Para Pengikut..

Thursday, 17 July 2014

Saya Nak Duit Raya RM300 Daripada Nile.Com.My

 Salam uollss..

Jom join giveaway Nile.com.my. Saya ni selalu duk bukak laman web ni tau. Duk ushar je dress lelawwa kat situ. Tambahan pulak ramai blogger duk review barang yang memasing shopping. Takpe-takpe, nanti diriku akan ikut jejak langkah jugak. Theheeee..

 http://www.nile.com.my/index.php 


"Kalau bertuah dapat duit raya dari Nile.com.my ni boleh la saya tambah koleksi baju raya. Beli baju raya banyak-banyak tak membazir pon, nanti kita boleh pakai pegi opis pulak. Baju pun banyak dah tak muat kena cari saiz baru ni. Hahhaa. Tak nak bersesak-sesak kat kedai kita bukak Nile.com.my je la. Banyak jugak koleksi baju cecantik. Boleh mix and match lagi. Kalau ada yang tegur "eh, cantiknya baju raya awak beli kat butik mana??" terus kita suakan url  http://www.nile.com.my/page.php?cd=76 kat beliau. Hikhik."


Korang jom la join  Giveaway ni tau.  Follow je step-step bawah :

1. Tajuk entri : Saya Nak Duit Raya RM300 Daripada Nile.com.my.

2. Letak banner diatas dalam entri korang. Linkkan ke http://www.nile.com.my/page.php?cd=76.

3. Cerita sekiranya korang dapat RM300, apa korang nak buat untuk hari raya.

4. Emailkan ke give_away@nile.com.my korang punya detail dengan tajuk :
Raya GiveAway (Nama Penuh Korang)
a. Link Blog :
b. Nama Penuh :
c. h/p Number :

Korang boleh check result nya nanti di SINI. Tarikh akhir contest pada 21/07/2014,11.59pm. Pemenang akan diundi menggunakan random.org.


Monday, 14 July 2014

Nuffnang Julai 2014

Salam uollss..

Lama tak tempek hasil Nuffnang. Ni dah masuk bulan Julai dah. Setakat ni ada 4 iklan bertempek kat belog. Satu dah credited dah pon. Eh, yang Jun tu seketul masih on going. Takpe. Teruskan on going sampai akhir tahun pon takpe. Ahkak sukerr jer. Saya pon tak paham sangat konsep Nuffnang ni. Kadang-kadang sampai 3-4 bulan jugak dia tak credited. Sedangkan untuk bulan tersebut ada je yang dah credited. Apa-apa je lah. Yang penting teruskan on going. Thehehe.


Saya ni bukan pemblog yang tegar pon. Kadang-kadang takde cerita senyap je la belog, kadang-kadang takde masa sunyi je belog. Becoz saya mula-mula berbelog untuk catatkan diari kehidupan saya. Kalau lupa sesuatu perkara mesti bukak belog, carik kat label..nah ini tarikhnya. Atau kalau bosan-bosan bukak belog sendirik baca balik kenangan-kenangan lama. Eceewahhh. 

Terima kasih Nuffnang, even entri saya ntah apa-apa je kan tapi still ada iklan running. Even banyak-banyak citer dalam ni duk meroyan pasal kehidupan saya yang serba sederhana ini tetap ada je duit masyukkk. Masyukk la bagi saya pemblog sekadar di pinggiran ni. Hehehehe.

Saya suka menulis sejak sekolah rendah lagi. Start kena duk buat karangan lagi kot. Masa taip tu ada je ayat nak mengayat. Kahkah. Eh, masa zaman remaja-remaja ada jugak diari, tapi dah besar dah kahwin ni dah takde apa nak dirahsiakan dengan soulmate kita. So, diari kita awaklah wahai belog.

Eh, buktinya disini satu lagi. Niatnya nak tempek iklan Nuffnang je pon. Eh, dah berapa perenggan dah ni. Agak-agak cukup tak lagi 300 patah perkataan untuk esei saya ni cikgu??? Thehehe...

P/S : Hari ni last episode citer #KTAR. Dah kenapa nak hashtag jugak kat sini kannn. 


Sunday, 13 July 2014

Diari Ramadhan saya.

Salam uolls..

Akhir-akhir ni semangat bangun sahur mula luntur. Malas sangat nak bangun masak. Adoi. Virus apa melanda diriku ini. Tapi kan dalam sahur tu ada keberkatan. Gagahkan dan rajinkan diri jugak untuk bangun. Setakat 15 hari di bulan Ramadhan ni baru sehari saya betul-betul tido mati sampai tak dengar langsung bunyi alarm 10 minit sekali bermula jam 4.00 pg sampai 5.30 pg tu. Terjaga jam 5.30 pg terus bangun bersila. Tiba-tiba bunyi azan. Sempat niat jer. Sobsob. Selebihnya terlewat bangun sebab malas. Adui. Tapi rajinkan diri jugak. 

Kat Ganu kalau berbuka ada bunyi geduk. Kuat jugak. Kat umah saya memang clear dengar. Jadi dengar bunyi geduk terus buka puasa. Macam sahur jugak. Geduk akan bunyi 3 kali. Dan saya ni jenis sahur lewat. Jam 5.15 pg ke atas baru nak makan. Bunyi geduk pertama masih makan macam biasa. Dengar geduk kedua terus laju-laju makan. Kalau geduk ketiga sempat la makan kurma sebijik ngan air segelas. Hehe. Alhamdulilah. Best sahur diakhir waktu. Lepas makan duk basuh pinggan, kemas-kemas dapur dengar bunyi azan subuh. Terus leh solat subuh. Takde la tido balik lepas sahur kan. 

Alkisahnya start saya tak terjaga sahur hari tu terus en.beliau call tetiap pagi nak kejutkan saya. Mekasih awok. Haha. Kemudian pagi Jumaat ritu dia tak call. Eh, pelik pulak. Ingatkan dia yang tak terbangun pulak kan. Terus saya call dia. Lor, terlupa nak call isteri. Ok. Fine. #nasibPJJ. Sembang-punya-sembang tiba-tiba en.beliau cakap "nak balik ni". Eh, yeke?? Tapi langsung tak caya la. Dia suka bergurau. So, kita pon gurau jugaklah, "takpelah kita jumpa dalam mimpi nanti. Hehe." Kemudian kita pon melakukan aktiviti harian macam biasa la. Tup-tup dengar bunyi enjin kereta. Eh???? mula-mula ingatkan jiran sebelah, so buat tak tahu je. Tiba-tiba ada orang ketuk pintu...yeayyyyyy!!!!Hahaha. Mati-mati ingat bergurau tadi. Serius rupanya. Tula selalu sangat gurau kan. Kan isteri dah tak pecaya. Hehe.

Rasa lengkap skit Ramadhan kalau bersahur dan berbuka dengan suami. Eceewahhh. Jangan ada yang sengaja muntah. Tak pasal-pasal batal poser kang. Hahah.

Jumaat : Hari Jumaat asben teringin nak makan nasi arab. Bersorak riang dalam hati sebab tak payah masak. Hahaha. Dan bersorak riang dalam hati sebab kita suka keluar jalan-jalan. Pegi bazar pon orait lah. Tapi pusing-pusing cari nasi arab tak jumpa, beli nasi beriani jer. Nasib baik sedap.

Sabtu : Sahur makan nasi air. Malam tu saya masak sup ayam siap-siap ngan blender lada. Esok pagi masak nasi air ngan goreng bilis jer. Alhamdulillah kenyang. Petang berbuka rumah mak. 

Pagi Ahad iaitu pagi tadi malasnya nak bangun. Nak goreng nasi jer plannya. Tengok jam hp 4.40 am baru bangun. Keluar bilik tengok jam dinding baru 4.30 am. Eh, jam hp ni salah set kot. So, slow and steady je la masuk dapur tanak nasi, tumbuk bawang, siang sayur...tengok jam baru kul 5.00 am. Awal lagi ni. Nasik goreng nak masak dah, buat air tea o panas pulak. Tiba-tiba DUMMMMMM!!! bunyi geduk yang pertama. Huwaaaaaaa.. I hate u jam dinding kenapa masa bulan ramadhan waktu sahur ni la bateri kau weak!!! Cecepat angkut nasi air semua masuk ruang tamu. Makan dengan laju-laju sekali. Nasib baik lah sempat. Huhuhu.

Alkisahnya bateri jam tak beli lagi. Jadi balik nanti kena turunkan jam tu. Kang tak tak pasal-pasal sahur esok daku tertipu lagi.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...