat. Then cancel booking hotel kitorang terus bank in duit RM170 perperson utk Kak Ros. Sebenarnya dulu saya pernah join Kak Ros trip to Mundok. Best sangat sebab Kak Ros ni sangat peramah orangnya.

Kitorang bertolak dalam jam 10pm. Sampai Cameron parking depan masjid tunggu subuh menjelang. Then lepas Subuh breakfast then menuju ke ladang teh. Tapi sebab pagi masih buta ladang teh pon tak bukak lagi. Sob. Bergambar kat luar saja. 

Pergi dengan travel akan ada saja sesiapa yang snap gambar. Tak perlu risau. Hehe.

Ni van yang bawak kami. Boleh memuatkan 15 penumpang. Tu pun nak bagitahu kan.


Then pergi Boh Tea Garden. Masih berkabus lagi waktu ni. 

Feeling Nora Elena boleh tak. Auwwww.


Inilah kalau dah bagi camera kat photographer amatur habisla disnapnya.

 
En.beliau teruja tengok bunga tu cantik boleh pulak dia paksa cik isteri posing bawah pokok bunga tu.
'Mana lagi cantik i ke bunga neh??'

Katanya Teacino ni belum ada kat pasaran. Yeke?


Macam-macam pilihan tea yang ada.


Budak-budak teruja beli buku color-color.

Budak-budak semangat gilew panjat bukit laju-laju. Risau tengok diorang berlari-lari panjat bukit. Tak penat ke dik oiii.

 Kak Ros dah kepenatan. Maaf Kak Ros kami tinggal dulu. Heee.

 Auwww. Macam ekspedisi panjat Gunung Kinabalu la pulak kan.

 Hai..boleh berkenalan. 

 Ladang teh ni sangat saiko hokeh. Nampak dari kejauhan cantik yang amat. Datang dekat adoi serabainya. Terus tak nampak macam ladang teh.


 Yup. En.beliau awak sungguh kejam kan. Suka ambil gambar saya from cat view. Supaya saya nampak gemok kan. Fine. ^_____________________^

Ok. Masa Untuk turun. Tapi tiada gambar sebab turun dengan laju.
Macam-macam bunga ada sana. Beribu-ribu lemon kot. Bestnya kalau boleh bawak balik semua tanam kat rumah.

Masuk dalam kilang teh boh untuk tengok cara-cara diorang buat teh.

Comelnesss


Auwww. Inilah model tea.



Bersambung Part 2
  



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...