Para Pengikut..

Sunday, 29 April 2012

Tuhan uji kerana DIA tahu saya seorang yang sabar dan kuat.

Tajuk entri agak menyentuh hati. Ya.


Khamis
10.00 am

Bunyi ringtone "sampai matipun engkau tak kan kulepaskan. Akan ku jaga seumur hidupku. Beribu puisi yang ku untaikan untuk mu. Inginku selalu memiliki kamu...."

Bergegasla saya berlari. Tak lain tak bukan en.beliau yang call.

En. Beliau : Jom balik Dungun petang ni jom.

Taula en.beliau kan. Owez jer buat keputusan last minit.

Pn.Isteri : Ok. Tapi lunch hour nanti datang ambil. Kita balik rumah kemas baju-baju dulu. Balik kerja karang terus balik Dungun"


1.00 pm
Penat asyik duk toleh jam ditangan. Dua-tiga kali duk merenung jam. Bilalah en.beliau nak datang ambil. Akhirnya dia msj "Dah ada kat bawah"

Bergegas la turun takut tak sempat nak balik kemas baju lagi, makan dan solat.


2.00 pm
Masa ni dah odw balik ke opis. Atas Jambatan Sultan Mahmud. Kawasan sama yang saya tengok mayat atas jalan sebab excident dulu. Kawasan sama jugak yang sentiasa jer berlaku kemalangan. Ya.

En.Beliau bagi signal nak masuk susur kiri. Tengok side mirror ada lori kecil jauh dibelakang. Saya jeling side mirror kiri tengok lori jauh lagi. Sempat la nak masuk. En.beliau masuk line kiri.


Tiba-tiba 'GEDEGANGGGGG!!!!!'


Kereta bergegar. Saya toleh kiri tengok lori tadi dah himpit kereta. Menjerit sambil peluk en.beliau.

Badan berpeluh.
Kaki menggeletar.
Lidah terkunci diam.
Saya dah tak mampu cakap apa-apa.

Hanya mengucap syukur kami masih selamat.
Alhamdulillah.
Terima kasih Tuhan selamatkan saya dan suami.

Memang sedih tengok boyriend ke2 saya. Rasa hancur luluh hati saya. Dialah tempat bergantung untuk kemana-mana. Tapi nak buat macam mana. Semua yang berlaku pasti ada hikmah disebaliknya. Dah settle semua report polis kami teruskan jugak balik Dungun sebab nak hantar bengkel kat sana. Kereta en.beliau pun tak ok sangat sebab excident hari tu. Tapi gagahkan jugak untuk hantar saya balik. Terima kasih kamu.

Kereta. Kamu cepat-cepat sembuh ya. Saya perlukan kamu. SANGAT.

4 comments:

  1. hati2 lah pasni k.. :)

    baca doa dulu sebelum bawak kete ckp camtu kat en beliau.. kbai.

    :p

    ReplyDelete
  2. HH : Okay dear.dun wory.

    ReplyDelete
  3. aiyoo akak cantik..
    pasni hati-hati k.
    smua tu dugaan:)

    ReplyDelete
  4. Asma : Tula cayang. Maceh yang =)

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...