Para Pengikut..

Monday, 30 April 2012

Chemerong Part Two

Salam uolls.

Saat yang paling menggembirakan ialah BALIK KAMPUNG.Yahoo...Macamla kampung tu jauh sangat negeri sebelah ke kan. Padahal sebelah daerah sebelah je kot. Naik kereta dalam 1 jam dah sampai. Tapi suka sebab konpem en.beliau mesti akan bawak pergi jalan mana-mana. Dah jenis kaki suka berjalan kan.

Balik kampung pulak kebetulan ada sepupu en.beliau kat rumah ma. So, we all decide la nak pergi mandi air terjun. AGAIN ok. Tapi kali ni pergi konvoi dua buah kereta dan bbq kat sana. Suka suka suka. 

*HafizHafizol sila jangan jeles.

Punyalah kental bawak barang-barang penuh dua bonet kereta. Siap bawak rice cooker berisi nasi lemak lagi. Terima kasih ma. Terkilan jugak mak mertua tak dapat ikut sebab kena jaga kedai. Sob. Kalau ma ada mesti lagi meriah.

Itu hari kami pergi mandi kat atas (yang ada arrow tuh). Tapi nak ke situ terpaksa meniti atas batu-batu. So, dis time cari port lain pulak. Nasib baik tengok area ni takde orang. So kami parking cepat-cepat. Tapi air sini agak dalam dan arus kuat skit. Maklumlah i kan ringan. Asyik kena tarik dek arus jer. Sobsob.

Kaum laki awal-awal dah terjun mandi. Kami yang pompuan ni duk bbq dulu. Dah settle baru nak turun. Plez la. Padahal takut sejuk.

Nasi lemak + ayam bakar.


Damai.
Duk termenung sorang-sorang terus terpikir hebatnya kuasa Tuhan menjadikan air terjun.

Peace.
Serius. Dia ni memang klik dengan air terjun gamaknya. Duk berendam dalam tu sampai tak nak naik.
Agak-agak sejuk sampai menggigil barulah semua naik. Tu pun rasa tak puas lagi mandi. Tapi nak buat macam mana petang tu nak balik Kuala Terengganu dah.

So, bye-bye Chemerong. Lain kali kami datang lagi.
=)

Sunday, 29 April 2012

Sewa baju untuk dinner, akad nikah atau sebarang majlis.


1) Baju kebaya

Boleh pakai pergi dinner atau sebarang event. Nak jadikan outfit tunang pon boleh. Saya pakai baju ni pergi dinner. So, yang nak pakai harusla body lebih kurang saya jugak kan.
Tinggi : 154 cm
Berat : 50 kg 
Material baju : Lace
Material kain : Satin
Warna : Putih

2) Kurung Moden

Ni pakai masa akad nikah. Pengantin budjet harusla baju pun harga budjet. Kalau korang yang plan nak sewa dengan harga yang sangat patut (budjet) dan tak nak bazir tempah baju boleh sewa hokey.
Suka baju ni sebab betol-betol fit dengan body. Dan kain pulak beralun-alun. Kalau nak sewa boleh dengan saiz yang sebaya dengan saya yer.
Material baju : Lace
Material kain : Chiffon
Warna : Cream


Kalau nak sewa boleh pm saya di FB NoorHafizah Musa atau emel me fiezatj@gmail.com. TQ.





Tuhan uji kerana DIA tahu saya seorang yang sabar dan kuat.

Tajuk entri agak menyentuh hati. Ya.


Khamis
10.00 am

Bunyi ringtone "sampai matipun engkau tak kan kulepaskan. Akan ku jaga seumur hidupku. Beribu puisi yang ku untaikan untuk mu. Inginku selalu memiliki kamu...."

Bergegasla saya berlari. Tak lain tak bukan en.beliau yang call.

En. Beliau : Jom balik Dungun petang ni jom.

Taula en.beliau kan. Owez jer buat keputusan last minit.

Pn.Isteri : Ok. Tapi lunch hour nanti datang ambil. Kita balik rumah kemas baju-baju dulu. Balik kerja karang terus balik Dungun"


1.00 pm
Penat asyik duk toleh jam ditangan. Dua-tiga kali duk merenung jam. Bilalah en.beliau nak datang ambil. Akhirnya dia msj "Dah ada kat bawah"

Bergegas la turun takut tak sempat nak balik kemas baju lagi, makan dan solat.


2.00 pm
Masa ni dah odw balik ke opis. Atas Jambatan Sultan Mahmud. Kawasan sama yang saya tengok mayat atas jalan sebab excident dulu. Kawasan sama jugak yang sentiasa jer berlaku kemalangan. Ya.

En.Beliau bagi signal nak masuk susur kiri. Tengok side mirror ada lori kecil jauh dibelakang. Saya jeling side mirror kiri tengok lori jauh lagi. Sempat la nak masuk. En.beliau masuk line kiri.


Tiba-tiba 'GEDEGANGGGGG!!!!!'


Kereta bergegar. Saya toleh kiri tengok lori tadi dah himpit kereta. Menjerit sambil peluk en.beliau.

Badan berpeluh.
Kaki menggeletar.
Lidah terkunci diam.
Saya dah tak mampu cakap apa-apa.

Hanya mengucap syukur kami masih selamat.
Alhamdulillah.
Terima kasih Tuhan selamatkan saya dan suami.

Memang sedih tengok boyriend ke2 saya. Rasa hancur luluh hati saya. Dialah tempat bergantung untuk kemana-mana. Tapi nak buat macam mana. Semua yang berlaku pasti ada hikmah disebaliknya. Dah settle semua report polis kami teruskan jugak balik Dungun sebab nak hantar bengkel kat sana. Kereta en.beliau pun tak ok sangat sebab excident hari tu. Tapi gagahkan jugak untuk hantar saya balik. Terima kasih kamu.

Kereta. Kamu cepat-cepat sembuh ya. Saya perlukan kamu. SANGAT.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...