Para Pengikut..

Sunday, 13 July 2014

Diari Ramadhan saya.

Salam uolls..

Akhir-akhir ni semangat bangun sahur mula luntur. Malas sangat nak bangun masak. Adoi. Virus apa melanda diriku ini. Tapi kan dalam sahur tu ada keberkatan. Gagahkan dan rajinkan diri jugak untuk bangun. Setakat 15 hari di bulan Ramadhan ni baru sehari saya betul-betul tido mati sampai tak dengar langsung bunyi alarm 10 minit sekali bermula jam 4.00 pg sampai 5.30 pg tu. Terjaga jam 5.30 pg terus bangun bersila. Tiba-tiba bunyi azan. Sempat niat jer. Sobsob. Selebihnya terlewat bangun sebab malas. Adui. Tapi rajinkan diri jugak. 

Kat Ganu kalau berbuka ada bunyi geduk. Kuat jugak. Kat umah saya memang clear dengar. Jadi dengar bunyi geduk terus buka puasa. Macam sahur jugak. Geduk akan bunyi 3 kali. Dan saya ni jenis sahur lewat. Jam 5.15 pg ke atas baru nak makan. Bunyi geduk pertama masih makan macam biasa. Dengar geduk kedua terus laju-laju makan. Kalau geduk ketiga sempat la makan kurma sebijik ngan air segelas. Hehe. Alhamdulilah. Best sahur diakhir waktu. Lepas makan duk basuh pinggan, kemas-kemas dapur dengar bunyi azan subuh. Terus leh solat subuh. Takde la tido balik lepas sahur kan. 

Alkisahnya start saya tak terjaga sahur hari tu terus en.beliau call tetiap pagi nak kejutkan saya. Mekasih awok. Haha. Kemudian pagi Jumaat ritu dia tak call. Eh, pelik pulak. Ingatkan dia yang tak terbangun pulak kan. Terus saya call dia. Lor, terlupa nak call isteri. Ok. Fine. #nasibPJJ. Sembang-punya-sembang tiba-tiba en.beliau cakap "nak balik ni". Eh, yeke?? Tapi langsung tak caya la. Dia suka bergurau. So, kita pon gurau jugaklah, "takpelah kita jumpa dalam mimpi nanti. Hehe." Kemudian kita pon melakukan aktiviti harian macam biasa la. Tup-tup dengar bunyi enjin kereta. Eh???? mula-mula ingatkan jiran sebelah, so buat tak tahu je. Tiba-tiba ada orang ketuk pintu...yeayyyyyy!!!!Hahaha. Mati-mati ingat bergurau tadi. Serius rupanya. Tula selalu sangat gurau kan. Kan isteri dah tak pecaya. Hehe.

Rasa lengkap skit Ramadhan kalau bersahur dan berbuka dengan suami. Eceewahhh. Jangan ada yang sengaja muntah. Tak pasal-pasal batal poser kang. Hahah.

Jumaat : Hari Jumaat asben teringin nak makan nasi arab. Bersorak riang dalam hati sebab tak payah masak. Hahaha. Dan bersorak riang dalam hati sebab kita suka keluar jalan-jalan. Pegi bazar pon orait lah. Tapi pusing-pusing cari nasi arab tak jumpa, beli nasi beriani jer. Nasib baik sedap.

Sabtu : Sahur makan nasi air. Malam tu saya masak sup ayam siap-siap ngan blender lada. Esok pagi masak nasi air ngan goreng bilis jer. Alhamdulillah kenyang. Petang berbuka rumah mak. 

Pagi Ahad iaitu pagi tadi malasnya nak bangun. Nak goreng nasi jer plannya. Tengok jam hp 4.40 am baru bangun. Keluar bilik tengok jam dinding baru 4.30 am. Eh, jam hp ni salah set kot. So, slow and steady je la masuk dapur tanak nasi, tumbuk bawang, siang sayur...tengok jam baru kul 5.00 am. Awal lagi ni. Nasik goreng nak masak dah, buat air tea o panas pulak. Tiba-tiba DUMMMMMM!!! bunyi geduk yang pertama. Huwaaaaaaa.. I hate u jam dinding kenapa masa bulan ramadhan waktu sahur ni la bateri kau weak!!! Cecepat angkut nasi air semua masuk ruang tamu. Makan dengan laju-laju sekali. Nasib baik lah sempat. Huhuhu.

Alkisahnya bateri jam tak beli lagi. Jadi balik nanti kena turunkan jam tu. Kang tak tak pasal-pasal sahur esok daku tertipu lagi.


2 comments:

  1. Adudu..same la kite. Jahat betul jam ni kan. Time Ramadhan la tetibe bateri abis la. Hehe.

    ReplyDelete
  2. Ana : Hahah. nasib badan la dik..pasrah je la.hehee.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...