Para Pengikut..

Friday, 23 September 2011

Tafsir mimpi : Mimpi baby

Salam uolls.

Korang mimpi apa malam tadi wei? Saya rasa kerap sangat mimpi baby. Kalau mimpi baby mesti ia akan bersambung-sambung. Mula-mula saya mimpi ada seorang lelaki dia minta saya jaga anak dia. Budak tu baby lagi. Shomel sangat. Saya dakap dia erat-erat. Pastu saya tanya lelaki tu 'Boleh tak saya nak jaga baby ni sampai bila-bila'. Pelik betul.


Baby sekadar hiasan
Tak lama lepas tu mimpi tu bersambung lagi. Dalam 2-3 minggu lepas tu je rasa. Dalam mimpi tu masih ada lelaki tu. Bawak baby yang sama. Tapi kali ni saya tengok dari jauh jer lelaki tu dukung baby tu. Tak pasti pulak kenapa yang tak pergi dukung baby tu.

Lepas tu lama jugak saya tak mimpi yang sama. 2-3 bulan kemudian baru mimpi tu bersambung lagi. Kali nie lelaki tu datang pimpin budak dalam lingkungan 3 tahun. Budak tu berlari-lari datang kat saya terus saya peluk dia. Rasa hepi sangat dalam mimpi tu. Lelaki tu pulak senyum jer.

Pelik. Setiap kali mimpi baby atau budak-budak mesti lelaki tu ada. Awak owner nursery eh?

Malam tadi mimpi baby lagi. Saya nampak baby sedang tido. Adorable. owwwh. Sebelah baby tu ada budak dalam lingkungan umur 3 tahun. Sedang tido jugak. Budak tu pakai baju kurung kaler purple dan pakai tudung renda-renda kaler oren. Sangat shomel. Saya pandang jer. Nak sentuh takut mereka terjaga pulak. Dalam mimpi tu saya pandang sekeliling cari lelaki tu. Tapi dia dah takde.


Terjaga dari tido tengok jam hp pukul 3.25 am.

Sambung tido balik mengharapkan mimpi tu bersambung. Tapi dah tak mimpi lagi.
Pagi tadi terus text my sis sebab selalu kalau mimpi pelik-pelik mesti saya belek buku tafsir mimpi kat rumah dia. Haha. Saiko.

"Malam tadi mimpi baby. Nape maksud?"
Terus my sis reply..

"Mimpi lihat bayi = kejayaan dalam alam percintaan atau kejayaan mendapat sahabat-sahabat setia.
kalau mimpi peluk bayi = mungkin alamat kehampaan hati sedang menunggu"

Entah. Mimpi tu mainan tido jer kan.




7 comments:

  1. insyaAllah, yang elok2 saje.. :)

    ReplyDelete
  2. Hafiz hafizol : rau xpe.comel ngat!

    Eyda Syahida : InsyaAllah dear..=)

    ReplyDelete
  3. kak ja , baru terperasan entry ni . maaf kak . saya cuma nak maklum , biasa kalau mimpi baby, ada saka nak duk dengan kita . sebab saya selalu mimpi baby, then pergi darul syifa' dia cakap mcm tu. hari abah saya gi berubat ada saka dengan dia. saka tokki. saya pun berubat sbb saka tu nak duduk dengan saya. Alhamdulillah sekarang dah tak mimpi baby ..

    kak ja try dulu check. kaau takde apa2 alhamdulillah :)

    ReplyDelete
  4. Sya : Btol ke awak?takotnyerrrr..

    tq maklum. Nanti Kak Ja g cek.huhu.

    ReplyDelete
  5. Sya sayss .. Sy stuju.. Ramai y kata begitu...

    ReplyDelete
  6. Sya sayss .. Sy stuju.. Ramai y kata begitu...

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...