Salam kalian..
Hari nie (pagi tadi) ada presentation untuk projek. Jadi kerana hujung minggu ini saya agak sibuk kesana-kemari makan persiapan untuk projek baru disiapkan awal pagi yakni sebelum ke opis. Haha. Gila kalut okes. Kerahkan tenaga kerja yang ada untuk gunting dan tampal sambil saya bersiap-siap touch up muka itu ini.
Odw ke opis pula tengok masa macam dah semput-semput. Tiba-tiba atas Jambatan Sutan Mahmud jam pulak. Pelik betul. Mula-mula ok jer. Maklumlah Sabtu kerajaan cuti jadi jalanraya tak lah sesibuk hari biasa. Betul-betul dah habis jambatan tiba-tiba jam. Yer. Adakah road block ketika saat genting ini? Atau kebarangkalian kedua excident. Again? owhh..
Mungkin kerana saya berdebar takut sampai opis lambat terus lupa nak snap gambar. Tapi tak lupa text bos maklumkan saya lambat terperangkap kerana excident. Dibelakang ambulans nenoneno datang tergesa-gesa. Sah ada excident. Masih panas pulak tu. Dan menyusul pula abg polis trafik.
Bila saya betul-betul hampir tempat kejadian barulah konpem ada excident. Tapi tak nampak pulak motor atau kereta yang terlibat. Atau mungkin pejalan kaki yang melintas jalan? Dan mangsa dah ditutup dengan surat khabar. Hanya kelihatan kasut berkulit hitam dikaki beliau. Kaku tak bergerak. Dan yang pasti beliau telah menemui ajal di pagi sabtu ini.
Al-Fatihah untuk mangsa.
p/s : Semoga kita semua sentiasa berhati-hati dijalan raya dan semoga dijauhkan dari segala bahaya. Amin.
No comments:
Post a Comment