Para Pengikut..

Sunday, 7 January 2018

Azam 2018??

Salam uollss..

Alhamdulillah dah melangkah seminggu di tahun 2018. 2017 macam sebelum ni jugak, hidup sederhana namun bahagia dengan keluarga kecilku. Orang cakap 5 tahun pertama tu dugaan betulkan. Biasalah gaduh merajuk adat resam dalam rumahtangga. Tapi sejujurnya jarang sangat bergaduh. Bila dah kawin masing-masing memang jadi penyabar. Dah ada anak lagilah penyabar. Cuma saya la banyak marah anak. Haha. Sori Daniel. Mami marah sebab sayang tau. Tips dia dalam rumahtangga kena saling toleransi. Perkara kecil jangan perbesar-besarkan. Kami kalau bergaduh memang tak lama. Kalau kecik hati jauhkan diri jap dari dia. Masuk bilik kemas almari jap eh tuptup keluar bilik dah tak marah tak gaduh dah. Tapi tula saya pon tak leh nak sembang kencang sangat. Baru 5 tahun lebih kawin. Dah la pjj. Jumpa weekend je. Kalau pasangan yang duduk sebumbung hari-hari lagi lah macam-macam kesabaran perlu ditangani kan.

Eh. Rajin pulak saya nak sembang-sembang hari ni yer. Hahaha.

Cuma untuk tahun 2018 ni semoga terus sukses dalam kerjaya. Hurmm. Suskes dalam erti kata memberikan yang terbaik untuk diri sendiri, untuk kepuasan diri, buat setakat mana yang mampu dan terus bertahan walau apa jua task yang kena buat. Semoga terus kuat.

Ya itulah sebenarnya motif kita menulis. Just nak highlight ayat2 akhir je. Yang atas tu mukadimah je nak membebel.

Okey azam lain?? Semoga tahun ni dapat setelkan hutang-hutang. Dah setel hutang baru dapat fokus untuk simpan duit buat rumah. Semoga Allah permudahkan. Aamiin 😘😘

Thursday, 4 January 2018

YEAR END GIVEAWAY BY HUSNIEYHUSAIN


Salam uollss..

Jom join giveaway. Lama dah giveaway ni berlangsung baru hari ni sempat mencelah nak join. Haha. Ada masa lagi ni korang. Jom meriahkan ga ni =)

Klik link bawah yer kalau nak join.


Wednesday, 3 January 2018

Tebus voucher Lazada

Salam uollss..

Korang kenal tak Lazada? Lazada ni antara kedai online yang femes. Salah satu portal shopping online yang saya setia install apps tak pernah remove dari hp. Haha. So dalam cart tu macam-macam la ada barang yang saya berkenan nak beli dari barang rumah, barang dapur, makeup,barang anak memacam la lagi. Bila nampak je Lazada buat contest Online Revolution Blogger Contest tu laju la saya join. Tapi takde lah bersungguh sangat sebab pernah join sebelum ni tak menang pun. Join suka-suka jela. Plus blog kita suam-suam kuku jer. Haha.

Yang best Lazada ni kalau kita join contest dia alert via email. So takdelah kita terlepas pandang pasal pengumuman pemenang ke apa.

Bila Lazada emel bagitau list winner tu saya terkejut la tengok nama izafiza. Eh aku ke tu. Haha. Tapi takde la mengharap sangat sebab ramai kot join.


Bila Lazada emel lagi sekali pasal saya ni salah sorang winner 3rd prize terus la lompat kegembiraan.


Then tak sampai sehari dapat emel suh kita tebus voucher RM100.


Alhamdulillah. Punyalah tak tau nak beli apa. Haha. Pastu tanya pendapat bff dorang la cadangkan beli oven sebab diorang tahu saya lama dah nak ada oven kat dapur tu. Eh kenapala kita tak terfikir nak beli oven kan, padahal tu lama dah wishlist. Godek2 oven harga murah2, baca review, tanya soalan sikit pastu decide beli oven Pensonic harga Rm119. Kena tambahla RM19.


Alhamdulillah oven dah sampai dengan selamat. Dah test pon bakar ayam. Berfungsi dengan baik



Harap mami kuat semangat nak buat biskut raya tahun ni. Hahaha. Tq Lazada.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...