Para Pengikut..

Saturday, 12 October 2013

Idea for Kitchen Cabinet.

Salam uollss..

Hari ni Sabtu. Lepak-lepak kat rumah je. Sambil lipat baju, sambil tengok tv sambil bw. Multitask sangat. Hahaha. Plan petang ni nak balik rumah mak. Rindunya kat mak. Rindu jugak Dora. Sape Dora? Sila godek-godek entri sebelum ni okeyyy.

Pastu kalau duk sesorang bosan-bosan saya suka jalan-jalan carik idea pape. Pastu ternampak la kitchen cabinet yang omel-omel-omel sangat. Terus la ushar ushar sampai puas hati kan. Motif carik idea kitchen cabinet. Duk umah sewa je kot plus rumah sendiri entah bina nak terbina kan. Huhu. Semoga Allah murahkan rezeki kita semua. Aminnn.

Rupa-rupanya macam-macam style kc yang ada kan. Saya cuma tau yang modern, yang english style yang klasik je kan. Rupa-rupanya macam-macam style yang ada. Hehe. Tapi aiolls malas nak buat review semua menda boleh? Sebab berkenan yang bawah ni jer. Thehehe.

Ni saya terjah laman web ni tau http://www.kitchen-design-ideas.org

Kontemporari & Moden
Saya tengok style dua-dua ni lebih kurang je kan. Biasanya design ni untuk rumah dengan ruang yang terhad dan permukaan yang rata. Simple je kan. Tapi smart sangat. Material yang biasa digunakan seperti metal, plastik, kaca. Berkilat-kilat la dapur uollss sentiasa kan.


Yang moden ni maybe dari aspek material tu berbeza dengan kontemporari kan. Sebab modern style ni ada juga material kayu dan batu-batuan. 


Hehe. Okey. Suka tau kc yang modern or contemporary style neh. 

Okey. Sebab saya kan pencinta hijau, jadi konon-konon kita berangan nak kitchen cabinet kaler hijau. Boley??




 Sumber google

Warna hijau kan warna utama dalam alam semula jadi, so penggunaan warna ni akan menjadikan sesebuah ruangan tu rasa lapang, tinggi dan dalam. Maknanya ruang yang kecik akan nampak lagi luas la kan. Dan semestinya semua orang tahu warna hijau ni kan melambangkan ketenangan. Jadi kalau duk kat dapur tu takde la stress sangat. Muahaha.
Okey. Tu je sesi jalan-jalan carik idea di alam maya. Byeee. 

#Hajat di hati nak jalan-jalan lagi tapi nampaknye kena sambung malam ni la pulokk. Nak bersiap balik rumah. Daaaa.

Barang basah.

Salam uollss.

Selamat pagi Sabtu. Thehehe. Tiba-tiba thehehe apesal? Hari ni nak sembang pasal barang basah. Plis la. Nampak sangat takde story kan. #sukahatikitaladengkiapesal. Masa mula-mula duk rumah sewa kitorang ni memang kaki makan , jadi otomatiknya saya jadi kaki masak. Setiap malam kot makan nasi. Konpemla barang basah tu banyak kena beli. Awal bulan dah beli pastu dua minggu kemudian pegi pasaraya lagi. Agaknya salesgirl kat pasaraya tu pon dah cam muka kitorang. Thehe. Pastu kitorang kan selalu pegi dua pasaraya berasingan. Mula-mula pegi pasaraya A beli itu ini kemudian pegi pasaraya B pulak untuk beli barang basah.

Sekarang en.beliau dah kurang makan malam. Sebab selalu makan balik keja lewat petang, so malam tak makan da, kadang-kadang pegi makan roti canai. Seboleh-bolehnya dia nak elak makan nasi malam-malam. Aiolss? Haha. Nasi dan saya kan tak boleh dipisahkan. Kalau siang hari tak makan nasi terus dalam kereta balik keje dah plan nak masak lauk apa malamnya. Saiko je perut ni. Padahal boleh je makan buah kalau nak diet kan.

Jadi secara kesimpulannya sekarang jarang sangat beli barang basah. Kang beli banyak-banyak last-last ikan dah tak rasa ikan kan. Jadi mak mertua ajar saya kalau nak bagi ikan tu tahan lama jangan siang lagi ikan. tu. Kang nak masak baru siang. Kalau siang awal-awal kang seminggu dah tak rasa isi ikan. Jadi sekarang kalau ikan disimpan sampai dua minggu pon masih tetap terasa ikannya. Kalau kat rumah mak tak pernah pulak buat macam tu, biasanya beli je ikan terus siang sampai habis. Maybe kat rumah mak hari-hari makan ikan, jadi senang tak kan hari-hari nak siang. Bagus jugak ada banyak mak ni macam-macam ilmu dapat. Heeee.

Saya takde nak beli barang basah banyak-banyak pon. Yang selalu beli ikan selayang, kerisi dan ikan tongkol je. Beli sekilo cukuplah. Pastu beli ayam seekor. Kadang-kadang beli sotong ngan udang. Sebab tu la lauk saya asyik sama je kan. Kikikiki.


Ayam pulak saya akan potong kecik-kecik letak dalam bekas asing. Biasanya nak buat ayam goreng kunyit ke, buat sup atau tom yam ke. Senang sikit. Cepat sikit kadar pencairan. Pencairan???

Ayam dan ikan atau sotong ke udang saya jarang rendam dengan air untuk cairkan ais kan. Sebab nanti lama-lama rasa jadik tawar. Ye lah aiolls kadang-kadang tiga minggu tak habis lagi ayam yang seekor tu tau. Biasanya kalau en.beliau balik keje awal dan nak makan pape malam tu dia akan keluarkan dulu. So sempatlah saya balik kerja. Biasanya lepas maghrib baru masak.  Sebab tu la asyik makan lewat je kannnn..



What you expecting??



Haha...kebanyakan surirumah tahu la neh. Nasib baik la en.beliau tak terpedaya tengok bekas eskrem, bersusah payah bukak rupanya isi menda lain. Tak pasal-pasal ada yang kena baling dek bekas eskerem berisi ayam. Metafora sangat. Haha.

Eh, hari tu kan ada kat fb kt ig diorang duk post pasal gambar bekas eskrem berisi ayam ni kan. Sentap aiolss tahu dakkkk. Dah la amik contoh bekas eskerem kaler kuning jugakkkk. 

Terus macam "Eh, ingat kita je macam ni kan". Sape lagi angkat tangan. Thehehe.


 Hehe. Okey. Barang basah yang teringin sangat nak beli tapi takde jodoh lagi dengan dia ialah kerang. Bestnya kerang rebus. Tiap kali nak terjah mesti dah habis tau. Kecik hati. Pasni nak pegi pasar tani lepas subuh la baru tahu kan.

K.Bye!!


Thursday, 10 October 2013

Tiga minggu sudah.



Salam uollss.

 Bizi bebenor kan. Seminggu tak update. Hari tu Mama Rifqi  tegur saya cakap suruh update belog. Padahal masa tu baru tiga hari kot tak update kan. Nampak sangat Mama Rifqi peminat setia aiolls.haha.#bajetdivapunboleh

Diam tak diam dah tiga minggu rupanya saya tak makan ayam. Hari tu sebab tiap-tiap hari makan ayam sampai muak mual dah. Pastu terus stop beli ayam. En.beliau pun sekarang jarang makan malam dah. Saya pun jadi malas nak masak makan sorang-sorang.

Pastu timbang tengok berat turun 500g. Bersorak riang la kan.haha.Turun sikit pun bersorak. Pastu sepanjang tiga minggu saya asyik makan ikan je. huhu. Kadang-kadang buat nasi goreng. Tapi tetap tak boleh ubah gaya hidup makan lewat malam. wuhuhu. Tiap kali saya nak diet dengan hanya makan nestum mesti en.beliau rekues suruh masak kan. Jadi mana boleh saya terliur dengan masakan sendiri kan. Terpaksa la tangguh mood nak berdiet. Hehehe.Sengaja mencari alasan kannnn.
















Banyak lagi kot tapi lapar sangat tak tersnap gambar. Thehehe.
Tiga hari lepas baru beli ayam setelah tiga minggu tak beli. Tu pun sampai hari ni tak masak apa-apa berasaskan ayam. Heee. Ayam jangan merajuk dengan ai sudah.
 
Eh, en.beliau ni kadang-kadang dia tak sporting jugak bab-bab ambik gambar makanan ni. Pastu dia pernah la cakap kan.
 " Ikan goreng tu pun nak ambik gambo"
"Eh, sukati la ai kan blogger". Muahaha. Apa kaitan blogger ngan ikan goreng???
Pastu satu hari tu agaknya sebab jiwa ini sentap kot jadi lepas hidang makanan terus saya duk bersila nak makan. Dia pelik la kot sebab pe tak snap gambar dulu.
 "Aik,tak nak ambik gambar dulu ke awak?"
"Tak" Saya jawab pendek sambil mengunyah nasi laju-laju. Tu menyesal la tu. Sapa suh tegur kan. Kikiki.
Padahal saya dah ambik gambo kat dapur tadi awal-awal.

Okey. Tu je nak story. Bye!

 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...