Salam semua..(sambil menyapu sawang-sawang yang mula membiak pada wall)
Wah! Lama rasanya saya berehat dari arena menekan papan kekunci untuk post entri (ayat skema setelah lama bertapa). Sebenarnya sibuk bukan semata-mata alasan untuk pergi bertapa. Cuma kadang-kadang keletihan memaksa diri untuk berehat dari bersengkang mata menelaah blog kawan-kawan. Rasanya dah lebih seminggu saya tak on laptop. Sudah sedia maklum kondisi laptop yang maha uzur. Memerlukan kesabaran tinggi untuk menatapnya. Silap haribulan tengah-tengah syok menaip tiba-tiba pap! mati terus tak tahu ape sakitnya. Lama saya tak belanja diri sendiri untuk ucapan tahniah kerana masih berjaya menyahut cabaran demi cabaran. Jadi mari belanja diri sendiri makanan yang mengebest!!
sedapnyee...
ReplyDeletesama lah kaklin pun bersawang jugop!
ReplyDeleteEncik Kat: cedap2..i loike!!
ReplyDeleteLin SipariPari : tau xpe kak lin..mari sama2 menyapu sawang..=)