Para Pengikut..

Wednesday, 12 February 2014

Segmen 12 Jam Bloglist #7 Mialiana.com


Pencarian bloglist bagi bulan Mac dan April 2014 di Mialiana.com bermula pada hari ini, 12 Februari 2014, iaitu tepat jam 11.00 pagi sehingga 11.00 malam nanti. Semua dijemput join.

Syarat-syaratnya :
  1. Follow blog Mialiana.com, Add To Circle Google+ Mia Liana dan Like Fanpage Mialiana.com
  2. Buat entri bertajuk Segmen 12 Jam Bloglist #7 Mialiana.com
  3. Copy coding yang telah disediakan dan paste kan ke dalam ruangan HTML dan Publish entri.
  4. Tinggalkan URL entri anda ke dalam ruangan komen INI
Senang dan mudah bukan?

12 blog yang bertuah akan dipilih oleh random.org dan kepada yang terpilih nanti diminta agar memasukkan blog Mialiana.com ke dalam bloglist mereka juga. Keputusan pemenang akan diumumkan pada 28 Februari 2014.

tunggu apa lagi... jom support Mia Liana ya...

Monday, 10 February 2014

Warna peach untuk tema perkahwinan (Peach color for wedding theme).

Salam uollss..

Macam nak kawen sekali lagi jer bila gugel pasal kawin-kawin neh. Ehemm. Dengan orang yang sama okeyyy. Hehehe. Jom kita gugel pasal tema kaler peach. Sesapa yang pilih kaler peach untuk tema korang memang dah tak salah pilih dah. Memang cantik sangat kaler peach ni tau. Lembut lemah gemalai jer. Heeee.

Suka tengok kombinasi kaler neh. Ada kuning, jingga, peach, soft pink, cream..Semua soft belaka.

Kalau tak gugel tak tahu kan. Rupanya banyak jenis jugak kaler peace neh. Nama macam-macam pulak tuh. Nah, sekarang decide nak kaler apa sebenarnya. Heee..


Sumber :


Peach-Pink

Peace-Gold
Peace-Mint-Pink

Pink-White-Silver

Tapi tak semestinya nak kombinasikan dengan kaler senada kan. Boleh jugak color blocking skit. 
Peace-Blue

Peach-Lavendar
 
Peach-brown-black
Sumber :

Peace-Aqua-Ivory


So, dah dapat idea nak combine warna apa??

Resepi : Rojak Betik Simple.

Salam uollss..

Jumaat lepas balik rumah mak. 

 Ya Allah hai lamanya tak makan rojak betik. Saya ni suka jugak makan buah betik. Tapi tang kupas kulit tu malasnya haih. Biasa balik rumah mak ada jer betik dalam peti ais. Kiki. Kalau ada yang dah siap kupas kita suka la makan. Hahaha. Dasar pemalas.

Terus suarakan niat nak makan rojak betik kat mak. Mak kan. Seperti biasa, apa jer yang anak nak makan mesti berusaha adakan. Mekasih mak. Tapi tetap aiolls yang kena buat kan. Kikiki. Selama ni asyik makan yang mak buat, kali ni kena buat sendiri, mak bagitau resepi jer.
Betik tu kena pilih yang belum masak. Bukan yang putik tapi isinya masih keras lah. Isi tak kuning lagi.

Senang je...

Bahan-bahan :
Betik (sebiji saiz sederhana)
Gula melaka/nisan (sekeping)
Ikan rebus(dua ekor)
Cuka (secukup rasa)
Garam (secukup rasa)
Air masak (secukupnya)

Okey, mula-mula parut/sagat isi betik tu guna alat sagat.
Untuk sebiji betik sederhana saiz ni rebus dua ekor ikan. Saya guna ikan selayang sebab manis kan.
Kemudian isi ikan tadi tumbuk dengan gula melaka.
Masukkan dalam bekas gaul sebati, masukkan cuka sedikit demi sedikit atas rasa la. Kalau korang suka masam masuk banyak skit. 
Masukkan garam secukup rasa.
Kemudian masukkan air. Make sure air dah masak. Sebab kuah rojak ni kita tak payah masak dah.
Kalau suka pekat, kurangkan air. Kalau tak nak pekat sangat lebihkan air.
 Okeyyyy..dah siap...


Nyum-nyum. Suka sebab ada rasa masam manis gitu. Ni kuah rojak style kampung saya lah. Kampung korang macam pulak yer??
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...