Para Pengikut..

Klik Me =)

Monday, 2 April 2012

Trip to Cameron Highland : Part 1

Salam uolls.

Baru nak story bagai kan. Muahaha. Actually saya memang dah plan awal-awal semasa en.beliau masih menjadi bakal husband lagi kitorang nak pergi cameron. Tapi dua-dua memang buta jalan means tak penah jejak kaki ke sana. Tapi nekad jugak nak pergi bila kawan-kawan cakap senang je nak pergi sana. Then booking la hotel. Masa tu rasanya tiga minggu before kawin. Plan nak pergi seminggu lepas kawin. 

And then jumpa pulak Kak Ros (travel agent). Kebetulan beliau ada trip ke cameron 22hb-24hb Mac. Bila fikir-fikir balik en.beliau pun decide pergi dengan travel la. Next time dah tahu jalan baru pergi sendiri. Betul jugak. Tak payah fikir sesat, tak payah fikir penat. Then cancel booking hotel kitorang terus bank in duit RM170 perperson utk Kak Ros. Sebenarnya dulu saya pernah join Kak Ros trip to Mundok. Best sangat sebab Kak Ros ni sangat peramah orangnya.

Kitorang bertolak dalam jam 10pm. Sampai Cameron parking depan masjid tunggu subuh menjelang. Then lepas Subuh breakfast then menuju ke ladang teh. Tapi sebab pagi masih buta ladang teh pon tak bukak lagi. Sob. Bergambar kat luar saja. 

Pergi dengan travel akan ada saja sesiapa yang snap gambar. Tak perlu risau. Hehe.

Ni van yang bawak kami. Boleh memuatkan 15 penumpang. Tu pun nak bagitahu kan.


Then pergi Boh Tea Garden. Masih berkabus lagi waktu ni. 

Feeling Nora Elena boleh tak. Auwwww.


Inilah kalau dah bagi camera kat photographer amatur habisla disnapnya.

 
En.beliau teruja tengok bunga tu cantik boleh pulak dia paksa cik isteri posing bawah pokok bunga tu.
'Mana lagi cantik i ke bunga neh??'

Katanya Teacino ni belum ada kat pasaran. Yeke?


Macam-macam pilihan tea yang ada.


Budak-budak teruja beli buku color-color.

Budak-budak semangat gilew panjat bukit laju-laju. Risau tengok diorang berlari-lari panjat bukit. Tak penat ke dik oiii.

 Kak Ros dah kepenatan. Maaf Kak Ros kami tinggal dulu. Heee.

 Auwww. Macam ekspedisi panjat Gunung Kinabalu la pulak kan.

 Hai..boleh berkenalan. 

 Ladang teh ni sangat saiko hokeh. Nampak dari kejauhan cantik yang amat. Datang dekat adoi serabainya. Terus tak nampak macam ladang teh.


 Yup. En.beliau awak sungguh kejam kan. Suka ambil gambar saya from cat view. Supaya saya nampak gemok kan. Fine. ^_____________________^

Ok. Masa Untuk turun. Tapi tiada gambar sebab turun dengan laju.
Macam-macam bunga ada sana. Beribu-ribu lemon kot. Bestnya kalau boleh bawak balik semua tanam kat rumah.

Masuk dalam kilang teh boh untuk tengok cara-cara diorang buat teh.

Comelnesss


Auwww. Inilah model tea.



Bersambung Part 2
  



3 comments:

  1. bestnye pi cameron,dpt mkn strawberi coklet byk2..HOHO

    ReplyDelete
  2. lea : alala.kita pegi tak makan po stoberi coklat tu yang..adoi.

    ReplyDelete
  3. Anonymous4:14 pm

    I just like the helpful info you supply on your articles. I will bookmark your blog and take a look at once more here frequently.
    I'm relatively sure I'll learn lots of new stuff right here!
    Good luck for the following!

    my web site; Cheap Calls to Pakistan with Dial123.co.uk

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...