Salam uolls.
Siapa anak tengah?
Kalau korang nak tahu, anak tengah sebenarnya memiliki sifat-sifat yang fleksibel untuk mendepani apa jua keadaan dalam kehidupan.
Mereka cepat matang, mampu mengawal emosi juga perasaan dan bertindak untuk menyenangkan semua pihak. Kadang-kadang mereka cepat terasa, pandai membawa diri, lebih berdikari, percaya dengan diri sendiri, yakin dengan keputusan yang dibuat juga mudah mengalah.
Ada lagi..
Anak tengah lebih menurut, mudah bertolak ansur, lebih mudah mengalah untuk mengelak pertentangan.
Berbanding dengan anak sulong yang kuat memerintah atau terlalu bertegas apabila membuat keputusan, ego dan jarang hendak mengalah.
Dipetik dari buku karangan Dr. HM Tuah Iskandar bertajuk Membina Jiwa Serasi
Saya tak paksa korang untuk percaya. Tapi mengikut pengalaman saya dalam 80% betul la. Ada sedikit sipi-sipi mungkin bergantung pada faktor persekitaran atau keturunan kot la.
Mungkin ada anak tengah yang selalu kena buli dengan anak sulong.
mungkin juga ada anak tengah yang selalu kena mengalah dengan anak bongsu.
Tapi bila kita fikir dari sudut positif, sebenarnya bila situasi tu berlaku dan kita membesar dengan situasi tu kita sebenarnya menanamkan benih kesabaran dalam diri kita. Memang kita tak patut biarkan orang buat kita sesuka hati dan kita rasa tidak adil andainya kita terpaksa tadah telinga bersabar bersabar dan bersabar.
Tapi sebenarnya Tuhan sayangkan kita bila kita bersabar. Biar Tuhan yang membalas semuanya.
(ceewah. Tiba-tiba jadi pakar motivasi pulak disini. Sila tutup telinga mendengar ceramah perdana saya)
Saya senyum bila seseorang itu memberi cadangan.
"Saya rasa cik kena lebih garang"
Macam mana saya nak tumbuhkan pokok durian kalau saya tiada benihnya. Saya membesar dengan kesabaran bila sering mengalah dalam semua hal. Ya. Maafkan saya. Mungkin saya boleh berlakon.
"Hokeh!!siapa masuk lambat berdiri atas mejaaaa!!!!!!!"
Haha. Teater sudah tamat. Tak perlu skrip itu lagi.
******
Itu hari ada seseorang tengking saya. Tapi saya hanya mendiamkan diri bersabar.
Yer. Walaupun bukan salah saya.
Ceh!Konon anak tengah yang pandai mengawal emosi.
Tapi mengawal emosi luaran jer. Dalam hati menangis. Ceh!
Kemudian saya ceritakan pada en.beliau. Dia marah sebab saya berlembut sangat.
Dia marah sebab saya mengambil pendekatan berdiam diri.
Kalau bukan salah kita kena tegaskanlah!! hokeh. Saya pula yang kena marah.
Kalau bukan salah kita kena tegaskanlah!! hokeh. Saya pula yang kena marah.
Siap dia suruh sound kat empunya badan..
'Kau ni tak puas hati apa ngan aku?'.
Itulah anak sulong. Tegas, ego, tak boleh orang cuit sikit, ribut taufan dia balas. Tapi sebab saya anak tengah kot. Jadi saya tak terlintas di hati untuk ikut cadangan dia si anak sulong.
Diamkan saja. Kerana marah itu sahabat syaitan.
Semoga Tuhan jauhkan kita dari sifat amarah..
Semoga Tuhan jauhkan kita dari sifat amarah..
Sekian.
Silalah beli buku motivasi Dr Tuah.
Beliau akan buat hati kita lebih tenang hadapi setiap dugaan.
Kerana kalau kita rasa masalah kita sudah besar dah sukar diatasi,
masalah orang lain mungkin sejuta kali lebih besar dari kita. yer.
Yang pasti Tuhan sayangkan kita bila menghantar manusia pelbagai ragam untuk menguji kita.
Terima kasih Tuhan.
awak..saya anak bongsu perempuan..kire tengah jugok le kan..hahah mahu same
ReplyDeletekui3
haha..betul kita sama anak tengah yang byk bersabar.winkwink..=p
ReplyDeletewahh.. sangat tinggi tahap kesabaran kamu yerrr... Hehehe...
ReplyDeleteAku kurang penyabar orangnye.. kbaii
HH : haaa.tau xpe.sy kan penyabar.lalala.
ReplyDelete