Para Pengikut..

Thursday, 19 January 2017

Suprise birthday

Salam uollss.

Kemain. Sehari dua entri. Haha. Saja test publish guna web kt hp ni. Biasa guna apps bloggeroid ke apa ntah. Tapi macam cerewet kuar gambar gabak besar. Nak kena adjust gambar plak. Rupanya bleh je guna web kt mobile ni. Yeayyyyy.

Tadi staff bahagian account call suruh saya turun ada masalah pasal payment student. Ai yang jujur nerd ni turun bertapa sebelah dia tengok pc. Apa masalah ntah kan. Pastu pintu sebelah tu terbuka dua ketul manusia datang bawak bunga dan kek.

Olololo. Ai is terharu sangat. Nak nangis air mata tak kuar. Haha. Speechless sangat. Tq my bff kak siti tak pernah lupa sambut besday kita. Tq jugak student yang sangat baik. Ya allah semoga murah selalu rezeki mereka ya allah.

Actually baru plan nak angkut Daniel pegi sr sebab lama dah teringin nak makan kek sr. Lama sangat dah kot tak makan. Kiki. Kak ct u macam boleh baca fikiran ai kan. Hari kenyang makan kek.



Pastu sekarang kita plak kecelaruan identiti. Nak makan nasi ke tak ni. Macam kenyang je makan kek. Tapi nak tunggu kul 6 lambat plak kang lapo acanerrr. 


31 tahun dah mami kau dik

Salam uollss.

Hari ni 19 Januari 2017. Cepat sungguh masa ni berlalu. Rasa baru je meningkat umur ke 3series. Eh ni dah 31 dah. Tapi saya tetap anggap umur masih lagi 25 boleh. Haha. Teringat tahun lepas masa ni tengah berpantang. Takde kek besday tahun lepas. Masa tu masih berulang alik melawat anak soleh mami kat nicu. Alhamdulillah tahun ni anak mami dah setahun lebih. Dah pandai berjalan berlari. Cepat sangat rasa masa berlalu. Esok lusa dah umur 40 wei. Adeh.

Semoga dengan pertambahan umur ni makin mematangkan fikiran saya,menguatkan hati saya, memperbanyakkan kesabaran dalam diri ini. Semoga Allah bagi kekuatan untuk saya menempuh hari-hari mendatang. Semoga yang indah-indah akan terus menyinari saya disepanjang usia baru ni.

Ceeewah kemain wish untuk diri sendiri. Tqvm kawan-kawan. Awal-awal pagi bukak ws penuh noti wish. Grup opismate,grup bff,grup family. Terima kasih semuanya. Di fb pun sama.

Eh. Paling terharu tahun ni bff akak yang paling comel edit sesuatu. Ololo touching sangat rasa. Tqvm anem. Semoga allah murahkan rezeki awak sentiasa. Share sini supaya sentiasa jadi ingatan.


Eh. Azam tahun ni nak aktif berblog balik. Semoga kerajinan tu datang. Haha. Tadi konon nak throwback post tahun lepas. Hampeh 25 post je kot sepanjang tahun 2016. Gelak kat diri sendiri jela. Tahun ni pliss rajin skit menulis tu yerr.

Monday, 16 January 2017

Resepi nasi ayam izahafizah

Salam uollss.

Kemain bagi tajuk letops. Haha. Sebenarnya nak simpan resepi untuk diri sendiri. Dah nak buat jarang skali. Tiap kali nak masak nasi ayam ko nak gugel dah kenapa kan. Godek la dalam blog sendiri.

Malam tadi masak nasi ayam. Sebenarnya Jumaat lepas dah buat, then ada lagi stok timun, salad kat rumah jadi malam tadi masak jela lagi nasi ayam. Kebetulan asben ada. Kalau tak takde maknanya nak rajin macam ni. Haha plus sekarang mami dah ada helper yang sangat rajin kat dapur. Tak kuasa nak duk dapur kalau helper ni ada. Sibuk nak main periuk kuali nak berdukung tengok mami masak apa. Baik duk depan tv diam-diam. Elok-elok duk main depan tv nampak mami ke dapur terus dia join de club. Malam tadi papa ada rasakan jaga la anak awak yang super aktif tu. Kihkih. Kemain nak tulis resepi pegi membebel seguni ni apa citer ni. Ok. Kita buat ikut step apa yang perlu didahulukan yer.



RESEPI NASI AYAM IZAHAFIZAH

Mula-mula cuci ayam bersih-bersih. Potong ayam asingkan mana nak buh dalam sup potong kecik nak goreng nanti potong biasa. Biasanya part tulang-tulang, kaki, leher tu kita potong kecik campak je dalam sup.

REBUS AYAM
-Ayam yang dipotong
-5 biji bawang putih
-3 biji bawang merah
-2 inci halia
(3 bahan atas ketuk skit dalam lesung)
-1 kiub ayam

Tak perlu tumis pon. Campak je ayam dan bahan tumbuk letak air. Bila ayam masak angkat dan toskan dulu.

Ambik skit air rebusan untuk nasi ayam, sambal dan kuah kicap.

NASI AYAM
4 pot beras (pot kecik).
Basuh beras n tapis

Untuk tumis:
-2 sudu marjerin
-Lemak dan kulit ayam (basuh bersih hiris halus-halus)
-buah pelaga 5 biji
-bunga lawang 5 biji
-kayu manis sebatang
-3 ulas bawang merah (tumbuk)
-3 ulas bawang putih (tumbuk)
-1 inci halia (ketuk)
-Daun pandan dua helai simpul

Tumis bahan-bahan tumis guna marjerin sampai bau menggelorakan perut. Then masukkan beras gaul sebati pastu transfer dalam rice cooker. (Kalau nak tumis dalam rice cooker terus pon boleh. Terpulang)

Then masukkan air rebusan ayam tadi. Buh garam skit gaul-gaul skit ok biarkan dia masak.

SUP
- Air rebusan tadi tambah garam perasa sesedap rasa.
- Dah masak letak daun sup+daun bawang+bawang goreng

Ada orang letak rempah 3,4 beradik tu. Saya tak bubuh pun.

AYAM PERAPAN
-Sos tiram
-Kicap cair
-Kicap manis
-Madu
-Bawang putih 2 ulas, halia skit, garam (tumbuk)
-Gaulkan bersama buh marjerin skit

Saya goreng ayam last skali nak makan ayam panas-panas. Goreng touch n go je takut nanti ayam jadi keras.

KUAH BERLADA
-7 biji lada kecik (pedas gila)
-3-4 biji lada besar
-3 ulas bawang putih
-halia skit je
-Air rebusan ayam

*Blend semua yang atas tu pastu panaskan kuali masak kejap letak garam, gula dan cuka sesedap rasa.

KUAH KICAP
-Ambil lebihan perapan ayam campur dengan air rebusan ayam campur kicap cair n kicap manis. Adjust la rasa dia yer.

Ok dah masak nasi boleh hilang semua dengan timun, tomato dan daun salad. Selamat bersilat di dapur.

Asben n Daniel makan banyak. Tq papa puji nasi ayam ai. Next time ai masak lagi. Kihkih.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...