Para Pengikut..

Wednesday, 3 September 2014

Plan untuk Trip to Penang.

Salam uolllss..

Eceewah. Siap ada part by part neh. Macam la ko pergi travel ke Istanbul kan. Sukati ai la. Belog ai. Hakhak. Okey idea nak trip ke Penang adalah dari my fren, my opismate sama-sama mengajar anak-anak dari satu aliran yang sama. Mula-mula ai is eksaited sangat. Weehuuuuu.. Nak pegi Penang kot. Dimana ada kenangan bersama bff, skulmate, roomate dan  ex-bf. LOL. Kita kan pernah menuntut di USM, Penang. 

Tapi memandangkan ai is isteri mithali (kahkah) terus terdiam seketika dan menangis di sudut hati. En. beliau bagi kebenaran ker?? Hurm. Hurm. dan hurm......Bila nak bukak mulut berbicara je terus idea mati, terus berdebar. Takut sangat kalau perasaan berdebar ni datang tau. Dia macam bagi hint yang kita akan dapat keputusan yang mengecewakan.

Pastu di suatu petang nan indah (ayat lirik lagu sangat), ai cuba memberanikan mulut bertanya. Bukan start dengan ayat tanya tapi ayat penyata.
"B, lama tak pegi Penang. Bestnya kalau dapat pegi Penang"
Haha. Dengan harapan beliau menjawab "Dah jomlah kita pergi". Apa kau fikir keluarga kau ada pesawat persendirian ker???
Tau dia jawab apa " Macam mana nak pegi, kerja banyak mana boleh tinggal. Nanti cuti ayah bising. Bukan senang nak cuti walaupun kerja sendiri bla bla bla bla bla" 

Fine asben. Fine. Saya bukan nak ajak awak.
Tapi kan laki ni pape kena cakap direct. Asben ai la. Tapi mostly laki macam tu la kan. So bila my fren duk tanya keputusan muktamad nak pergi ke tak sebab nak booking hotel, tiket semua terus lah ai berterus-terang. Huhuhu. Ai is takooott. My fren cakap ajak je la asben. Tapi susah lah. Nanti kita nak jaga dia lagi, nak jaga anak-anak lagi. Hahahaha. Alasan sangat. Padahal nak enjoy..Hahaha. Ampunkan isterimu b.
 Kemudian saya berterus-terang la ngan asben. Citer kat dia ni bukan atas urusan kerja atau dipaksa pergi. Ni memang saya nak ikut jugak. Nak ikut jugak. Nak ikut jugak. Hahaha. Nasib baik la asben bagi kebenaran. Tapi kalau dia tak bagi pon ai akan pujuk sampai dia bagi jugak. Kihkihkih.
Tengkiu asben!!!
Dan walaupun saya ni pernah belajo di Penang sangat la tak ingat pasal jalan-jalan tu semua. My fren siap print peta Georgetown, tempat menarik, Google tempat makan, street art memacam lagi. Hehe. Booking hotel bajet jer pon, beli tiket bus dan total semua anak-anak yang join 13 orang termasuk weolls jadi 15 orang kesemuanya. 
 Kami bertolak malam Khamis dan balik malam Ahad. Alhamdulillah suka sangat. Semua anak-anak eksaited. Sama lah kami pon. Haha. Lama dah rasa tak keluar jalan-jalan macam tu.

Gambo belum siap buh watermark la. So takde lagi gambo. Sabor yer belog. Kihkih.
So, tempek ini je dulu sekeping. K. Bye!!

Tuesday, 2 September 2014

Trip to Penang.

Salam uollss..

Sape yang follow ig aiolls taulah yang weekend lepas aiolls ke Penang atas urusan jalan-jalan + makan angin + sesaja jalan kenal tempat orang + bawak anak-anak jalan-jalan. Eh. macam-macam. Padahal sebenarnya ada Heritage Festival kat sana. Dan opkos memilih Penang kerana kesenian dah kegrafikan sangat masyur disana. Sesuai sangat untuk kaki ambik gambo + kaki dslr + kaki selfie. Hahaha. 

Gambar beribu-ribu lemonnnn. Tunggu copy dari dslr anak-anak dulu lah. Aiolls camera cabuk jer. Hakhak.

So tempek gambo ni la dulu yer. Dulu kan aiolls belajo kat Penang. So pernah lah beberapa kali jejakkan kaki ke Fort Cornvalis. Meh throwback.
 
 
Phewww. Bijak tak teknik aiolls untuk kelihatan kurus. Muahaha.


Monday, 1 September 2014

Tak habis lagi raya ke weii??

Salam uollss..

Haha. Tak habis lagi mood raya. Ampunkan tuan belog. Ni jamuan raya bersama anak-anak terchenta. Aiolls tak masak apa pun. Tukang perabis makanan je. Hakhak. Tak tau da nak citer apa. Tengok makanan la yerk.












Ni paling paling win. Suka sangat nasi himpit kuah kacang. Tapi sate tu takdelah favourite sangat. Biasa-biasa jer. 


Spegeti pulak paling laku.



Ni lah. 1st menu saya makan. Siap tapau buat balik lagi. hehehe.

Menu ke2 spegeti. Tapi makan sikit-sikit je pon. Haha. Sebab nak rasa semua menu.


Lontong pulak. Alamak. Habislah diet ai. Ceh.


With my anak-anaks.


Alhamdulillah. Semua hepi even kita sikit jer kan.


Kemudian last skali adalah jamuan raya dengan opismate tersayang. Tempek gambo makanan je la. Sengaja nak bagi korang terliur.








Last skali wajiblah tempek gambo tuan belog kan. Thehehe. Nampak slim pulak muka aiolls pakai  wide shawl macam tuh. Hafiz Hafizol tengkiu hadiahkan kak jaja shawl cantik =)


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...