Mari gantikan marker yang suda kehabisan ink...=) |
'Sekejap masa berlalu kan'. Berkata pada diri sendiri. 'Betul'. Diri sendiri menjawab lancar. Pejam celik pejam celik nampaknya sudah hampir setahun setengah saya menjadi pendidik. Dan esok semester baru menjelang lagi. Tak sabar berhadapan dengan mantee-mantee serta pelajar-pelajar saya yang pelbagai kerenah. Ada yang pernah buat diri mengalirkan air mata kegembiraan, kesedihan dan juga buat hati berbunga-bunga riang.
Jadi semoga semester kali ini kalian (walaupun saya tahu tak semua baca blog saya) berusaha lebih gigih untuk jadikan sekuntum bunga-bunga riang dalam hati saya membiak menjadi sekebun bunga-bunga riang. Heee..
Andalah kesayangan dan kecintaan saya (En.Beliau sila jeles)
(En.Beliau sila jeles)
ReplyDeletehahahaha. cik, jeles sbb syg :P
heee..cemburu tnda syg kn..
ReplyDelete