Para Pengikut..

Klik Me =)

Tuesday, 19 July 2011

Juvana : Episod Akhir

Tak kira la..Saya nak post jugak review episod akhir Juvana.

Episod minggu lepas Cikgu Zakiah kena kurung dan diikat. Budak-budak juvana tu pulak kena tahan dalam lokap kan.

Jadi diorang merancang untuk lepaskan diri dari lokap. Fikir punya fikir, mereka dapat idea sorang berpura-pura diserang asthma dan bila guard masuk terus Komeng serang dan belasah ramai-ramai. Cikgu Zakiah pula diselamatkan oleh Cikgu Ariffin yang pukul kepala Botak n C.Azmee. Tapi C.Ariffin plak kena tikam dengan C.Azmee. C.Zakiah larikan diri dan dikejar oleh Botak. Kira episod last ni banyak scene lari-lari la.

Bila tak dapat nak pecah pintu pagar diorang berpecah. Daim pulak cube saiko Botak yang nak bunuh dia. Namun botak tak termakan pujuk. Lepas berlaku perbalahan Daim kena tikam. Tapi naseb bek selamat.. Last-last diorang semua kena tangkap balik.

Budak-budak ni pikir plan len. Diorang buat bising dan naikkan kemarahan Tony. Bila Tony masuk lokap nak kerjakan diorang Tony dan guard sorang lagi kna belasah. Padan muka khau.

C.Zakiah pulak saiko la. Dia bagitau C.Azmee yang Raja tak kan backup diorang dan lari tinggalkan diorang. Jadi C.Azmee suh botak jaga c.zakiah sementara dia pergi mengecek en.raja yang masa tu tengah kemas-kemas bahan bukti nak larikan diri. Cikgu Zakiah pulak saiko lagi Botak. Kalau Botak bunuh dia masa depan akan gelap n so on. Tapi Botak tak termakan pujukan. Then c.raja datang suh Botak bawak c.zakiah kuar.

C.raja bakar semua bahan bukti. Dia ugut nak bakar tape bukti Daim tak bersalah tu. Bila polis datang c.raja berlakon cakap budak-budak tu wat rusuhan. Masa tu pulak Botak pegang pisau di leher c.zakiah . Tapi rupanya Gaban n c.ariffin dah report polis. c.raja n c.azmee kena tangkap. Botak nangis minta maaf kat sekian orang.

Daim digugurkan atas tuduhan bunuh dan dibebaskan. Sedih semua diorang pisah ngan Daim.
Last-last tu rupanya cerita ni kenangan Cikgu Zakiah. Monolog dalaman C.Zakiah setelah 10 tahun . Daim akhirnya datang jadi warden dan C.Zakiah jadi pengetua kat situ.

Tammat

Suka owh tonton cerita neh. Lain dari yang lain. Dan terus kembalikan memori masa tengok Prison Break. Cuma ni versi budak2 juvana.

Bagi saya yang lain tu adalah bila watak sebenar sangat kontra dengan ending. Macam watak cikgu Ariffin. Agak antagonis. Rasa nak sepak-sepak dia bila dia kutuk c.zakiah di awal cerita. But at the end of da story dia jugak yang jadi helper. Dan suka gaya cikgu zakiah. Betul la dia cakap. Kita tak semestinya kuat kalau kita pandai berlawan tenaga tetapi yang tentukan kuatnya kita pada akal fikiran kita. Ceewah agak skema tiba-tiba menjadi c.zakiah..

Okey. Tu je ulasan hari ini. Bye.


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...