Para Pengikut..

Friday, 13 September 2013

Malang nasib mihun goreng.

Salam uollss..


Bersiaran dari opis. Bizi-bizi pon boleh update entri kejap. Heheh. Hari ni Jumaat. Sepatutnya saya bersenang lenang dirumah. Eh, takde maknanya hari Jumaat nak bersenang lenang kan. Macam-macam kerja dirumah harus dibereskan. Tapi memandangkan tanggungjawab terhadap keroje belum diselesaikan sepenuhnya marilah kita bersenang lenang di opis. Hahaha.

Eh, pagi tadi konon tak sempat breakfast nak masak bawak bekal brunch di opis. Pastu gigihlah nak goreng mihun. Dah potong bawang potong sayur semua tumis bawang tiba-tiba terpikir.."Ni mihun aku ni bukan ke kena buh cili boh aka lada giling". Pelupa tahap gaban oii. Lada pon belum rendam air panas, belum tumbuk (umah kitew kan takde blender). Huwaaa...terus derhaka pada resepi mihun goreng.

Inilah dia menu bihun rekaan sendiri on de spot. Sapa mintak resepi gua tampar laju-laju. Haha. Motif nak tampar orang dari dalam lappy boleh kew??



Pastu kang saya bagitahu saya ni kureng la kesukaan terhadap mihun ni. Kalau mihun tu sedap makan jer. Haha. Macam nak bagitahu kat semua orang je yang mihun saya sedap kan. Haha Gelakkan diri sendiri plisss. Jadi marilah kita add on makanan kesukaan yang lain kan. Barulah boleh makan mihun tu sampai licin nanti. Sosej idaman hati.

Okey. Sampai opis buat keje. Tengahhari kot baru sentuh mihun rekaan sendiri on de spot ni. 

Kenyang perut suka hati.
Alhamdulillah.
=)


Wednesday, 11 September 2013

Lesung batu.

Salam uoolllss..
Eh pliss la. Lesung batu pon nak glamor jugak dalam blog saya. Haha. Suka hati ni. Tumbuk bawang sambil senyum-senyum boley? Thehehe.


Lesung batu salah satu list yang paling atas jugak masa beli barang dapur sebelum duk rumah sewa dulu. En.beliau la duk tanya sokmo nak beli kat mana. Sampai la jumpa lesung ni kecil molek je saiznya terus dia jatuh hati. Beli kecik je katanya senang. Kita pon berdua jer. Sangat berjasa lesung tu. Sebab rumah kami ni takde blender so nak tumbuk apa saja guna lesung tu je la. Tapi sebab kecik tiap kali tumbuk bawang mesti tercampak keluar. Sadis sangat.


Pastu suatu hari tu macam mana ntah alu lesung tu tergolek terhempas jatuh ke lantai. Terus patah terbahagi tiga. Aihhh. Biasalah. Masa mak mertua call terus mengadu lesung kiteww patah. Skit-skit nak ngadu kat mak mertua kan. #Mintaksimpatilatu.

Masa balik rumah ma, beliau gantikan alu lesung. Sebab rumah ma ada lebih yang tak guna.
Tu gambar dari instagram. Sebab tu siap ada sebelah menyebelah gitu. Hehe. Kecik cinonet je alu yang ma bagi.  Ma suruh guna dulu nanti dia nak beli yang lain yang besar sikit. Heee.
So raya hari tu masa balik kampung ma pegi beli. Kat Rantau Panjang kot eh. Tak ingat nak tanya. Suka sangat lesung ni. Sebab luas dan dalam. Nak tumbuk dah takdelah sampai tercampak keluar kan. Nak tumbuk banyak-banyak pon takde masalah. Mekasih ma =)



Asal balik rumah ma macam-macam la ma kirim. Mekasih sangat ma. Semoga Allah murahkan rezeki ma sentiasa. Aminnnn.


Tuesday, 10 September 2013

Majlis pertunangan adik ipar.

Salam uollss.
Weekend yang lalu saya balik rumah mertua sebabnya adik ipar nak bertunang. Bertunang dengan jiran sekampung neneknya. Kawan masa kecik duk main kejar sama-sama. Hakhak. Pandai-pandai je. Eh, tapi diorang memang dah lama kenal la. Abang-abang dia pon semua kawan adik ipar dan kawan en.beliau. Ok. Now nak cerita sebelum hari kejadian la baru best ikut kronologi kan. Hehe.

Hari Khamis saya da ambik cuti. Sebab saya kena tolong gubah hantaran especeli sireh tuh. So, plan malam Rabu nak gerak balik. Balik ngan kereta en.beliau. Baru setengah jam perjalanan tiba-tiba kereta rosak. Aduyaiii. Lampu makin lama makin malap. Jadi kami patah balik. En.beliau bawak pegi rumah kawan dia. Diorang duk baiki kereta sampai setengah jam tak ok jugak. N maybe masalah bateri. Balik rumah saya pulak sambung baiki kat rumah. Saya siap ambik laptop dalam kereta masuk rumah bukak fb n blog. Ingatkan tak jadi dah nak balik. Huwaaaaa. Kemudian en.beliau col suruh turun. Masa tu dalam kul 12.45am. Turun je transfer barang-barang dari kereta en.beliau redah balik ngan kereta saya akhirnya.

Sampai rumah mak mertua dalam kul 2.30am. Penatnya. Sampai je sembang mak mertua. en.beliau pulak nak makan durian. Tunggu dia pulak. Rasanya kul 3.00am kot baru tido.

Khamis.
Hari ni sibuk menyiapkan kuih. Sebab plannya hari Jumaat tu semua akan berkumpul kat rumah tok en.beliau. So, jalan kaki je dari rumah tok ke rumah yang nak dituju. Jadi sementara berkumpul kat rumah tok tu hidangkan dulu kuih-muih la. Nanti kat majlis tu baru makan nasi.

So, adik ipar gigih kukus apam dewa. Senang je rupanya. En.beliau pun suka je makan. Ok. Pasni saya akan try buat kat rumah. Heeeee.
Sebenarnya acuan asal adalah untuk kuih yang ada kelapa tu. Ape ntah nama dia. Tapi tak kisah la. Janji sedap dimakan. Hee. Pastu orang asyik duk tanya mana kelapa? Tak letak kelapa ke?Kelapa takde, kepala ada nak? Haha. Motif nak emo.


Banyak jugak buat kuih ni dalam 200biji kot. Petang pulak lepas Asar gubah hantaran pulak. Hantaran lima berbalas tujuh. Hantaran dari pihak lelaki untuk perempuan : Sireh, Cincin, Tuala, Sejadah, Kain (untuk baju kawin) dan buah-buahan. So dah jadik enam kan. Jadi kita akan combine siren bersama-sama cincin. Sepupu en.beliau pun ada datang. So kami duk godek-godek la sama-sama dengan adik ipar sekali. Mak mertua pon join sekali. Penuh bilik duk mengadap menda alah hantaran neh.

-Sejadah-

-Kain untuk baju kawen nanti-

-Tuala-

Buah dan sireh kitorang gubah pagi Jumaat tu.

-Buah-buahan-

-Sireh + Cincin-

Dalam jam 2.30petang tu gerak ke rumah tok. Kumpul sana ramai-ramai. Saya naik kereta pasal nak bawak hantaran kan. Yang jalan kaki sampai dulu. Fine!





Kak Long haruslah diva. Takdenya nak bawak hantaran ni kan. Haha. Padahal rebut nak bawak jugak tapi sebab hantaran sikit tak sempat nak rebut. Tunggu kawin nanti sila bagi hantaran banyak sikit. Muahaha.

-Hantaran dari pihak perempuan untuk pihak laki-

 -Mini pelamin tu tunang adik ipar (Emma) deco sendiri. Dia keje kat kedai jahit. Nanti nak try jugak upah dia jahit baju. Heee. Boleh mintak diskaun kat bakal biras. Heeee. Yang bestnya owner kedai jahit dia tu ada butik pengantin jugak. So senang la dia nak sewa pape.



-Yang kelakarnya masa ayah-ayah nak diskas ni masing-masing kelu lidah tak tau nak start macam mana. Haha. Masing-masing duk senyum-sengih-senyum-sengih je kan-






-Mak mertua dari pagi tadi lagi kata perut tak sedap la, macam-macam rasa la,mual la. Nebesnya ma. Hikhik. Pastu dia cerita la masa pegang tangan Emma tangan Emma menggeletar. Hehe. Pastu suruh Emma rileks dulu barulah dia sarung cincin-

Kikiki. Dan-dan tanya ma masa kitorang tunang dulu ma debar x???Hehe. Debar jugak ma cakap =)
Saya punya debaran masa tunang tu lagi kuat berbanding masa akad nikah tau.

Tahniah Emma & Achik. Tahniah ma bakal dapat menantu. Tahniah kat diri sendiri jugak bakal dapat biras perempuan =)










Alhamdulillah dah selesai. Lepas makan kenyang balik rumah tok semula. Lepak-lepak kejap kemas-basuh pinggan cawan semua. En.beliau pulak ajak pegi lepak kat pantai. Yeahuuu.

Pantai ni amat sinonim dengan ABC. Suka sangat kalau lepak-lepak pantai sambil menghirup ABC. Orang lain semua minum air panas sebab masa ni tengah hujan. Aiolls bantai ABC. Ni en.beliau la yang mempengaruhi saya neh. Tapi licin la ABC aiollss.




Okey. Pastu baru balik. Penat sangat rasa. Malam tu nak balik rumah daa.



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...